omniture

HONOR Takrifkan Semula Penyelesaian AI Mudah Alih dengan PC dikuasakan oleh Snapdragon, AI Agent pada peranti dan AI Deepfake Detection di IFA 2024

HONOR
2024-09-10 00:12 52

HONOR, Qualcomm dan Microsoft Takrifkan Semula Inovasi dalam AI Mudah Alih 

BERLIN, 10 September 2024 /PRNewswire/ -- Hari ini di IFA 2024, HONOR memperkenalkan tiga Penyelesaian AI mudah alih rintis: PC AI dikuasakan oleh platform Snapdragon® X Elite, AI Agent dan AI Deepfake Detection. Pelancaran ini disertai dengan perbincangan panel merangsang fikiran yang menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif HONOR George Zhao; Alex Katouzian, Pengurus Besar Kumpulan MCX di Qualcomm Technologies, Inc.; dan Mark Linton, Naib Presiden Jualan Rakan Kongsi Peranti di Microsoft. Bersama-sama, mereka meneroka penumpuan teknologi AI dan Snapdragon, membincangkan sejauh mana inovasi ini membentuk masa depan AI mudah alih.

HONOR Redefines Mobile AI Solutions with PC powered by Snapdragon, on-device AI Agent and AI Deepfake Detection at IFA 2024
HONOR Redefines Mobile AI Solutions with PC powered by Snapdragon, on-device AI Agent and AI Deepfake Detection at IFA 2024

"Apabila melibatkan pengkomputeran mudah alih, AI bukan sekadar istilah yang amat popular, ia merupakan satu revolusi," ulas George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif HONOR Device Co., Ltd. "Di HONOR, kami komited untuk bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk menyampaikan keupayaan AI yang berkuasa dan ketersambungan yang lancar, sekali gus melindungi privasi pengguna kami. Melalui kolaborasi terbuka bersama peneraju industri, kami mencipta peranti yang memperkasa individu dan mentakrifkan semula perkara yang mungkin dicapai."

"Di Qualcomm Technologies, kami percaya NPU merupakan kunci untuk menyerlahkan potensi sebenar AI dalam PC," tambah Alex Katouzian, Pengurus Besar Kumpulan MCX, Qualcomm Technologies, Inc. "Snapdragon X Elite dengan prestasi NPU yang utama dalam industri memperkasa PC AI seperti HONOR MagicBook Art 14 untuk menyampaikan pengalaman AI generasi seterusnya. Pengguna bukan sahaja akan melihat peningkatan keupayaan yang ketara, tetapi kecekapan NPU juga diterjemahkan kepada hayat bateri yang lebih lama, lalu membolehkan pengguna kekal produktif untuk tempoh yang dilanjutkan."

HONOR MagicBook Art 14 Snapdragon : Mentakrifkan Semula PC dalam Era AI Mudah Alih
Landskap PC sedang mengalami transformasi radikal, dipacu oleh kemajuan dalam AI dan kemunculan platform Snapdragon. Didorong oleh keupayaan AI peringkat platform HONOR dan dibangunkan melalui kolaborasi bersama peneraju industri yang terkemuka, HONOR MagicBook Art 14 Snapdragon menandakan era pengkomputeran baharu.

Menampilkan reka bentuk yang anggun dan kompak, HONOR MagicBook Art 14 Snapdragon merupakan suatu ketakjuban dalam kejuruteraan ringan. Ia menggabungkan ciri-ciri AI peringkat platform yang canggih berserta penyelesaian perkakasan dan perisian yang mantap, bagi memastikan produktiviti dan pengalaman pengguna yang tiada tandingan. Ia menterjemahkan ciri-ciri ringan dan nipis telefon pintar kepada komputer riba, menyampaikan PC AI yang paling ringan dan paling nipis di pasaran, seberat kira-kira 1kg dengan kenipisan 1cm. Menyampaikan perjalanan visual yang imersif, HONOR MagicBook Art 14 Snapdragon menampilkan HONOR FullView Touch Display 14.6-inci menawan yang mempunyai resolusi 3.1K yang amat jelas. Ia juga termasuk nisbah skrin-ke-badan 97% yang luar biasa, yang terbesar antara komputer riba 14-inci. HONOR MagicBook Art 14 Snapdragon dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon X Elite, meningkatkan pengalaman pengkomputeran ke tahap baharu dari segi kuasa, kecekapan dan keselamatan.

HONOR MagicBook Art 14 Snapdragon turut mengupayakan peralihan lancar aplikasi Windows pada X86 kepada Windows pada seni bina Snapdragon. Berdasarkan penyelidikan selama bertahun-tahun ke atas ekosistem, HONOR mencipta Hotspot Library yang menggunakan AI peringkat platform untuk mengenal pasti senario yang kerap digunakan dan mencetuskan pengoptimuman terjemahan dengan cekap. HONOR menambah baik 16% daripada purata masa boot-up1 dengan pengoptimuman terjemahan merentas pelbagai jenis aplikasi Windows. Pada masa ini, HONOR mengoptimumkan sejumlah 14 aplikasi Teratas merentas enam kategori utama, termasuk penyemak imbas, mesyuarat dalam talian, media, pejabat, perisian sosial dan alatan.

HONOR MagicBook Art 14 Snapdragon akan tersedia dalam masa terdekat di Jerman, Perancis dan Itali. Untuk prapesanan, sila kunjungi kedai dalam talian HONOR di www.honor.com.

Pengalaman AI Lancar Ditingkatkan oleh Kuasa MagicRing
Dalam era AI mudah alih, ketersambungan rentas-OS yang lancar akan benar-benar memperkasa pengguna untuk menyerlahkan AI di mana-mana sahaja. Tidak seperti sambungan titik-ke-titik manual dalam penyelesaian tradisional, HONOR MagicRing membolehkan berbilang peranti daripada akaun yang sama disambungkan secara automatik dengan penggunaan kuasa yang rendah.

