omniture

Pylontech US Pamer di RE+ 2024

Pylontech
2024-09-13 16:46 184

ANAHEIM, California, 13 September 2024 /PRNewswire/ -- Pylontech US muncul dengan kehadiran yang mantap di RE+ 2024, ekspo tenaga bersih terbesar Amerika Utara, diadakan pada minggu ini di Anaheim, California.

Berikutan pertumbuhan selama bertahun-tahun, Pylontech mempercepatkan strategi penyetempatannya pada tahun lalu, meraih pencapaian penting dengan menubuhkan subsidiari tempatan di Dallas awal tahun ini. Langkah ini merupakan suatu kejayaan dalam pasaran A.S., memperkukuh komitmen syarikat untuk mencipta dan berkongsi nilai bersama pelanggan dan rakan kongsi globalnya.


Winnie Wei, Pengurus Besar Pylontech US, berbicara dengan International Alliance for Battery and Energy Storage mengenai perkembangan strategik syarikat dalam pasaran A.S. Winnie menggariskan pembangunan perniagaan Pylontech, menekankan keupayaan dan pengalaman penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat yang luas dalam sektor storan tenaga kediaman dan juga komersial/perindustrian, khususnya di Eropah. "Kami percaya storan tenaga mencetuskan impak dan nilai yang lebih besar dapat direalisasikan melalui perkongsian. Sebagai pasaran storan tenaga kedua terbesar di dunia, A.S. menawarkan peluang perniagaan yang berpotensi besar dan inovatif. Kami teruja untuk mengalu-alukan lebih ramai bakat dan rakan kongsi tempatan untuk saling bekerjasama bagi memaksimumkan nilai storan tenaga."

Selain daripada subsidiari baharunya, Pylontech memperlihatkan kesediaannya untuk pasaran A.S. melalui beberapa cara di RE+ 2024. Syarikat ini mengumumkan bahawa produk storan tenaga kediamannya, Force H3, telah diberikan pensijilan UL9540B VOC, seraya menjadikan Pylontech sebagai syarikat Cina pertama yang mencapai pengiktirafan ini. Ini mengesahkan bahawa produk kediaman Pylontech memenuhi piawaian teknikal keselamatan kebakaran yang terkini. Syarikat ini turut mengeluarkan kertas putih mengenai Keselamatan Sistem Storan Tenaga Komersial & Perindustrian, berkongsi pandangan dan amalan terbaiknya demi menjamin keselamatan dalam sistem storan tenaga.


"Visi kami adalah untuk memberikan tenaga kepada berbilion-bilion dengan kuasa yang lebih pintar. Kami bermatlamat untuk menggabungkan kepakaran kami dengan pengetahuan tempatan di A.S. bagi menyampaikan lebih nilai kepada pelanggan menuju masa depan yang lestari," kata Winnie Wei.

Source: Pylontech
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Expansion New products/services Trade show news