omniture

Xinhua Silk Road: Festival opera Cina (Kunshan) 2024 bermula di Bandar Kunshan Timur China

Xinhua Silk Road
2024-09-10 21:52 15

BEIJING, 10 September 2024 /PRNewswire/ -- Festival opera Cina (Kunshan) 2024 bermula di Kunshan, sebuah bandar peringkat daerah di Wilayah Jiangsu, timur China pada 5 September dan akan berlangsung hingga 23 September.

Bertemakan "acara besar-besaran opera Cina, festival rakyat" dan diadakan secara dalam talian dan juga luar talian, acara ini menampilkan lima drama utama, 21 petikan opera dan 45 kumpulan opera dengan sejumlah 87 drama dan 22 genre. Dalam kalangan pelakon, 23 telah memenangi Plum Performance Award atau Wenhua Award.

Semasa majlis perasmian, 15 wakil daripada kakitangan terpilih untuk program latihan bakat terkemuka negara 2024 bagi persembahan opera Cina telahpun dianugerahkan sijil. Selepas majlis perasmian, tujuh pakar opera yang terkemuka dengan purata umur 65 tahun berkolaborasi untuk mementaskan satu siri petikan opera klasik untuk penonton.

Photo shows the Chinese opera performance during the 2024 Chinese opera (Kunshan) festival opening in Kunshan, east China's Jiangsu Province on September 5. (Provided by Kunshan Converged Media Center)
Photo shows the Chinese opera performance during the 2024 Chinese opera (Kunshan) festival opening in Kunshan, east China's Jiangsu Province on September 5. (Provided by Kunshan Converged Media Center)

Selain daripada persembahan opera, festival ini turut memfokuskan kepada integrasi budaya dan pelancongan dengan mengadakan pameran opera, dialog opera, pesta opera dan aktiviti-aktiviti lain yang ditampilkan untuk menyediakan pengalaman budaya opera Cina yang imersif kepada penonton dan pengunjung.

Festival ini turut membina platform secara aktif untuk bakat muda opera dan terus memupuk bakat untuk 121 genre opera dengan menjemput pakar opera negara yang terkemuka untuk memberi syarahan yang menumpukan pada penciptaan gaya nyanyian, gubahan muzik untuk drama dan orkestrasi.

Sejak pewujudannya pada tahun 2018, festival opera Cina (Kunshan) menjadi platform yang penting untuk pertukaran dan paparan pelbagai jenis opera Cina, serta pembangunan pasukan bakat dalam bidang opera Cina. Acara pada tahun ini diadakan secara bersama oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan serta pihak berkuasa tempatan di Wilayah Jiangsu.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/342038.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Entertainment Publishing/Information Service