MagicRing bukan sahaja menghubungkan peranti tetapi turut menghubungkan perkhidmatan merentas peranti. Penyelesaian ini juga membolehkan pengguna menggunakan set papan kekunci dan tetikus yang sama untuk berbilang peranti, menerima panggilan dan pemberitahuan pada peranti selain daripada telefon pintar mereka dan mengawal kamera telefon pintar pada PC. Dengan aliran perkhidmatan dan maklumat yang selamat dan lancar merentas peranti, MagicRing menjadikan pengalaman AI berbilang peranti lebih mudah. Sebagai contoh, sebagai salah satu senario tipikal Windows pada pengalaman Snapdragon, Cocreator membolehkan pengguna menghasilkan karya seni yang hebat dengan lukisan yang ringkas. Dikuasakan oleh MagicRing, pengguna boleh mengakses Cocreator dengan lancar pada HONOR MagicPad 2 mereka, melukis karya agung AI dengan Magic-Pencil mereka. Dalam pada itu, mereka juga boleh menggunakan AI Eraser daripada HONOR Magic V3 pada HONOR MagicBook Art 14 Snapdragon untuk mengalami tahap tiada tandingan AI mudah alih yang senang.

HONOR AI Agent: Ejen AI Pada-peranti Pertama untuk Ekosistem Terbuka
HONOR AI Agent ialah pembantu peribadi sentiasa aktif revolusioner yang direka untuk meningkatkan dan mempermudah kehidupan harian pengguna. Dengan memahami permintaan dan hasrat pengguna secara intuitif melalui analisis bahasa dan teknologi kesedaran UI, AI Agent yang belajar daripada tabiat dan persekitaran peranti mereka boleh membuat keputusan dengan bijak merentas pelbagai aplikasi dan perkhidmatan. Keupayaan ini membolehkannya mengautomasikan tugas yang rumit. HONOR menunjukkan cara untuk mencari dan membatalkan langganan aplikasi yang tidak diingini merentas aplikasi yang berbeza dengan hanya beberapa arahan suara yang mudah pada telefon pintar mereka

Tatkala kita memandang ke arah masa depan, HONOR AI Agent bersedia untuk menjadi asas kepada AI mudah alih dan ia dijangka tiba bersama Siri HONOR Magic7 penghujung tahun ini di China. Inovasi ini bukan sahaja menandakan lonjakan dalam teknologi tetapi juga menandakan era baharu di mana AI disepadukan dengan lancar ke dalam rutin harian kita, meningkatkan produktiviti dan kecekapan setiap hari.

Teknologi AI Deepfake Detection Pada-peranti Pertama Dunia
Memandangkan teknologi di sebalik palsu asli (deepfake) menjadi lebih sofistikated, potensi terhadap penyalahgunaan, termasuk pencurian identiti dan penyebaran maklumat salah, meningkat dengan ketara. AI Deepfake Detection pada peranti HONOR menonjolkan penyelesaian rintis yang direka untuk melindungi pengguna daripada ancaman palsu asli yang semakin berleluasa. Sistem pengesanan yang inovatif ini menggunakan algoritma termaju untuk menganalisis pelbagai elemen dengan teliti, termasuk ketidaksempurnaan sintetik tahap piksel, artifak gubahan sempadan, kesinambungan antara bingkai, kekonsistenan pada gaya rambut wajah hingga telinga dan kedudukan jejak sintetik. Dengan meneliti ciri-ciri ini, teknologi dapat mengenal pasti kandungan yang dimanipulasi dengan tepat, membezakan antara media tulen dan pengubahan yang mengelirukan.

Latar Belakang HONOR 
HONOR ialah penyedia peranti pintar global yang terkemuka. Ia menumpukan perhatian untuk menjadi jenama teknologi ikonik global dan mencipta dunia pintar yang baharu untuk semua orang melalui produk dan perkhidmatannya yang berkuasa. Dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada penyelidikan dan pembangunan (R&D), ia komited untuk membangunkan teknologi yang memperkasa orang ramai di seluruh dunia untuk melangkaui, memberikan mereka kebebasan untuk mencapai dan melakukan lebih banyak lagi. Menawarkan pelbagai telefon pintar, tablet, komputer riba dan peranti boleh pakai yang berkualiti tinggi untuk memenuhi setiap bajet, portfolio produk HONOR yang inovatif, premium dan andal membolehkan orang ramai menjadi versi diri mereka yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.honor.com atau emel newsroom@honor.com 

https://community.honor.com/  
https://www.facebook.com/honorglobal/  
https://twitter.com/Honorglobal  
https://www.instagram.com/honorglobal/  
https://www.youtube.com/c/HonorOfficial 

1Data diperoleh daripada makmal HONOR.

 

 

HONOR Redefines Mobile AI Solutions with PC powered by Snapdragon, on-device AI Agent and AI Deepfake Detection at IFA 2024
HONOR Redefines Mobile AI Solutions with PC powered by Snapdragon, on-device AI Agent and AI Deepfake Detection at IFA 2024

HONOR Redefines Mobile AI Solutions with PC powered by Snapdragon, on-device AI Agent and AI Deepfake Detection at IFA 2024
HONOR Redefines Mobile AI Solutions with PC powered by Snapdragon, on-device AI Agent and AI Deepfake Detection at IFA 2024

HONOR Redefines Mobile AI Solutions with PC powered by Snapdragon, on-device AI Agent and AI Deepfake Detection at IFA 2024
HONOR Redefines Mobile AI Solutions with PC powered by Snapdragon, on-device AI Agent and AI Deepfake Detection at IFA 2024

Source: HONOR
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications