omniture

Pengimbas 3D Pintar, Tanpa Wayar dan Bersaiz Tapak Tangan SIMSCAN-E

SCANTECH
2024-08-28 08:39 47

HANGZHOU, China, 28 Ogos 2024 /PRNewswire/ -- SIMSCAN-E ialah pengimbas 3D pintar, tanpa wayar, bersaiz tapak tangan yang menggabungkan reka bentuk ringan dengan prestasi terunggul. Dengan teknologi pengimbasan tanpa wayar yang canggih, ia menetapkan standard baharu untuk pengimbasan 3D mudah alih dan tanpa wayar.

 
SIMSCAN-E: The intelligent, wireless, and palm-sized 3D scanner that's redefining portable 3D scanning. With its advanced edge computing and wireless data transfer, the wireless SIMSCAN-E offers unparalleled flexibility and freedom—no more being tied down by cables! Its compact design makes it perfect for on-the-go use, while its fast scanning and exceptional detail capture ensure that even the most intricate features are recorded with precision.

SIMSCAN-E menawarkan faedah-faedah ketara dengan memanfaatkan pengkomputeran pinggir canggih dan kamera industri definisi tinggi bagi menyampaikan kejituan dan kecekapan yang luar biasa dalam menangkap data 3D. Dengan keupayaan mengukur sehingga 6.3 juta ukuran/s, ia amat sesuai untuk industri-industri yang menuntut penyelesaian pengimbasan berprestasi tinggi.

Kompak dan Tanpa Wayar

Nikmati pemprosesan data yang mantap dan ucapkan selamat tinggal kepada kabel yang berselirat. Dengan pengkomputeran pinggir sofistikated dan pemindahan data tanpa wayar SIMSCAN-E, pengguna diberi jaminan kebebasan dan kefleksibelan untuk setiap imbasan. Sama ada anda mengimbas 3D di lantai kedai kompleks atau kawasan luar tanpa akses kepada kuasa elektrik, tiada apa yang boleh menghalang anda.

SIMSCAN-E mempunyai bateri berkapasiti besar yang menawarkan masa operasi yang lama. Reka bentuk dwikuasanya membolehkan pengguna menukar bateri dengan mudah tanpa mengganggu proses pengimbasan. Penunjuk paras bateri pintar memastikan anda sentiasa termaklum sepanjang proses pengimbasan. Tapak pengecasan boleh tanggal membolehkan penukaran yang lancar antara mod tanpa wayar dan berwayar, lalu membawa penyesuaian kepada senario dan keperluan yang berbeza.

Pantas, Lancar dan Cekap

Hasil daripada algoritmanya yang canggih, SIMSCAN-E memberikan kadar pengukuran yang tinggi sebanyak 6.3 juta ukuran/s. Digandingkan dengan 81 garisan laser biru dan kadar bingkai 180-FPS, ia memastikan pengalaman pengimbasan yang cekap dan lancar.

Penangkapan Butiran Luar Biasa

Dilengkapi dengan kamera industri, peningkatan imej dan algoritma pengekstrakan ciri subpiksel, ia menangkap dengan tepat setiap ciri dengan kejituan tinggi.

Dikuasakan oleh algoritmanya yang inovatif dan komponen gred aeroangkasa, ketepatan pengukurannya adalah sehingga 0.020 mm, memenuhi tuntutan pengukuran 3D berkejituan tinggi gred industri.

Sangat Bagus untuk Ruang Sempit

Fleksibel dan ringan, pengimbas 3D mudah alih ini menyokong pengimbasan segera dalam pelbagai persekitaran. Reka bentuk kamera jarak dekatnya, dengan sudut pandangan yang curam, benar-benar meningkatkan keupayaan untuk mengimbas bahagian tersembunyi seperti lubang alur, lubang dalam dan saluran. Hal ini dapat meningkatkan integriti data dengan ketara, menyediakan data 3D yang lebih lengkap untuk reka bentuk selanjutnya, pemeriksaan dan banyak lagi.

Latar Belakang Scantech

SCANTECH ialah penyedia bertaraf global bagi penyelesaian 3D komprehensif. Kami mengkhusus dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan pengimbas 3D dan sistem 3D serta mempunyai sejarah panjang dalam membangunkan perkakasan dan perisian. Kami menawarkan dua kategori produk utama: pengimbas 3D berkejituan tinggi industri dan pengimbas 3D profesional, berkesan kos, termasuk pengimbas 3D mudah alih, pengimbas 3D penjejakan, sistem 3D automatik industri dan pengimbas 3D warna profesional.

 

Source: SCANTECH
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics New products/services