i-CREATe & WRRC 2024
SHANGHAI, 10 September 2024 /PRNewswire/ -- Siyi Intelligence (Syrebo) memainkan peranan penting di Konvensyen Antarabangsa mengenai Kejuruteraan Rehabilitasi dan Teknologi Bantuan (i-CREAte 2024) & Konvensyen Robot Rehabilitasi Dunia 2024 (WRRC 2024), yang diadakan di Shanghai mulai 23 hingga 26 Ogos 2024.
Acara ini dihoskan secara bersama oleh Coalition on Rehabilitation Engineering and Assistive Technology of Asia (CREATe Asia), Persatuan produk Bantuan China dan Universiti Shanghai untuk Sains dan Teknologi. Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE), organisasi akademik terbesar di dunia, bertindak sebagai penaja teknikal. Prof. Hongliu Yu, Presiden terpilih CREATe Asia, berkhidmat sebagai pengerusi konvensyen, menyertai senarai peserta yang sememangnya mengagumkan.
Siyi Intelligence (Syrebo) memaparkan penyelesaian rehabilitasi pintar syarikat, menggamit perhatian golongan rehabilitasi di seluruh dunia.
Reruai Sesak dan Ulasan Tinggi Melangit
Siyi Intelligence (Syrebo), peneraju dalam industri rehabilitasi, membuat penampilan sulung yang luar biasa di acara ini dengan rangkaian produk rehabilitasi pintarnya. Barisan ini termasuk siri penyelesaian Syrebo®, termasuk Sistem Latihan & Penilaian Rehabilitasi Antara Muka Otak-Komputer, Robot Rehabilitasi Anggota Atas Pintar dan Robot Rehabilitasi Tangan.
Pelancaran barisan penyelesaian menarik minat sejumlah besar hadirin yang tidak sabar-sabar untuk merasai sendiri inovasi ini. Produk ini mendapat ulasan tinggi melangit daripada pengunjung atas teknologi termaju dan reka bentuk mesra pengguna. Di samping itu, Prof. Jie Jia daripada Hospital Huashan Universiti Fudan, tetamu yang terkemuka di acara ini, melawat reruai Siyi Intelligence (Syrebo) dan memberikan maklum balas berharga mengenai reka bentuk dan utiliti klinikal penyelesaian rehabilitasi pintar mereka.
Penyertaan yang Dihormati dalam Pertandingan Keusahawanan Global
Pada 23 Ogos, Siyi Intelligence (Syrebo) mengambil bahagian dalam pusingan akhir Pertandingan Keusahawanan Robot Rehabilitasi Global dengan Sistem Latihan dan Penilaian Rehabilitasi Antara Muka Otak-Komputer Syrebo® yang memenangi anugerah. Penghormatan terdahulu termasuk Red Dot dan iF Design Awards.
Selepas persaingan sengit dan penilaian yang terperinci oleh hakim akhir, antara muka otak-komputer Siyi Intelligence (Syrebo) membezakannya dengan reka bentuk unik dan teknologi canggihnya, yang akhirnya memenangi Anugerah Prototaip Terbaik.
Ucapan Berwawasan di Forum Rehabilitasi Tangan
Forum mengenai Teknologi dan Peranti Baharu untuk Rehabilitasi Tangan telahpun diadakan pada 25 Ogos di tempat persidangan. Forum ini dipengerusikan bersama oleh Prof. Jie Jia dan Prof. Qiyu Tang daripada Universiti Cina Hong Kong.
Semasa forum, Wudong Wang, pengasas bersama Siyi Intelligence (Syrebo), menyampaikan pembentangan mengenai aplikasi inovatif teknologi rehabilitasi pintar dalam rehabilitasi tangan. Pandangan beliau menawarkan perspektif segar dan idea terkini, menyumbang dengan ketara kepada kemajuan dalam bidang ini.
Latar Belakang Siyi Intelligence (Syrebo)
Siyi Intelligence(Syrebo) ialah sebuah syarikat neurorehabilitasi rintis yang menawarkan rangkaian produk robotik mampu milik yang direka untuk hospital, klinik dan kegunaan individu. Barisan produk termasuk robotik fungsi tangan lembut, rangka luar lembut untuk anggota bawah, penyelesaian Antara Muka Komputer-Otak (BCl) dan robotik rehabilitasi anggota atas.
Siri robotik tangan lembut Syrebo® dilengkapi untuk menyediakan penyelesaian latihan lanjutan menggunakan BCl, Elektromiografi (EMG), sensor fleksibel dan Rangsangan Saraf Elektrik (ENS). Robotik rehabilitasi anggota atas Syrebo® menampilkan kedudukan optik berkejituan tinggi, sesuai untuk pelbagai persekitaran. Bagi cabaran mobiliti, robotik lembut Syrebo® untuk berjalan menyediakan analisis lenggok yang terperinci dan bantuan kepada pesakit yang mengalami kecederaan saraf, termasuk mangsa strok dan sklerosis berbilang.
Diperakui oleh FDA dan CE, produk Syrebo® telahpun tersedia secara global merentas lebih 80 negara dan wilayah sejak tahun 2017, menawarkan perkhidmatan kepada lebih 4,000 hospital dan 60,000 keluarga.
Misinya adalah untuk menerajui pasaran dalam membangunkan robotik dan perkhidmatan rehabilitasi yang mampu milik dan berkualiti tinggi, memenuhi keperluan hospital, klinik dan keluarga di seluruh dunia.