omniture

Yaber Sertai IFA 2024 dengan Cemerlang: Projektor Utama K3 Series Peroleh 11 Anugerah Media

YABER TECHNOLOGIES CO., LIMITED
2024-09-11 23:12 18

BERLIN, 11 September 2024 /PRNewswire/ -- Dalam satu pencapaian yang luar biasa, projektor Yaber K3 Series memenangi 11 anugerah "Terbaik IFA 2024" dan "Paling Inovatif" yang berprestij daripada outlet media utama semasa IFA, termasuk Trusted Reviews, SlashGear, Android Police, House Digest, Gadgety Awards, Geek Spin, CGMagazine, Android Headlines, TechRadar, Phandroid dan The Shortcut. Berita tentang siri K3 terus tersebar merentas landskap media, mengukuhkan lagi kedudukan Yaber sebagai perintis dalam projektor hiburan.

Yaber K3/K3 Pro at IFA Berlin 2024
Yaber K3/K3 Pro at IFA Berlin 2024

Yaber membuat penampilan yang hebat di IFA 2024, menggamit perhatian komuniti teknologi global dengan projektor siri K3 yang inovatif. Seperti yang dinyatakan oleh House Digest, "Yaber K3/K3 Pro juga merupakan satu langkah melangkaui projektor lain hasil daripada teknologi penyejukan CoolSwift. Sinki haba berbentuk U dan cip penyejuk berprestasi tinggi mencegah peranti daripada mengalami pemanasan lampau." Menerusi kejayaan dalam kejelasan, kecerahan dan prestasi warna, digabungkan dengan teknologi teras Yaber, siri K3 mendapat pujian daripada media teknologi utama. Trusted Reviews menyatakan, "Sekiranya aduan mengenai tayangan pawagam rumah ialah bunyi tidak pernah benar-benar sepadan dengan imej, maka Yaber K3 Pro boleh menjadi salah satu yang pertama untuk menyelesaikannya dengan betul."

Khususnya, kualiti bunyi luar biasa siri K3 turut menarik perhatian. Seperti yang diperhatikan oleh CGMagazine, "Yaber memfokuskan kepada kualiti bunyi dalam siri Yaber K3, bekerjasama dengan JBL untuk menyepadukan dwi pembesar suara stereo 15W yang menyokong Dolby Audio. K3 Pro mengambil selangkah lebih jauh dengan memasukkan subwufer, menangani isu biasa iaitu bes lemah dalam sistem audio projektor. Semasa demo ringkas di acara ini, kualiti bunyi sememangnya mengagumkan, dengan kombinasi projektor dan subwufer menyampaikan audio yang jauh melangkaui apa yang biasanya dijangkakan daripada peranti jenis ini."

TechRadar mengetengahkan selanjutnya kehandalan audio dan menyatakan ia merupakan projektor yang paling hebat di IFA, "Yaber K3 Pro sudahpun mempunyai kuasa pembesar suara stereo buatan-JBL 30W dalam unit projektor, sesuatu yang handal, tetapi penambahan subwufer membawa kehebatannya ke tahap serba baharu. Ia bukan pengganti untuk salah satu bar bunyi Dolby Atmos yang terbaik, tetapi ini merupakan satu-satunya sistem bunyi projektor yang saya dengar setakat ini yang membuatkan saya tidak akan tergoda untuk menambah pembesar suara yang lain."

 

 

 

 

Source: YABER TECHNOLOGIES CO., LIMITED
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Publishing/Information Service Awards New products/services