omniture

3 daripada 5 Bakal Usahawan di Asia Pasifik Merancang untuk Memulakan Perniagaan Kecil dalam 18 Bulan Akan Datang - Tinjauan Herbalife

Herbalife APAC
2024-09-05 15:17 15

Peluang yang belum diterokai dalam kesihatan dan kesejahteraan untuk bakal usahawan

HONG KONG, 5 September 2024 /PRNewswire/ -- Herbalife, sebuah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan terkemuka, hari ini telah mengumumkan dapatan kajian daripada Tinjauan Perniagaan Kesihatan dan Kesejahteraan Asia Pasifik. Tinjauan ini mendedahkan bahawa, lebih daripada tiga daripada lima (63%) bakal usahawan di Asia Pasifik merancang untuk memulakan perniagaan kecil dalam tempoh 18 bulan akan datang walaupun terdapat kebimbangan tentang keadaan ekonomi semasa. Selain itu, terdapat sentimen positif terhadap keusahawanan dengan 59% responden menyatakan keyakinan mengenai usaha keusahawanan dalam beberapa bulan akan datang.

Kajian ini turut membuka peluang dalam sektor kesihatan dan kesejahteraan dari perspektif perbelanjaan pengguna dan potensi perniagaan:

  • Lebih separuh (51%) responden menyatakan mereka merancang untuk meningkatkan perbelanjaan dalam sektor kesihatan dan kesejahteraan tahun ini.
  • Bakal usahawan meletakkan kesihatan dan kesejahteraan sebagai industri keempat paling menarik (20%) untuk memulakan perniagaan, selepas industri makanan dan minuman (44%), jualan runcit (30%) dan teknologi (25%).

Infografik Perniagaan Kesihatan dan Kesejahteraan Herbalife
Infografik Perniagaan Kesihatan dan Kesejahteraan Herbalife

Kajian yang ditugaskan oleh Herbalife dan dijalankan oleh Talker Research pada Jun 2024, meneliti aspirasi dan peluang keusahawanan serta trend perbelanjaan kesihatan dan kesejahteraan di Asia Pasifik (APAC). Tinjauan ini melibatkan 8,000 responden di 11 buah negara dan pasaran iaitu Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand, dan Vietnam.

"Kami melihat adanya keyakinan asas terhadap keusahawanan di rantau ini. Dalam tinjauan ini, ramai pemilik perniagaan kecil di APAC menjangkakan tahun 2024 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk perniagaan berbanding tahun sebelumnya. Namun, untuk memulakan perniagaan baharu sememangnya mencabarkan. Oleh itu, bagi mengurangkan risiko kepada mereka, bakal usahawan boleh mempertimbangkan model perniagaan dengan kos permulaan yang lebih rendah di mana terdapat komuniti sokongan untuk memberi ilmu pengetahuan dan kepakaran yang tepat," kata Thomas Harms, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan, Asia Pasifik, Herbalife.

"Kami terus melihat minat yang mendalam dalam kalangan pengguna untuk memberi keutamaan terhadap kesihatan dan kesejahteraan mereka. Bagi bakal pemilik perniagaan kecil, peningkatan perbelanjaan dalam sektor kesihatan dan kesejahteraan menawarkan peluang yang boleh diterokai. Sebagai sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan yang berakar umbi dalam keusahawanan, kami komited untuk memupuk usahawan yang sedia ada dan bakal usahawan untuk mencipta persekitaran yang membantu mereka merealisasikan potensi penuh," tambah Harms.

Persekitaran Perniagaan 2024

Sebanyak 81% usahawan yang dikaji di APAC menjangkakan perniagaan mereka akan lebih kukuh pada tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya walaupun ekonomi telah mempengaruhi keupayaan perniagaan untuk membayar hutang dan membawa kepada peningkatan kos serta perubahan dalam produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Antara tiga cabaran utama yang dihadapi oleh pemilik perniagaan semasa ialah keupayaan untuk menjana keuntungan dengan kenaikan inflasi (32%), mengekalkan pelanggan (26%), dan memerlukan lebih banyak masa kerja untuk terus bertahan (25%).

Peluang Kesihatan dan Kesejahteraan

Perbelanjaan untuk produk dan perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan semakin meningkat di seluruh APAC. Menurut dapatan tinjauan, lebih separuh (51%) responden APAC yang berbelanja untuk produk kesihatan dan kesejahteraan merancang untuk meningkatkan perbelanjaan dalam kesihatan dan kesejahteraan pada tahun 2024, dengan dua daripada tiga (64%) dalam kalangan mereka merancang untuk meningkatkan perbelanjaan sebanyak 25% atau lebih.

Antara responden yang merancang untuk meningkatkan perbelanjaan dalam kesihatan dan kesejahteraan, dua kategori teratas yang mereka ingin belanjakan ialah makanan tambahan (72%) dan kelas kecergasan (31%).

Cita-cita Keusahawanan yang Kuat Dalam Kalangan Gen Z dan Milenial

Gen Z dan Milenial menyerlah dengan kecenderungan keusahawanan yang kuat berbanding Gen X dan Boomer. Sebanyak 87% Gen Z dan Milenial berkongsi bahawa mereka sudah pun memiliki perniagaan kecil atau bercita-cita untuk memilikinya di masa hadapan, lebih tinggi daripada generasi Gen X (83%) dan Boomer (59%).

Dengan kepelbagaian model perniagaan dan saluran penglibatan yang tersedia untuk bakal usahawan hari ini, tinjauan mendedahkan bahawa sikap keterbukaan terhadap jualan langsung adalah tertinggi dalam kalangan kumpulan umur Gen Z (70%) dan Milenial (65%). Jualan langsung juga dipandang positif oleh bakal pemilik perniagaan di Indonesia (91%), Filipina (86%), Vietnam (87%), Thailand (77%) dan Malaysia (62%).

Gen Z dan Milenial menyenaraikan sebab utama untuk memulakan perniagaan mereka sendiri adalah sebagai potensi untuk menjana lebih banyak pendapatan, keinginan untuk memiliki sesuatu, dan mempunyai saluran untuk mengejar minat yang tidak ditawarkan oleh pekerjaan mereka.

Latar Belakang Herbalife Ltd.

Herbalife (NYSE: HLF) ialah sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan terkemuka, komuniti, dan platform yang telah mengubah kehidupan orang ramai dengan produk pemakanan yang hebat dan peluang perniagaan untuk pengedar bebas syarikat sejak tahun 1980. Syarikat ini menawarkan produk yang disokong sains kepada pengguna di lebih daripada 90 pasaran melalui pengedar usahawan yang menyediakan bimbingan seorang ke seorang dan komuniti sokongan yang menginspirasi pelanggan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif untuk menjalani kehidupan terbaik mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Susan Tan
Pengarah, Komunikasi Korporat, Asia Pasifik
Herbalife
Emel: susant@herbalife.com

Source: Herbalife APAC
Related Stocks:
AMEX:HLF NYSE:HLF
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Survey, Polls & Research Fitness/Wellness