omniture

Ekspo Tenaga Digital Antarabangsa 2024 Dedahkan Masa Depan Tenaga Pintar dan Digital di Shenzhen

The International Digital Energy Expo
2024-09-13 08:26 29

SHENZHEN, China, 13 September 2024 /PRNewswire/ -- Ekspo Tenaga Digital Antarabangsa 2024 (IDEE) diadakan dengan jayanya di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen, membawakan 412 peserta pameran dan menarik 70,100 hadirin. Bertemakan "Tenaga Pintar dan Digital untuk Hari Esok", ekspo ini, yang menjangkau keluasan 50,000 meter persegi, menonjolkan penyelesaian tenaga baharu dan memupuk perbincangan global berhubung masa depan tenaga digital.

The International Digital Energy Expo 2024 (IDEE) successfully convened at the Shenzhen Convention & Exhibition Center
The International Digital Energy Expo 2024 (IDEE) successfully convened at the Shenzhen Convention & Exhibition Center

Ekspo pada tahun ini membawakan tujuh kawasan pameran utama: Sistem Kuasa Elektrik, Storan Tenaga, Tenaga Baharu, Komponen Teras bagi Storan Tenaga, Pendigitalan dalam Tenaga, Perkhidmatan Sokongan Tenaga dan Astaka Antarabangsa. Para peserta pameran yang terkemuka seperti Southern Power Grid dan BYD disertai oleh syarikat-syarikat gergasi teknologi seperti Huawei dan Tencent yang mempamerkan tawaran teknologi tinggi mereka yang terkini. Huawei Technologies memperkenalkan Penyelesaian Mikrogrid Pintar Global, yang disebut-sebut sebagai penyelesaian fotovolta pintar pertama dan terbesar di dunia setakat ini. Tencent Cloud menyebut bahawa Tencent memanfaatkan kelebihan teknologi digitalnya untuk menyediakan platform pintar "1+7+N" untuk rantaian industri tenaga baharu. BYD menekankan kepentingan penyelesaian mikrogrid bersepadu yang menggabungkan storan fotovolta dan stesen pengecasan untuk pembangunan tenaga global dan keneutralan karbon. Southern Power Grid memperkenalkan inovasi AI dalam sektor kuasa, memfokuskan kepada AGI dan pembangunan "Da Watt", iaitu model NLP yang meningkatkan aplikasi kuasa pintar.

Dalam majlis perasmian, satu sorotan penting ialah pelancaran "Pelan Pembinaan Bandar Perintis Digital (2024-2030)" Shenzhen. Shenzhen telahpun mencapai kemajuan yang ketara dalam infrastruktur tenaga digital, membina sepuluh zon bekalan kuasa berkualiti tinggi dan 550 stesen pengecasan super, melebihi jumlah stesen minyak. Dengan kadar penembusan kenderaan tenaga baharu melebihi 70%, Shenzhen turut menjalankan ujian pengkomersialan V2G (Kenderaan-ke-Grid) yang pertama di dunia, memperlihatkan potensinya untuk menangani keadaan cuaca yang melampau dan meningkatkan daya tahan bandar.

Forum utama, bertajuk "Teknologi Baharu Digital-Masa Depan Tenaga Baharu," menampilkan para tetamu yang terkemuka dari China dan juga luar negara. Melalui ucaptama dan perbincangan meja bulat, mereka berkongsi pandangan mengenai peluang baharu dalam pembangunan tenaga digital dan meninjau laluan baharu secara aktif demi transformasi digital sektor tenaga. Di samping itu, lebih banyak perbincangan telahpun dijalankan mengenai tema-tema seperti industri tenaga digital, sistem kuasa baharu, pendigitalan tenaga baharu, teknologi storan tenaga, pelaburan dan pembiayaan industri serta industri rendah-karbon global, memupuk pertukaran ilmu pengetahuan bagi memajukan matlamat kemampanan global.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ekspo Tenaga Digital Antarabangsa 2024 (IDEE), sila kunjungi

https://ideesz.szqfjt.com/

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=61563835598435

YouTube: https://www.youtube.com/@IDEE_SZ

LinkedIn: https://www.linkedin.com/company/104142849/admin/dashboard/

 

Source: The International Digital Energy Expo
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news Artificial Intelligence