omniture

Platform Perekrutan AI Bossjob Langkaui 4 Juta Pengguna Berdaftar di Filipina

Bossjob
2024-09-15 21:45 8

MANILA, Filipina, 15 September 2024 /PRNewswire/ -- Pada 12 September, platform perekrutan dipacu AI Bossjob dengan bangganya mengumumkan bahawa ia telah melangkaui 4 juta pengguna berdaftar di Filipina, hasil daripada dwi-fokus pada inovasi produk dan pemasaran jenama. Pencapaian ini mendorong syarikat menuju fasa pertumbuhan yang baharu.

Meningkatkan Keupayaan AI dengan Alat Penjana Foto Profesional

Bagi pencari kerja, resume yang menonjol adalah tidak lengkap tanpa gambar kepala profesional. Walau bagaimanapun, ramai pengguna pada platform perekrutan masih bergantung pada foto profil generik, atau hanya memuat naik foto kasual mereka. Dengan peningkatan AI, Bossjob memanfaatkan model AI termajunya untuk melancarkan ciri-ciri permintaan tinggi secara berterusan, salah satunya ialah Penjana Foto AI yang terkini. Dengan hanya memuat naik foto peribadi, pengguna boleh menjana berbilang gambar tangkap kepala profesional serta merta dalam masa kurang daripada satu minit, meningkatkan dengan ketara penyampaian resume mereka dan meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan tawaran kerja.

Teknologi AI proprietari Bossjob, digabungkan dengan data raya, memadankan calon dengan majikan secara cekap, meningkatkan proses perekrutan dan pencarian pekerjaan sambil mengurangkan kos pengambilan pekerja. Inovasi ini mencetuskan gelombang perkongsian media sosial, dengan pengguna memaparkan foto profesional dijana AI mereka pada platform seperti Instagram dan TikTok, lalu meningkatkan keterlihatan jenama dengan ketara.

Meluaskan Pemasaran Jenama bagi Mengukuhkan Ekuiti, Kepercayaan dan Pengiktirafan Jenama dengan pengguna

Selama tujuh tahun pertamanya, Bossjob memfokuskan terutamanya kepada produk, namun tahun 2024 merupakan tahun penembusan jenamanya. Dalam bulan Julai, jenama ini melancarkan kempen pemasaran global yang luas merentas platform media sosial dan luar arus perdana. Kempen ini mencetuskan perbincangan meluas, dengan satu video jenama TikTok memperoleh hampir sejuta tontonan, dengan bilangan penglibatan yang serupa dilihat di Facebook, Instagram dan YouTube.

Selain daripada strategi dalam taliannya, Bossjob memenuhi media luar talian di Filipina, memanfaatkan papan iklan dan pengangkutan awam untuk keterlihatan maksimum. Pendekatan berbilang saluran ini menarik peningkatan pesat pengguna baharu, mendorong bilangan pengguna berdaftar Bossjob melepasi 4 juta menjelang akhir Ogos 2024, satu pencapaian baharu.

Memanfaatkan Globalisasi dan Peluang Strategik

Memandangkan bakat antarabangsa menjadi pemacu inovasi yang utama di wilayah maju, Bossjob merebut peluang baharu. Sejak melancarkan strategi globalnya pada Mei 2023, platform ini melancarkan perkhidmatan perekrutan di Singapura, Indonesia, Jepun dan Hong Kong SAR, menyasarkan bakat dan perusahaan global. Pada Mei 2024, Bossjob memperkenalkan perekrutan luar negara yang komprehensif untuk memenuhi keperluan majikannya dalam pasaran. Majikan boleh menggunakan ciri Antarabangsa platform ini untuk menyiarkan pekerjaan yang disesuaikan dengan negara-negara tertentu, dengan Bossjob menyediakan pemadanan perekrutan hujung-ke-hujung dan perkhidmatan pekerjaan.

Pada asalnya diasaskan di Filipina, sejak itu Bossjob berkembang menjadi platform perekrutran berkuasa AI global. Model "Mudah Alih + Sembang Langsung + Pemadanan AI" yang inovatif memanfaatkan teknologi AI untuk menghubungkan syarikat dan pencari kerja dengan lebih cekap. Selepas pembangunan selama tujuh tahun, Bossjob menjadi jenama perekrutran yang terkemuka di Asia Tenggara.

Source: Bossjob
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Social Media Telecommunications Workforce Management/Human Resources New products/services Artificial Intelligence