omniture

Beny Terima Anugerah Top Brand PV 2024 untuk Penyongsang oleh EUPD Research

BENY
2024-09-14 09:48 15

WENZHOU, China, 14 September 2024 /PRNewswire/ -- Sebagai peneraju global bagi penyelesaian tenaga baharu, Beny mengumumkan bahawa ia dianugerahkan anugerah EUPD Research Top Brand PV 2024 yang berprestij untuk Penyongsang. Pengiktirafan ini bukan sahaja menonjolkan pencapaian cemerlang Beny bahkan turut mencerminkan tahap kepercayaan dan keyakinan tinggi yang dimiliki oleh rakan kongsi seluruh dunia terhadap syarikat ini.


Anugerah EUPD Research Top Brand PV ialah salah satu pengiktirafan yang paling dipandang tinggi dalam industri PV, direka untuk mengiktiraf syarikat-syarikat yang cemerlang dalam kesedaran jenama, bahagian pasaran dan kepuasan pelanggan. Dengan menjalankan penyelidikan dan analisis yang teliti untuk penilaian, pensijilan jenama ini memiliki autoriti dan kredibiliti yang penting dalam industri ini. Memenangi anugerah ini menandakan kedudukan pasaran syarikat yang utama dan pengaruh jenama yang ketara.

Sebagai peneraju dalam sektor tenaga baharu global, Beny tekal memacu inovasi dalam pembangunan produk dan mengumpul pengalaman yang luas dalam penyelesaian bersepadu. Mikropenyongsangnya menonjol untuk output kuasa tingginya yang terkemuka dalam industri, keupayaan pengendalian arus dan keserasian dengan modul PV, menjadikannya pilihan utama untuk pemasangan PV balkoni dan bumbung.

Pada masa ini, Beny mewujudkan susun atur perniagaan komprehensif yang menyepadukan "PV + storan tenaga + pengecasan EV," menawarkan penyelesaian yang lengkap kepada pelanggan global bermula daripada penghasilan hingga storan dan penggunaan tenaga. Hasil daripada susun atur strategik yang berpandangan ke hadapan ini dan pemahaman yang mendalam terhadap keperluan pelanggan, Beny mendapat pengiktirafan yang meluas di pasaran, memuncak dengan penerimaan anugerah Top Brand PV 2024.

Mengulas mengenai anugerah ini, Pengurus Besar Beny, Jundan Wang berkata, "Memenangi anugerah ini bukan sahaja merupakan satu pengiktirafan terhadap pencapaian kami tetapi juga sebagai galakan untuk pembangunan masa depan kami. Beny akan menjadikan anugerah ini sebagai titik permulaan baharu, berinovasi dan berusaha secara berterusan untuk mencapai kecemerlangan bagi memimpin industri ke tahap baharu."

Pada masa depan, Beny akan terus memanfaatkan kelebihan teknologinya dan keupayaan inovatif untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang unggul kepada pelanggan. Syarikat ini merancang untuk meningkatkan lagi pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D), memperluas promosi dan aplikasi penyelesaian "PV + storan tenaga + pengecasan EV" serta menyokong peralihan global kepada tenaga hijau.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.beny.com.

Source: BENY
Keywords: Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Awards