omniture

Huawei Mengiklan Acah MatePad tahap-Pro Baharu, dengan Paparan Rintis dan GoPaint App Dikemas Kini

HUAWEI
2024-09-17 20:37 9

BARCELONA, Sepanyol, 17 September 2024 /PRNewswire/ -- Huawei dikatakan akan melancarkan tablet Siri MatePad Pro baharu semasa pelancarannya di Barcelona September ini. Suatu persimpangan inovasi yang padat dengan kuasa dan inspirasi artistik, tablet ini dikatakan akan memperkenalkan penaiktarafan rintis paparannya dan GoPaint App yang baru dinaik taraf. Pelancaran ini juga akan membawakan HUAWEI Glide Keyboard yang dinaik taraf, yang mungkin membawa kepada reka bentuk storan stilus yang inovatif dengan sambungan lancar serta lebih banyak fungsi.

Laporan penghantaran tablet seluruh dunia S2 2024 baru-baru ini yang dikeluarkan oleh agensi Data, Canalys mendedahkan bahawa, dalam suku kedua tahun 2024, tablet Huawei mengalami pertumbuhan tahun ke tahun sehingga 51%. Ini mencapai jumlah 2.5 juta penghantaran, meletakkan jenama ini di tempat ketiga antara kesemua jenama tablet.

The new MatePad Pro with the upgraded HUAWEI Glide Keyboard
The new MatePad Pro with the upgraded HUAWEI Glide Keyboard

Paparan Revolusioner: Jelas Nyata dengan penambahbaikan besar

Salah satu sorotan yang berkemungkinan daripada HUAWEI MatePad Pro baharu ini ialah paparan PaperMatte baharu yang telah diiklan acah baru-baru ini. Ini mungkin bererti penambahbaikan terhadap paparan tablet, yang akan membolehkan skrin kekal tajam dan jelas.

Skrin seperti ini akan memberi manfaat merentas pelbagai tugasan, bermula daripada projek kerja berfokuskan produktiviti kepada ciptaan artistik. Sama ada sesi melukis digital luar atau bekerja semasa dalam perjalanan semasa perjalanan perniagaan, skrin kekal betul-betul terang di bawah tetapan cahaya yang berbeza untuk pengguna menyiapkan kerja profesional atau kreatif mereka.

Paparan baharu ini juga mungkin menaik taraf pengalaman menulis menggunakan pen di atas kertas untuk coretan yang lebih lancar pada skrin, meningkatkan tugasan tulisan tangan atau lukisan digital di mana pengguna akan dapat menulis atau melukis dengan jitu dan mudah.

Alatan Terbaru GoPaint App: Daripada Goresan Berus Profesional Seakan Hidup kepada Kanvas Kompleks 

Kali ini, GoPaint App akan menambah kemas kini serba baharu untuk kemudahan penciptaan yang lebih besar. Pengguna boleh menjangkakan rangkaian alatan berus profesional yang lebih luas yang dapat meniru teknik lukisan dan gaya seni kehidupan sebenar.

Berdasarkan kepada pratonton berus khas baharu pada aplikasi, nampaknya seolah-olah mengetik HUAWEI M-Pencil menghasilkan kesan percikan dakwat pada seluruh skrin, yang bermakna pengenalan kepada interaksi pen yang unik. Sesuai untuk mana-mana kumpulan umur bermula daripada kanak-kanak hingga ahli profesional berpengalaman, GoPaint App melengkapkan minda kreatif untuk meneroka kesenian mereka melalui alatan yang berkuasa dan mudah digunakan.

GoPaint App
GoPaint App

GoPaint App dipuji sebagai penambahan yang diperbaharui kepada bidang kreatif digital, menyediakan alatan lukisan profesional kepada pencipta dari semua peringkat. Sejak pelancaran aplikasi ini, ia menarik minat sekumpulan besar bakat dan mendapat pujian kritis. Hasilnya, artis dan peminat lukisan di seluruh Asia, Eropah, Timur Tengah, Amerika Latin dan banyak negara/wilayah lain mencipta dan berkongsi hasil ciptaan unik dan berkualiti tinggi yang dibuat pada GoPaint.

Pelancaran MatePad Pro baharu merupakan usaha berterusan Huawei dalam bidang kreatif. Melalui sumbangan produk tablet dan ciri-ciri perisian lukisannya, Huawei bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai bakat kreatif di seluruh dunia.

Apa yang Boleh Dinantikan pada Pelancaran Produk Inovatif HUAWEI 2024

Huawei turut mengiklan acah yang ia akan memperkenalkan MatePad serba baharu bersama-sama MatePad Pro. Setakat ini, pratonton tablet MatePad baharu mendedahkan pengilat berkilauan bak mutiara, bercahaya yang inovatif, reka bentuk yang elegan dan warna kepekatan rendah – ciri-ciri yang mengikut perkembangan zaman yang boleh menarik minat pengguna lebih muda.

Nantikan pengumuman daripada Pelancaran Produk Inovatif Huawei di Barcelona yang diadakan pada 19 September.

The new Display with huge improvement
The new Display with huge improvement

 

Source: HUAWEI
Keywords: Computer/Electronics