omniture

CGTN: China tingkatkan sistem pendidikan untuk menjadi negara terkemuka dalam pendidikan

CGTN
2024-09-11 22:11 14

BEIJING, 11 September 2024  /PRNewswire/ -- Berkhidmat sebagai seorang guru sekolah rendah di Perbandaran Taishitun di Beijing, Diao Rongchun tetap benar-benar komited terhadap pendidikan di kawasan pergunungan.

Berpegang teguh kepada konsep "toleransi, kelembutan, pemupukan dan pendidikan," Diao mengamalkan kaedah pengajaran berdasarkan interaksi, saling menghargai dan galakan bersama, memberi perhatian yang teliti kepada pertumbuhan setiap pelajar.

Atas sebab ini, beliau telah berkunjung ke seluruh bandar, melawat kanak-kanak yang tercicir dan murid keluarga induk tunggal di kawasan pergunungan, merangka rancangan pengajian khas untuk mereka serta mendapat kepercayaan dan rasa terima kasih daripada ibu bapa mereka.

Semasa majlis anugerah yang diadakan pada hari Ahad bagi memberi penghormatan kepada guru contoh dan kumpulan serta institusi yang cemerlang dalam sektor pendidikan China menjelang Hari Guru kali ke-40, yang jatuh pada hari Selasa, Diao, antara sejumlah 716 orang, dianugerahkan gelaran guru contoh kebangsaan.

Semasa berucap pada mesyuarat kebangsaan berhubung pendidikan di Beijing mulai hari Isnin hingga Selasa, Presiden Cina Xi Jinping mengirim salam kepada guru dan pihak-pihak lain yang berkhidmat dalam sektor pendidikan di seluruh negara, menggesa usaha untuk mencapai kemajuan yang kukuh menuju matlamat strategik untuk membina China menjadi sebuah negara yang terkemuka dalam bidang pendidikan.

Membina sistem pendidikan berkualiti tinggi

Setakat ini, China membangunkan sistem pendidikan terbesar dan berkualiti tertinggi di dunia, mencapai lonjakan yang bersejarah bagi tahap popularisasi pendidikan.

Menurut data rasmi, pada tahun 2023, terdapat 498,300 buah sekolah dari semua jenis dan peringkat di seluruh negara, dengan 291 juta pelajar mendaftar dalam pendidikan akademik dan 18.918 juta guru sepenuh masa.

Sementara itu, kelayakan akademik guru juga semakin bertambah baik. Pada tahun 2023, 78 peratus guru sekolah rendah dan 93 peratus guru sekolah menengah rendah memiliki ijazah sarjana muda atau lebih tinggi. Perkadaran guru dengan jawatan profesional kanan meningkat dengan ketara, termasuk pewujudan jawatan guru kanan di sekolah rendah dan menengah.

Kadar kemasukan bagi pengajian tinggi meningkat daripada 30 peratus pada tahun 2012 kepada 57.8 peratus pada tahun 2021, lalu mencipta lonjakan bersejarah yang menunjukkan pengajian tinggi di China memasuki tahap pengiktirafan yang meluas. Banyak universiti dan disiplin Cina telah mencapai tahap yang amat maju di peringkat global.

Di samping itu, China menekankan kepentingan yang sama rata dan pembangunan terselaras bagi pendidikan vokasional dan am, mempercepatkan penciptaan sistem pendidikan vokasional moden bagi membantu pelajar yang mempunyai pelbagai bakat dan minat merealisasikan potensi mereka.

Menyifatkan usaha untuk membina sistem pendidikan yang utama sebagai kompleks dan sistematik, Xi Jinping menekankan keperluan untuk memfokuskan kepada tugas asas pendidikan demi memupuk sifat murni. Beliau menggesa usaha untuk memupuk tenaga pengajar yang berkaliber tinggi dan menekankan kepentingan untuk meningkatkan taraf, gaji dan kebajikan guru bagi menjadikan kerjaya mengajar sebagai salah satu profesion yang paling dihormati.

Xi turut menekankan keperluan untuk membangunkan pendidikan wajib yang berkualiti tinggi dan seimbang serta mengurangkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar, wilayah, sekolah dan kumpulan sosial.

Membuka sektor pendidikan China kepada dunia

Di China, banyak projek negara utama amat bergantung kepada teknologi penting yang disediakan oleh universiti, yang memainkan peranan penting dalam penyelidikan asas serta merupakan sumber penemuan saintifik dan teknologi yang penting.

Di Persidangan Anugerah Sains dan Teknologi Kebangsaan pada tahun 2023, universiti dan kolej masing-masing memenangi 75.5 peratus daripada Anugerah Sains Semula Jadi Negeri, 75.6 peratus daripada Anugerah Reka Cipta Teknologi Negeri dan 56.5 peratus daripada Anugerah Kemajuan Saintifik dan Teknologi Negeri.

Selain itu, China berkolaborasi dalam projek-projek penyelidikan saintifik yang utama dengan negara-negara yang berkaitan melalui penubuhan pusat kerjasama sains dan pendidikan luar negara bagi menangani cabaran global.

Sebagai contoh, Pusat Penyelidikan Bersama China-Afrika, ditubuhkan pada tahun 2013, merupakan institusi saintifik dan pendidikan komprehensif pertama yang dibina di luar negara oleh China. Pusat ini menghimpunkan institusi penyelidikan saintifik dan pengajaran dari 16 negara Afrika dan China untuk berkolaborasi dalam bidang-bidang seperti tinjauan dan penilaian biodiversiti, sumber air dan pemantauan persekitaran ekologi, lalu mewujudkan rangkaian yang menyepadukan penyelidikan saintifik dan latihan bakat.

Setakat ini, penyelidik di pusat ini menerbitkan secara bersama lebih daripada 600 kertas kerja, mengadakan lebih 30 kursus latihan antarabangsa dan sesi teknikal serta melatih lebih daripada 300 pelajar dari 14 negara Afrika.

China turut menganjurkan pelbagai persidangan antarabangsa, seperti Persidangan Pendidikan Digital Dunia, menubuhkan Bengkel Luban di pelbagai negara dan meluaskan pertukaran antara belia Cina dan asing, bertujuan untuk membina sebuah pusat pendidikan global yang penting.

Semasa mesyuarat kebangsaan berhubung pendidikan, Xi menekankan kepentingan untuk membuka selanjutnya sektor pendidikan China kepada dunia, termasuk memperluas pertukaran akademik antarabangsa dan meluaskan kerjasama dalam bidang pendidikan dan penyelidikan saintifik.

https://news.cgtn.com/news/2024-09-10/President-Xi-stresses-building-China-into-leading-country-in-education-1wMHdgqzPBS/p.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service