omniture

Pengeluar semakin menerima AI, dedah tinjauan daripada Universal Robots

Universal Robots A/S
2024-09-05 15:42 29

ODENSE, Denmark, 5 September 2024 /PRNewswire/ -- Universal Robots (UR), syarikat robot kolaboratif (cobot) dari Denmark, baru-baru ini membuat tinjauan di kalangan 1,200 pengeluar di seluruh Amerika Utara dan Eropah tentang cara mereka menggunakan teknologi dan cara mereka merancang untuk melabur pada masa depan. Di dalam tinjauan tersebut, lebih daripada 50% responden menyatakan bahawa mereka sudah memanfaatkan kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin dalam pengeluaran mereka.

"AI bukan sekadar gembar-gembur," kata Anders Billesø Beck, Naib Presiden Strategi & Inovasi di Universal Robots. "Walaupun mungkin hanya menjadi topik perbualan biasa dalam dua tahun terakhir, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin kini merupakan pemacu kritikal bagi inovasi dan kecekapan dalam pembuatan masa kini."

Memandang ke hadapan, 48% pengeluar merancang untuk terus melabur dalam kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin menjelang tahun 2025, menunjukkan bahawa teknologi ini akan terus memainkan peranan penting dalam masa depan pembuatan.

"Kami sedang mengalami minat yang ketara terhadap AI fizikal. Ekosistem UR+ kami terus berkembang dan pendorong utama untuk ini adalah peningkatan pesat dalam aplikasi dan penyelesaian AI yang datang daripada rakan kongsi kami, termasuk jumlah rakan kongsi OEM kami yang semakin berkembang, membuka peluang baharu untuk pelanggan," kata Anders Billesø Beck.

Sorotan lain

  • Tinjauan menunjukkan kepentingan digitalisasi yang semakin berkembang, dengan 47% pengeluar kini menggunakan teknologi seperti Internet Benda (Internet of Things), pengkomputeran awan (Cloud Computing) dan kembar digital (Digital Twin). Alat-alat ini membantu pengeluar untuk mengoptimumkan operasi, mengurangkan masa henti dan menjimatkan kos melalui simulasi serta penyelenggaraan ramalan Ini membolehkan pengeluar beralih kepada model pengeluaran yang lebih tahan lasak dan pelbagai yang lebih memenuhi kehendak pasaran
  • Lebih daripada 50% responden mengenal pasti peningkatan kualiti produk, peningkatan produktiviti dan penambahbaikan ketepatan sebagai sebab utama untuk menerima teknologi baharu. Selain itu, 30% pengeluar menggunakan teknologi untuk memperbaiki keadaan kerja, dan 26% didorong oleh matlamat kelestarian.
  • Walaupun pulangan pelaburan kekal sebagai keutamaan utama bagi 32% pengeluar, faktor lain seperti kebolehgunaan, kepakaran dalaman, keselamatan dan potensi gangguan juga penting (semuanya sekitar 20%).

Dapatkan cerapan penuh daripada tinjauan di sini.

Perihal tinjauan

Dengan kadar keyakinan 99%, tinjauan ini mengumpulkan respons daripada 1,195 peserta dari tujuh negara berbeza di Eropah dan Amerika Utara. Para peserta mewakili 569 buah perusahaan besar dan 278 buah syarikat kecil dan sederhana. Mereka datang dari pelbagai industri, terutamanya pembuatan, penjagaan kesihatan, makanan dan minuman, serta automotif.

Ketahui lebih lanjut tentang Universal Robots di sini.
Muat turun gambar di sini.

 

Source: Universal Robots A/S
Keywords: Computer/Electronics Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Artificial Intelligence General Manufacturing