omniture

Dialog Belia Global Tsinghua ke-2 Dibuka

Tsinghua University
2024-09-03 22:31 11

BEIJING, 3 September 2024 /PRNewswire/ -- Pada 29 Ogos, Dialog Belia Global Tsinghua Kedua telahpun diadakan di Universiti Tsinghua. Tema "Keharmonian dan Perpaduan demi Kebaikan Bersama yang Lebih Besar" menghimpunkan lebih 100 wakil belia dari 35 negara dan wilayah di seluruh dunia. Perhimpunan ini berfungsi sebagai wadah untuk idea yang melaluinya minda muda yang dinamik berkolaborasi untuk membina laluan ke arah keamanan dunia dan pembangunan mampan, saling bekerjasama demi membina masa depan yang cerah buat semua.

International youth representatives Noah Shenoy, Akhomsanh Chanmany, and Liu Jiaxin shared their insights on the practice of Chinese-style modernization in Zhejiang, Guizhou, and Inner Mongolia provinces, respectively
International youth representatives Noah Shenoy, Akhomsanh Chanmany, and Liu Jiaxin shared their insights on the practice of Chinese-style modernization in Zhejiang, Guizhou, and Inner Mongolia provinces, respectively

Liu Kai, Timbalan Setiausaha Agung All-China Youth Federation, menyatakan bahawa dialog antara budaya dalam kalangan belia dari pelbagai negara, membincangkan isu-isu yang menjadi kebimbangan bersama dan mencadangkan penyelesaian yang inovatif penting untuk meningkatkan persefahaman dan persahabatan.

Siddharth Chatterjee, Penyelaras Residen PBB di China, menyatakan bahawa, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penglibatan dan kerjasama dalam kalangan orang muda telah ditingkatkan dengan ketara melalui usaha bersama oleh pelbagai pihak. Beliau berharap agar lebih ramai anak muda akan bersatu demi membina masa depan yang lebih baik buat semua.

Zhang Zhixiang, ahli Jawatankuasa Penasihat Strategik Majlis Bersama Pusat Kerjasama Antarabangsa, menyeru belia antarabangsa untuk bersatu dan saling bekerjasama untuk mengambil bahagian dalam tadbir urus global serta menangani cabaran global.

Li Tingting, Pengarah Bahagian Perancangan Pembangunan di Pusat Pertukaran Sesama Rakyat Antarabangsa China di Kementerian Pendidikan China, menyatakan harapannya agar, pada masa depan, semua pihak yang hadir di forum berkenaan akan membina lebih banyak jambatan untuk komunikasi dalam kalangan pelajar dari negara-negara yang berbeza, seterusnya memupuk kerjasama belia yang lebih erat.

Dialog Belia Global Tsinghua Kedua juga menjalankan tinjauan komprehensif, melibatkan 1,362 peserta dari 78 negara dan wilayah. Inisiatif ini mengenal pasti dengan jayanya sepuluh isu paling kritikal yang dihadapi oleh belia global hari ini, termasuk kecerdasan am buatan, tenaga boleh baharu, keamanan dan keselamatan, kemiskinan, pengangguran dan kebajikan sosial, globalisasi, pertumbuhan ekonomi, revolusi digital, tindakan iklim, bio-perubatan dan peneguhan insan serta kepelbagaian budaya dan keterangkuman. Guo Yong, Naib Pengerusi Majlis Universiti di Tsinghua, mendedahkan 10 Isu Teratas bagi Keprihatinan Global Belia, menonjolkan peranan proaktif dialog ini dalam memupuk agenda belia global termaklum dan responsif.

"Kami berharap agar dialog ini akan menjadi platform untuk mewujudkan rangkaian tetap bagi pertukaran dan kerjasama belia global, seterusnya memupuk dan meluaskan komuniti belia antarabangsa yang stabil secara berterusan," kata Shi Zongkai, Naib Pengerusi Majlis Universiti di Universiti Tsinghua.

Sub-forum tematik mengenai "Inovasi Tamadun," "Pembangunan Tamadun" dan "Pertukaran Tamadun" telahpun diadakan secara berturut-turut pada 29 Ogos. Ucaptama disampaikan oleh Bai Chong-En, Profesor dan Dekan di Pusat Pengajian Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Tsinghua; Anoop Singh, Bekas Pengarah Asia-Pasifik Tabung Kewangan Antarabangsa; Zhu Xufeng, Profesor dan Dekan di Pusat Pengajian Dasar dan Pengurusan Awam, Universiti Tsinghua; Janos Paszto, Bekas Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Perubahan Iklim di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; Wang Hui, Profesor Kesusasteraan dan Sejarah Terbilang, Universiti Tsinghua; Irina Bokova, Bekas Ketua Pengarah UNESCO; dan Getachew Engida, Presiden Bersama Institut Pembangunan Kepimpinan China-Afrika, Universiti Tsinghua. Wakil-wakil belia turut melancarkan perbincangan meja bulat dan pertukaran dialog selepas ucaptama.

Source: Tsinghua University
Keywords: Education Internet Technology Telecommunications Survey, Polls & Research Trade show news