omniture

T&B Media Global Pecah Rekod Jualan Terlaris di Thailand dengan Pembukaan Tertinggi Seumpamanya untuk Filem Animasi

T&B Media Global
2024-09-16 10:31 2

BANGKOK, 16 September 2024 /PRNewswire/ -- T&B Media Global mencapai kejayaan yang bersejarah dalam dunia Animasi Thai dengan cereka animasi terkininya, Out of the Nest, diperkenalkan buat julung kalinya sebagai filem animasi dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman di Thailand untuk keluaran asing dan juga domestik. Pencapaian ini merupakan bukti daya tarikan sejagat dan kisah menyentuh hati daripada produksi Thai-Cina ini, yang telah memikat hati penonton dari semua peringkat usia.

Thai-Chinese animation 'Out of the Nest' breaks Thai box office record for any animation ever released in the country.
Thai-Chinese animation 'Out of the Nest' breaks Thai box office record for any animation ever released in the country.

Sudahpun memperoleh pengiktirafan yang berprestij untuk cereka animasi menerusi pemilihannya dalam kategori Annecy Presents di Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy 2024 di Perancis, Out of the Nest pantas menjadi kegemaran penonton. Kisah penemuan diri yang menarik, mencari wira dalam diri anda, dipaparkan melalui animasi bertaraf dunia yang menakjubkan dan skor orkestra yang mempesonakan telah menyentuh hati penonton.

"Kami amat berterima kasih atas sambutan yang menggalakkan daripada penonton Thai," kata Jwanwat Ahriyavraromp, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif T&B Media Global. "Filem ini dicipta dengan semangat dan kolaborasi merentas pelbagai negara dan penerimaannya oleh keluarga, kanak-kanak dan juga pencinta animasi merupakan satu penghormatan dan keistimewaan yang luar biasa buat kami."

Kejayaan Out of the Nest menonjolkan kekuatan animasi Thai dan permintaan yang semakin meningkat terhadap cerita yang sesuai merentas budaya. Dengan rekaan watak yang luar biasa daripada artis Thai dan sumbangan daripada bakat antarabangsa yang terkemuka, Out of the Nest menetapkan penanda aras baharu untuk filem animasi tempatan di Thailand.

Tatkala Out of the Nest terus melebarkan sayapnya ke seluruh pawagam, T&B Media Global mengharapkan pencapaian yang selanjutnya dan mengundang keluarga serta penonton untuk mengalami keajaiban.

Latar Belakang T&B Media Global 

T&B Media Global ialah konglomerat hiburan terkemuka yang berpangkalan di Thailand, mengkhusus untuk memperkasakan pencipta dan pencerita di seluruh dunia. Dengan visi untuk merintis era baharu dalam hiburan, T&B menggabungkan teknologi termaju dengan penceritaan yang memikat hati merentas pelbagai vertikalnya – Pengurusan Bakat, Studio, Teknologi, Kandungan Dalam Talian serta Permainan & Pengalaman Imersif.

Dalam industri yang berkembang maju dengan kuasa imaginasi, T&B Media Global merupakan tenaga yang memberi kuasa kepada pencipta yang menginspirasikan untuk menyedari bahawa walaupun elemen terkecil, sebutir pasir, boleh menjadi sebahagian daripada sesuatu yang luar biasa.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 
Vimvipa Theerawat
Emel: Vimvipa@tandbmediaglobal.com 
Telefon Bimbit: +66 (0)82 290 5979

Source: T&B Media Global
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Awards