omniture

Vantage Markets raikan 15 tahun menginovasi mesin dagangan terunggul

Vantage
2024-09-18 14:00 10

PORT VILA, Vanuatu, 18 September 2024 /PRNewswire/ -- Broker CFD berbilang aset yang terkemuka, Vantage Markets (atau "Vantage"), menyambut ulang tahun ke-15nya hari ini, meraikan 15 tahun menginovasi mesin dagangan terunggul*. Seperti mesin yang di minyak dengan baik, Vantage sudah menempuh masa selama satu setengah dekad untuk membina, menginovasi dan memperhalus platform dagangan intuitifnya yang menyepadukan teknologi termaju, bagi memenuhi keperluan pedagang yang semakin berkembang.

Vantage Markets celebrates 15 years innovating the ultimate trading machine
Vantage Markets celebrates 15 years innovating the ultimate trading machine

Bagi memperingati pencapaian ini, Vantage memperkenalkan logo ulang tahun baharu, melambangkan kepercayaan, keselamatan dan keandalan yang mentakrifkan perjalanannya. Mulai sekarang hingga akhir tahun ini, pelanggan boleh menjangkakan acara penghargaan pelanggan, wawancara eksklusif dan promosi serantau yang menarik.

Sejak penubuhannya, Vantage meraih pencapaian penting yang telah membentuk pertumbuhannya. Penjenamaan semula daripada VantageFX kepada Vantage pada tahun 2021 menandakan peralihan yang penting, berkembang daripada CFD forex kepada rangkaian produk CFD yang lebih luas, termasuk Indeks, Saham, Komoditi, ETF dan Bon. Evolusi strategik ini menjadi asas untuk kebangkitan Vantage sebagai broker CFD berbilang aset yang terkemuka, kini menawarkan perkhidmatan kepada lebih 5 juta pelanggan.

Pada tahun 2022, Vantage memasuki dunia penajaan sukan permotoran dengan NEOM McLaren Extreme E, menonjolkan komitmen syarikat terhadap kemampanan dan inovasi. Dalam landskap media, perkongsian bersama Bloomberg Media Studios untuk mencipta siri video "The Vantage View" meningkatkan keterlihatan dan penglibatan Vantage dengan ketara dalam trend dan kecerdasan pasaran kewangan.

Geraldine Goh, Ketua Pegawai Pemasaran berkata, "Salah satu pengalaman saya yang paling tidak dapat dilupakan di Vantage ialah menyaksikan sendiri pengembangan antarabangsa syarikat ini. Bermula dengan membuka pejabat antarabangsa baharu kepada menyesuaikan perkhidmatan kami untuk memenuhi keperluan unik pedagang merentas wilayah yang berbeza, semangat kerjasama dalam pasukan kami mengubah setiap cabaran menjadi peluang."

Dedikasi Vantage untuk meningkatkan pengalaman pengguna terbukti melalui penyepaduannya dengan TradingView dan pengemaskinian laman webnya baru-baru ini. Pelancaran perdagangan salinan pada Vantage App dan penawaran produk CFD Indeks yang diperbaharui menekankan lagi komitmen syarikat untuk menyediakan penyelesaian intuitif dan mesra pengguna yang membantu pedagang mempelbagaikan portfolio mereka pada kos yang lebih rendah.

Selain daripada perdagangan, Vantage turut memberi sumbangan besar kepada tanggungjawab sosial korporat, termasuk menyokong inisiatif pendidikan UNESCO dan memberi sumbangan sebanyak $100,000 kepada UNHCR untuk program pelarian di Australia.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi dan Perdagangan di Vantage, berkata, "Meluaskan kehadiran antarabangsa kami menjadi detik penentu untuk Vantage. Bermula sebagai broker tempatan dan berkembang menjadi pengusaha antarabangsa memerlukan kami membina reputasi yang kukuh demi kepercayaan, ketelusan dan pematuhan kawal selia. Asas ini membolehkan kami untuk beradaptasi dan berinovasi, menyediakan alat dan teknologi yang canggih kepada pedagang merentas pelbagai wilayah. Tatkala kami meraikan 15 tahun, komitmen kami terhadap kecemerlangan kekal tidak berbelah bahagi dan kami teruja untuk meneruskan perjalanan ini, menyokong pelanggan kami dalam aktiviti perdagangan mereka."

Ketahui lebih lanjut mengenai perjalanan 15 tahun Vantage di sini.

Latar Belakang Vantage

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon. 

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda.

*Penafian: 'Mesin Dagangan Terunggul' ialah istilah pemasaran dan tidak menunjukkan prestasi terjamin. CFD melibatkan risiko yang besar dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Sports New products/services Financial Technology