omniture

Keranamu Malaysia -- PolicyStreet Menawarkan Cukai Jalan PERCUMA untuk Semua Kereta Nasional Sempena Hari Malaysia

PolicyStreet
2024-09-09 09:00 1

Sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong pertumbuhan PolicyStreet, syarikat insurtech dengan bangganya menawarkan cukai jalan PERCUMA kepada semua pemilik kereta Proton dan Perodua yang memperbaharui insurans kenderaan mereka.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 September 2024 /PRNewswire/ -- "Berkereta jenama negara, megah menyusur di jalan raya"— sebuah lirik ikonik yang menggetarkan jiwa setiap rakyat Malaysia, membangkitkan rasa bangga setiap kali ia didendangkan. Pada Hari Malaysia ini, PolicyStreet menerjemahkan rasa bangga itu kepada faedah yang dapat dinikmati oleh semua. PolicyStreet meneruskan kempen Betul-Betul FREE Road Tax dengan menawarkan cukai jalan PERCUMA kepada semua rakyat Malaysia yang memandu kereta nasional apabila mereka memperbaharui insurans kereta pada 12 dan 13 September.

PolicyStreet raikan Hari Malaysia dengan cukai jalan PERCUMA untuk pemandu Proton dan Perodua.
PolicyStreet raikan Hari Malaysia dengan cukai jalan PERCUMA untuk pemandu Proton dan Perodua.

Kempen Betul-Betul FREE Road Tax merupakan tanda penghargaan PolicyStreet kepada rakyat Malaysia yang telah menyokong perjalanan syarikat setakat ini, dari permulaan yang sederhana hingga kini menjadi salah satu syarikat insurtech (teknologi insurans) terkemuka di negara ini. Sokongan rakyat Malaysia telah memainkan peranan penting dalam penerimaan "alam siber, teknologi terkini" yang membolehkan syarikat seperti PolicyStreet terus berkembang.

"'Keranamu kami mendakap tuah'—Tanpa sokongan rakyat Malaysia, PolicyStreet tidak akan mampu meraih kejayaan yang dinikmati hari ini. Dengan penyelesaian insurans tertanam kami yang menyasarkan komuniti kurang mendapat perkhidmatan, PolicyStreet komited untuk terus memberi semula kepada masyarakat dan memperkukuh ketahanan kewangan di rantau ini," kata Yen Ming Lee, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet.

Berdasarkan kejayaan kempen Betul-Betul FREE Road Tax yang dilancarkan sempena Hari Merdeka, rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang menikmati cukai jalan percuma dengan melawati portal pembaharuan insurans kereta PolicyStreet di car.policystreet.com. Pengguna hanya perlu memilih tambahan 'Pembaharuan Cukai Jalan' semasa pembelian, tanpa memerlukan kod promosi.

Kempen Betul-Betul FREE Road Tax yang pertama yang berlangsung pada 28 hingga 29 Ogos lalu menawarkan cukai jalan percuma kepada rakyat Malaysia bersempena Hari Merdeka, tanpa sebarang syarat tersembunyi. Hampir 10,000 sebut harga insurans kereta telah dijana sepanjang kempen ini, menunjukkan sokongan padu komuniti terhadap inisiatif PolicyStreet.

Melangkah ke hadapan, PolicyStreet kekal komited untuk mempertingkatkan penyelesaian dan perkhidmatan insuransnya kepada komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan. Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, syarikat ini berjanji untuk menawarkan cukai jalan paling murah, atau 'Cheapest Road Tax in Town', dengan diskaun sehingga 70% bagi setiap pembaharuan insurans kereta. Tawaran hebat ini akan bermula pada 14 September, memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati insurans yang lebih berpatutan daripada PolicyStreet.

Sekiranya anda pemilik kenderaan Proton atau Perodua, jangan lepaskan peluang untuk menikmati cukai jalan PERCUMA sempena Hari Malaysia ini. Bagi rakyat Malaysia yang ingin merebut promosi ini tetapi masih belum boleh memperbaharui insurans kereta, nantikan tawaran 'Cheapest Road Tax in Town' yang akan bermula pada 14 September ini. Tunjukkan semangat patriotik anda dan dapatkan cukai jalan percuma anda dari PolicyStreet hari ini!

Untuk kit media yang lengkap berserta aset visual dan foto jurucakap, sila klik pautan di SINI.

Tentang PolicyStreet

PolicyStreet ialah kumpulan syarikat teknologi insurans (InsurTech) tindanan penuh serantau yang menyediakan penyelesaian insurans digital termaju kepada perniagaan dan pengguna di Asia Tenggara dan Australia.

PolicyStreet bekerjasama secara langsung dengan lebih 40 penyedia hayat, am dan takaful di seluruh dunia bagi menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang komprehensif, termasuk tetapi tidak terhad kepada insurans terbenam (embedded insurance), faedah pekerja tersuai, nasihat kewangan dan pengagregatan insurans, serta pembangunan penyelesaian digital untuk menjadikan insurans bermatlamat dan mudah untuk perniagaan dan pengguna.

Sebagai Penanggung Insurans Semula, Penanggung Insurans Am dan Pengendali Takaful berlesen oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA), Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dan pemegang Lesen Perkhidmatan Kewangan Australia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC), PolicyStreet dapat menaja jamin, menyesuaikan polisi dan memberikan nasihat yang tepat kepada pelanggan dan rakan kongsinya di seluruh dunia.

PolicyStreet disokong oleh dana kekayaan negara Malaysia, Khazanah Nasional Berhad, dan memberi perkhidmatan kepada lebih 5 juta pelanggan dengan jumlah diinsuranskan melebihi AS$ 10 bilion. Pada tahun 2024, PolicyStreet telah diiktiraf sebagai "Fintech of the Year" di Anugerah Digital Triple A The Asset dan disenaraikan sebagai syarikat Malaysia kedua tertinggi dalam senarai "Syarikat Berkembang Tinggi di Asia Pasifik 2024" oleh Statista dan The Financial Times. Untuk maklumat lanjut tentang PolicyStreet dan penyelesaian insuransnya yang inovatif, sila lawati https://www.policystreet.com/.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Sabrina Chong
Corporate Communications Manager, PolicyStreet
sabrina@policystreet.com
+6012 206 6375

Source: PolicyStreet
Keywords: Auto Banking/Financial Service Insurance Railroads and Intermodal Transportation Transportation New products/services