SHENZHEN, China, 12 September 2024 /PRNewswire/ -- Ekspo Optoelektronik Antarabangsa China (CIOE 2024) ke-25 bermula hari ini menerusi pembukaan besar-besaran di Pusat Konvensyen dan Pameran Dunia Shenzhen. Sebagai acara ulung yang merangkumi rantaian industri optoelektronik keseluruhan, CIOE menyaksikan kemajuan pesat teknologi optoelektronik dan transformasi mendalam landskap industri sepanjang 25 tahun yang lalu. Bermula dengan permulaannya yang sederhana sebagai pameran berskala kecil kepada kepentingan semasanya sebagai sebuah acara antarabangsa yang merangkumi keluasan 240,000 meter persegi, CIOE telahpun berkembang dari segi skala dan pengaruh, memupuk inovasi teknologi dan penaiktarafan industri. Ia menjadi acara yang terkemuka di dunia yang meliputi rantaian industri keseluruhan, berusaha untuk membina platform holistik untuk inovasi teknologi, wacana akademik, pembangunan pasaran dan kolaborasi global.
Meraikan jubli peraknya, ia telah menarik lebih 3,700 peserta pameran berkualiti tinggi dari lebih 30 negara dan wilayah, mempamerkan spektrum penuh rantaian industri optoelektronik - bermula daripada cip dan peranti hingga penyelesaian sistem penuh dan peralatan pembuatan. Para hadirin boleh meneroka teknologi terkini dalam komunikasi optik, optik, laser, inframerah, penderiaan dan paparan. Astaka antarabangsa dari negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Korea Selatan, Jerman, Denmark, dan Switzerland akan memaparkan pencapaian terkini dan produk inovatif mereka, menggalakkan pertukaran teknikal antarabangsa dan kerjasama.
Dengan jangkaan kehadiran seramai lebih 120,000 ahli profesional daripada sektor pembuatan termaju, elektronik pengguna, semikonduktor, perubatan dan keselamatan, CIOE 2024 berperanan sebagai platform untuk rangkaian, ramalan trend dan kemajuan teknologi. Komunikasi rentas industri ini akan menyemarakkan inovasi dan pertumbuhan yang berterusan dalam sektor fotonik.
Berfungsi sebagai platform utama untuk memaparkan penemuan saintifik dan memupuk perkongsian antara industri dan dunia akademik, CIOE 2024 menonjolkan inovasi optoelektronik yang terkini daripada institusi penyelidikan, universiti dan firma berteknologi tinggi, memupuk pembangunan produk baharu serta menghubungkan syarikat dengan pelabur demi mendorong urusan perniagaan dan perkongsian global. CIOE 2024 - Zon Paparan Pencapaian Teknologi Universiti menghubungkan penyelidikan akademik dengan permintaan industri, mempercepatkan aplikasi praktikal penemuan saintifik. Sementara itu, Zon Perekrutan Bakat Optoelektronik menyediakan platform untuk syarikat-syarikat merekrut ahli profesional mahir, memperkukuh kumpulan bakat mereka serta merapatkan jurang antara keperluan penyelidikan dan tenaga kerja.
CIOE 2024 menekankan peranan penting teknologi optoelektronik dalam memacu inovasi merentas pelbagai sektor. Menurut Yang Xiancheng, pengasas dan pengerusi eksekutif CIOE, "Perkembangan pesat industri-industri berteknologi tinggi bergantung kepada integrasi rapat antara teknologi huluan dan inovasi produk hiliran. Teknologi optoelektronik berfungsi sebagai sokongan penting, menyerlahkan kemungkinan baharu untuk pembangunan produk dalam bidang-bidang seperti bahan, cip, sensor dan modul." Beliau juga menyatakan bahawa teknologi baru muncul seperti fotonik dan pengkomputeran kuantum adalah penting dalam pengkomersialan kemajuan ini.
"Pembuatan Pintar dengan Fotonik" ialah teknologi terkemuka yang memacu pembangunan kuasa produktif baharu dengan kelebihan uniknya dan aplikasi yang pelbagai. Di CIOE 2024, pameran utama termasuk pemprosesan optik dan peralatan penyalut, peralatan AA kamera, peralatan laser, peralatan semikonduktor, automasi industri dan instrumen ujian. Inovasi ini meningkatkan kecekapan pengeluaran dan kestabilan kualiti untuk produk-produk teras seperti cip optoelektronik serta kanta optik dan dalam masa yang sama turut memperluas aplikasi ke dalam pembuatan pintar, elektronik pengguna, kenderaan tenaga baharu dan semikonduktor.
Di sebalik pameran, CIOE merupakan hab untuk inovasi optoelektronik global. CIOE 2024 menjalankan secara serentak lebih 80 forum, menghimpunkan pakar, ilmuwan dan peneraju industri yang terkemuka untuk membincangkan kemajuan terkini, trend industri dan peluang pasaran dalam sektor optoelektronik. Melalui perbincangan yang mendalam, forum ini menonjolkan hala tuju baharu untuk inovasi dan pembangunan dalam optoelektronik, menyemarakkan semangat terhadap potensi bidang ini. Acara ini berperanan sebagai peristiwa penting dalam memajukan industri fotonik ke arah pertumbuhan yang mampan.