omniture

Pusat Perdagangan Lemon Tongnan Malaysia Dibuka Secara Rasmi

iChongqing
2024-09-14 09:55 1

CHONGQING, China, 14 September 2024 /PRNewswire/ -- Laporan berita daripada iChongqing. Tanggal 10 September, Pusat Perdagangan Lemon Tongnan Malaysia memulakan operasi secara rasmi. Reben dipotong secara bersama oleh Wen Tianping, Setiausaha Jawatankuasa Daerah Tongnan Chongqing CPC; DR RAJA PUTRA SHAH, ahli kerabat diraja Malaysia; Dato' Seri Joseph Kow, Ketua Pegawai Eksekutif AEI International Berhad; Dato' Nonee Ashirin Binti Dato' Mohd Radzi, Pengerusi Global Turbine Asia Sdn Bhd; dan Wu Lihong, Presiden RNG.

Dikenali sebagai "Internat "Ibu Kota Lemon Organik China", Tongnan berusaha untuk mewujudkan jenama "Tongnan Lemon, No. 1 China" dan memanfaatkan potensi pembangunan industri lemon. Tongnan telah membina pusat anak benih lemon bebas virus pertama di China di wilayah barat, dengan 21,333 hektar ladang lemon menghasilkan 350,000 tan setiap tahun. Dengan produk lemon yang telahpun dieksport ke lebih 30 negara dan wilayah, Tongnan kini menyumbang sebanyak 45% daripada pasaran lemon China.

Pusat Perdagangan Lemon Tongnan Malaysia terletak di Kuala Lumpur. Pusat ini memaparkan pelbagai produk berasaskan lemon, seperti minuman lemon probiotik, hirisan kering beku dan gula-gula jeli pektin, mempamerkan kemajuan teknologi yang terkini dalam industri lemon Tongnan. Pusat ini sudahpun menarik minat ramai rakyat Malaysia tempatan yang tidak sabar-sabar untuk merasai dan meneroka produk ini.

"Lemon memainkan peranan penting dalam hidangan harian kami, bukan sahaja sebagai perasa tetapi juga untuk rasanya yang unik," kata seorang penduduk Kuala Lumpur. Dia gemar menggunakan limau terus dalam masakan untuk meningkatkan rasa manis dan pedar dalam masakannya. "Saya berharap dapat melawat Tongnan suatu hari nanti," tambahnya.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia, yang diraikan sebagai Tahun Persahabatan China-Malaysia. Pembukaan rasmi Pusat Perdagangan Lemon Tongnan Malaysia merupakan langkah strategik untuk mengukuhkan jenama Tongnan Lemon dan meluaskan jangkauannya ke pasaran luar negara. Pusat ini menyepadukan perkhidmatan pameran, perdagangan dan perniagaan, menyediakan ruang kepada pelanggan Malaysia untuk membeli dan memesan secara pukal produk lemon Tongnan dan dalam masa yang sama turut membolehkan mereka mengalami sendiri ekologi, teknologi dan budaya Tongnan.

"Kami berharap pusat perdagangan ini akan berfungsi sebagai platform baharu untuk lemon Tongnan memasuki Malaysia, satu hubungan baharu untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi kami dan jendela baharu untuk memperdalam pertukaran serta kolaborasi," kata Wen Tianping. Beliau menjelaskan, pusat ini akan digunakan untuk mewujudkan platform perkhidmatan pelaburan dua hala dan membolehkan lebih banyak produk Tongnan memasuki Malaysia.

Source: iChongqing
Keywords: Agriculture Food/Beverages Publishing/Information Service Travel Trade show news