omniture

Hisense PX3 Series Laser Cinema Dianugerahkan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland

Hisense
2024-09-11 15:02 8

QINGDAO, China, 11 September 2024 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama elektronik pengguna dan perkakasan rumah global, mengumumkan hari ini bahawa PX3 Series Laser Cinema telah dianugerahkan pensijilan Cahaya Biru Rendah (Penyelesaian Perkakasan) oleh TÜV Rheinland, penyedia perkhidmatan teknikal terkemuka di seluruh dunia.

PX3 Series Laser Cinema has been awarded Low Blue Light (Hardware Solution) certification by TÜV Rheinland
PX3 Series Laser Cinema has been awarded Low Blue Light (Hardware Solution) certification by TÜV Rheinland

Pensijilan tersebut disampaikan dalam satu majlis anugerah yang dihadiri oleh Dr. Liu Xianrong, Ketua Ahli Sains dan Pengurus Besar Hisense Laser Display Co. Ltd., dan En. Zsolt Pesze, Pengurus Negara Euro, TÜV Rheinland, di reruai Hisense semasa IFA 2024.

Anugerah ini mengiktiraf peningkatan pengalaman tontonan skrin besar Hisense, dengan cahaya biru rendah yang terkemuka yang memastikan perlindungan mata yang cemerlang, yang penting memandangkan masa tontonan berpanjangan yang kerap pasa masa kini.

Ujian pensijilan TÜV Rheinland merangkumi analisis spektrum dan gamut warna. Spektrum cahaya biru dalam produk laser Hisense amat terhad, tertumpu dalam julat 459-471nm, membolehkan produk ini mengelakkan pancaran cahaya biru yang berpotensi berbahaya daripada sumbernya, menjadikannya sangat sesuai untuk rumah yang mempunyai kanak-kanak. Selain itu, teknologi laser Hisense yang dianugerahkan ini mempunyai gamut warna yang tinggi sehingga 110% BT.2020.

Kunci kepada teknologi paparan laser Hisense ialah enjin Laser digital-LPU yang eksklusif dan proprietari, yang mengintegrasikan Kanta Ultra Short Throw, cipset DLP, dan pengkomputeran AI dengan lancar, memastikan setiap imej menjadi karya agung cahaya dan warna.

Dalam usaha berterusan untuk mencapai kecemerlangan dalam pembangunan produk, Hisense bertujuan untuk membawa produk berkualiti tertinggi sambil mewujudkan persekitaran hidup yang lebih baik untuk keluarga.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakasan rumah dan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki tempat No. 2 di dunia untuk penghantaran TV dan No. 1 dalam TV 100" pada tahun 2023 dan Suku Pertama 2024. Syarikat ini telah berkembang pesat, beroperasi di lebih 160 negara dan pakar dalam barangan multimedia, peralatan rumah, dan maklumat IT pintar.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news