PORT VILA, Vanuatu, 11 September 2024 /PRNewswire/ -- Vantage Markets (atau "Vantage") gembira mengumumkan pengiktirafannya di International Business Magazine Awards 2024 yang berprestij, di mana syarikat ini peroleh dua gelaran yang diidamkan: Penyedia Perdagangan Indeks Terbaik APAC 2024 dan Penyedia Perdagangan CFD Terbaik APAC 2024.
Anugerah-anugerah ini menekankan komitmen Vantage untuk menyampaikan pengalaman dagangan yang luar biasa kepada pedagangnya merentas rantau Asia-Pasifik terpilih, termasuk penyelesaian dagangannya yang inovatif, teknologi mantap serta pengalaman pengguna yang lancar.
Awal tahun ini, Vantage meningkatkan penawaran dagangan CFD indeksnya, dengan tumpuan yang kukuh pada rantau APAC terpilih. Pengubahsuaian semasa Januari 2024 memperkenalkan indeks-indeks APAC yang utama seperti Straits Times Index (STI) dan Taiwan Stock Exchange Index (TWSE). Dalam bulan Mac, Vantage memperkukuh lagi kelebihan daya saingnya dengan menaik taraf laman web dan aplikasinya bagi meningkatkan ketelusan serta penjimatan kos untuk pedagang. Penambahbaikan ini termasuk opsyen leveraj yang lebih tinggi, spread lebih ketat yang mengurangkan kos dagangan sehingga 15% dan alatan canggih demi keputusan perdagangan yang tepat. Vantage terus mengutamakan pasaran APAC yang terpilih, bagi memastikan pedagang mendapat manfaat daripada strategi yang komprehensif serta perlindungan yang kukuh.
Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi dan Perdagangan di Vantage, mengulas mengenai anugerah ini, menyatakan, "Kami amat berbangga menerima anugerah ini, yang mencerminkan usaha gigih kami untuk memenuhi dan melangkaui jangkaan pedagang kami di rantau APAC terpilih. Di Vantage Markets, kami berusaha untuk menawarkan persekitaran dagangan yang terbaik dan pengiktirafan ini mengesahkan dedikasi kami kepada kecemerlangan."
Vantage telah berada di barisan hadapan secara konsisten dalam industri perdagangan, menerusi strateginya untuk melaksanakan penambahbaikan dan inovasi yang berterusan, memastikan pedagang mendapat akses kepada keadaan dagangan sebaik mungkin.
Tatkala Vantage terus memperluas jejaknya di rantau APAC terpilih, anugerah-anugerah ini menjadi motivasi untuk terus menerobos sempadan apa yang boleh diharapkan oleh pedagang daripada platform dagangan bereputasi baik.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 14 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda.