omniture

NEOM McLaren Extreme E Bergabung dengan Vantage Markets untuk Cetuskan Fasa "Reborn" dalam Kempen "Reborn a Trader"

Vantage
2024-09-02 16:07 58

LONDON, 2 September 2024 /PRNewswire/ -- Broker berbilang aset Vantage Markets ("Vantage") dengan bangganya mengumumkan fasa "Reborn" dalam kempen "Reborn a Trader" melalui kolaborasi bersama pasukan NEOM McLaren Extreme E. Kolaborasi yang terkini ini membawakan dua wawancara eksklusif bersama pemandu-pemandu NEOM McLaren Extreme E, Mattias Ekström dan Cristina Gutierrez yang berkongsi kisah peribadi mereka bagaimana mereka "dilahirkan semula" untuk menempuh laluan kerjaya semasa mereka dan dalam masa yang sama membincangkan cabaran mereka serta transformasi yang dialami oleh mereka.

NEOM McLaren Extreme E Bergabung dengan Vantage Markets untuk Cetuskan Fasa "Reborn" dalam Kempen "Reborn a Trader"
NEOM McLaren Extreme E Bergabung dengan Vantage Markets untuk Cetuskan Fasa "Reborn" dalam Kempen "Reborn a Trader"

Dalam wawancara beliau, Mattias Ekström membincangkan peralihan beliau daripada perlumbaan jalan raya kepada perlumbaan rali. "Impian saya adalah untuk menjadi seorang pemandu DTM. Litar tanah dan berbatu muncul kemudian dalam hidup saya," jelas beliau. Ekström bercerita mengenai latihan yang melelahkan selama bertahun-tahun di tasik beku, sebelum beliau cuba memandu di jalan berbatu. "Saya mengambil masa selama 5-6 tahun sebelum saya mula merasakan bahawa saya dapat menguasainya. Menukar seorang pemandu lumba jalan raya kepada pemandu rali? Beberapa orang pernah telah mencuba dan mendapati ia bukan sesuatu yang mudah."

Cristina Gutierrez beralih daripada kerjaya dalam bidang pergigian kepada pemanduan profesional dan berkongsi perjalanannya mengejar impiannya dengan menempuh pelbagai halangan. "Semasa saya masih kecil, saya tidak pernah terfikir menjadi seorang pemandu profesional. Kadang kala anda tidak tahu sama ada impian anda akan menjadi kenyataan, tetapi anda harus berjuang untuk mencapainya. Hidup boleh memberi kejutan kepada anda," katanya. Gutierrez telah membuat pertimbangan praktikal apabila beliau memulakan kerjaya sukan permotoran beliau sambil bekerja separuh masa, namun akhirnya beliau tahu di mana beliau ingin berada. "Apabila saya menamatkan pengajian pergigian saya, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerana saya ingin memberi komitmen 100% kepada perlumbaan."

Kempen "Reborn a Trader" direka untuk berhubung dengan pedagang pada tahap emosi, memfokuskan kepada perjalanan pembelajaran, pertumbuhan dan pemberdayaan kewangan. Dengan menyediakan sumber pendidikan, alat canggih dan pandangan yang strategik, kempen ini bertujuan untuk melengkapi pedagang dengan ilmu dan pengetahuan bagi membuat keputusan kewangan termaklum. Kempen ini dibahagikan kepada tiga segmen: Bertindak Balas (React), Fikir Semula (Rethink) dan Lahir Semula (Reborn), setiap satu mewakili prinsip teras yang penting untuk pedagang berkembang maju. Melalui kempen ini, Vantage bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada pedagang agar menerima perubahan, memikirkan semula strategi mereka dan terus berkembang dalam dunia perdagangan yang dinamik.

David Shayer, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage UK, berkata, "Fasa 'Reborn' merangkumkan intipati menjadi seorang pedagang. Ia berkaitan dengan menerima perubahan, menempuh cabaran dan terus berkembang. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan NEOM McLaren Extreme E untuk memberi inspirasi kepada pedagang kami dengan kisah transformasi yang hebat ini."

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen jenama "Reborn a Trader", kunjungi https://www.reborn-a-trader.com/en-uk/.

Latar Belakang Vantage UK

Vantage UK (atau Vantage Markets) ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 14 tahun, Vantage UK melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan.

berdagang lebih bijak @vantage

https://www.vantagemarkets.co.uk/

Amaran risiko: CFD dan Spreadbet ialah instrumen kompleks dan mempunyai risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat ekoran leveraj. 72.5% daripada akaun pelabur runcit kehilangan wang apabila memperdagangkan CFD dan Spread Bet dengan penyedia ini. Anda harus mempertimbangkan sama ada anda memahami bagaimana CFD dan Spreadbet berfungsi dan sama ada anda mampu menanggung risiko tinggi kehilangan wang anda.

Maklumat ini disediakan pada 15 Ogos 2024 dan tertakluk kepada perubahan selepas tarikh ini. Maklumat ini diberikan untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak mengambil kira objektif peribadi, keadaan kewangan atau keperluan anda. Ia bukan merupakan nasihat pelaburan. Kami menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat bebas jika perlu. Maklumat ini belum disediakan selaras dengan kehendak undang-undang yang dihasilkan untuk menggalakkan kebebasan penyelidikan pelaburan. Tiada perwakilan atau waranti diberikan tentang ketepatan atau kelengkapan apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya. Bahan ini mungkin mengandungi angka-angka prestasi terdahulu atau masa lalu dan tidak boleh diharapkan. Tambahan pula anggaran, kenyataan pandang ke hadapan dan ramalan tidak dapat dijamin. Maklumat di laman web ini dan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan bukan bertujuan untuk diedarkan kepada mana-mana individu di mana-mana negara atau bidang kuasa yang mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan.

Latar Belakang McLaren Racing

McLaren Racing ditubuhkan oleh pemandu lumba New Zealand, Bruce McLaren pada tahun 1963. Pasukan ini menyertai perlumbaan Formula 1 pertamanya pada tahun 1966, sejak itu McLaren telah memenangi 20 kejohanan dunia Formula 1, lebih daripada 180 grand prix Formula 1, Le Mans 24 Hours semasa percubaan pertamanya dan Indianapolis 500 sebanyak tiga kali.

Pada masa ini, pasukan ini bersaing dalam FIA Formula 1 World Championship dengan Lando Norris dan Daniel Ricciardo, INDYCAR Series dengan pemandu-pemandu Arrow McLaren SP Pato O'Ward dan Felix Rosenqvist serta Extreme E Championship bersama Tanner Foust dan Emma Gilmour.

McLaren merupakan pasukan F1 pertama diperakui neutral karbon sepuluh tahun yang lalu dan berjaya mengekalkan Carbon Trust Standard Award, yang terkini dalam Februari 2021. Ia juga merupakan pasukan pertama dianugerahkan Anugerah Alam Sekitar daripada FIA Institute pada tahun 2013, yang dikekalkan secara konsisten pada tahap tiga bintang.

Pada tahun 2021, McLaren menjadi penandatangan UN Sports for Climate Action Commitment dan juga ikrar UN Race to Zero, menunjukkan komitmen pasukan untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dalam memerangi perubahan iklim.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Sports Licensing/marketing agreements Financial Technology