omniture

TVM Capital Healthcare Mengumumkan Pelaburan dalam Human Longevity, Inc. sebagai Sebahagian daripada Strategi Menyokong Pencegahan Penyakit dan Penuaan Sihat

TVM Capital Healthcare
2024-09-18 16:00 45

HLI ialah satu daripada syarikat sains kelanjutan usia global yang paling mapan dan komited untuk mempercepatkan jangka hayat ke 100+ tahun kehidupan yang sihat, aktif dan bergerak aktif

DUBAI, UAE dan RIYADH, Arab Saudi, 18 September 2024 /PRNewswire/ -- TVM Capital Healthcare, firma pengembangan penjagaan kesihatan dan modal pertumbuhan antarabangsa, hari ini mengumumkan pelaburan ekuiti yang dilakukan baru-baru ini dalam Human Longevity, Inc. (HLI) yang berpangkalan di San Francisco, peneraju global sejak tahun 2013 untuk memajukan perubatan terperinci dalam mengejar penuaan sihat, sering dirujuk sebagai ubat kelanjutan usia. Pelaburan ini akan menyokong pertumbuhan syarikat dalam pasaran Amerika Syarikat, serta pengembangan ke Kerajaan Arab Saudi dan Asia Tenggara.

Diasaskan oleh Dr. J. Craig Venter, seorang daripada perintis usaha penjujukan genom manusia, HLI terbina berdasarkan pada wawasannya untuk kehidupan lebih lama dan sihat, serta pendemokrasian genomik untuk merevolusikan cara kita mengelak "penyakit yang boleh dielakkan" dan kekal sihat lebih lama. Syarikat ini diiktiraf sebagai peneraju dalam industri perubatan jangka panjang yang berkembang pesat disebabkan kepakaran yang mendalam dalam genomik dan bidang perubatan perincian lain seperti pengimejan dan set data pesakit membujur yang tiada bandingannya dibina berdasarkan penyelidikan selama beberapa dekad di lapangan. Syarikat ini mempunyai alat proprietari untuk mengesan perkaitan penyakit gen, termasuk platform risiko dan saranan kesihatan kecerdasan buatan HLI, serta menyediakan kepada pelanggan diagnosis pragejala dan rawatan tersuai, mencegah penyakit pada peringkat awal dan memaksimumkan hasil kesihatan. Pendek kata, HLI mengubah penjagaan kesihatan daripada amalan reaktif kepada amalan yang bersifat ramalan, proaktif dan pencegahan, yang bukan sahaja meningkatkan kualiti hidup individu tetapi juga menambah baik kecekapan dan keberkesanan keseluruhan sistem penjagaan kesihatan.

TVM Capital Healthcare membawa pengalaman pelaburan global yang luas digabungkan dengan pengalaman pengendalian di Timur Tengah dan Asia Tenggara, serta rekod prestasi membina syarikat penjagaan kesihatan berinovatif. Melalui pelaburan disediakan oleh TVM Healthcare Afiyah Fund LP tertumpu kepada Kerajaan Arab Saudi ini, yang ditutup awal pada tahun ini dan merupakan dana modal pertumbuhan terbesar seumpamanya di rantau ini, firma tersebut akan menyokong HLI dalam pengembangannya, dengan tumpuan khusus pada mulanya kepada kemasukan pasaran dalam Kerajaan. Wawasan 2030 negara dan Program Transformasi Sektor Kesihatan menyeru evolusi "penjagaan sakit" kepada "penjagaan kesihatan" sebenar, dengan memberikan tumpuan kepada bidang paling kritikal iaitu onkologi, neurologi, sindrom metabolik dan diabetes, serta penyakit kardiovaskular dan autoimun. Arab Saudi amat bersikap terbuka terhadap model perniagaan penjagaan kesihatan seperti HLI dan semakin aktif dalam sains kelanjutan usia dengan beberapa inisiatif yang disokong kerajaan, termasuk Program Genom Manusia Saudi dan Yayasan Hevolution, organisasi bukan untung global yang beribu pejabat di Riyadh, melabur dalam projek saintifik dan syarikat sains hayat dalam bidang kelanjutan usia.

Dr. J. Craig Venter, Pengasas Bersama dan Ketua Penasihat Saintifik Human Longevity, Inc., mengulas: "Human Longevity, Inc. ialah firma kesihatan yang matlamatnya ialah untuk kekal mendahului penuaan dan penyakit. Kami percaya platform ini akan menyelamatkan jutaan nyawa dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan dengan ketara pada masa akan datang. Pelaburan TVM Capital Healthcare membolehkan kami menguatkan kedudukan pada peringkat global sebagai amalan kelanjutan usia yang paling disokong oleh data, serta mengukuhkan kedudukan kami di pasaran, seperti di Arab Saudi dan Asia Tenggara, yang melihat potensi pendekatan kami dalam perubatan pencegahan dan impak besar yang akan berlaku kepada perubahan kos ubat."

Dr. Helmut M. Schuehsler, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif TVM Capital Healthcare, berkata: "Dengan pelaburan kami dalam HLI, kami menyumbang kepada peralihan ke arah 'penjagaan kesihatan pada masa depan' yang kesemuanya berkisar tentang perubatan perincian, penjagaan peribadi dan pencegahan penyakit, secara ringkasnya: 'penjagaan kesihatan' sebenar.  Potensi impak jangka panjang perubatan kelanjutan usia dalam masyarakat adalah sangat besar. Kami amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan melalui pelaburan baharu ini yang menyokong pertumbuhan syarikat di Amerika Syarikat, tetapi juga memperkenalkan HLI ke dalam Kerajaan Arab Saudi dan Asia Tenggara."

Dr. Ghida Harfouche, Rakan Kongsi di TVM Capital Healthcare, menambah: "Sains termaju HLI telah mendayakan perubatan perincian untuk pencegahan penyakit dan intervensi yang amat diperibadikan untuk pelanggan syarikat itu. Kami berbesar hati dapat menyokong syarikat dalam pertumbuhan global dan bekerjasama dalam pendemokrasian kelanjutan usia sihat dan penjagaan pencegahan."

TVM Capital Healthcare diiktiraf sebagai pengurus dana Penjagaan Kesihatan antarabangsa pertama yang melabur dan mengendalikan syarikat penjagaan kesihatan dalam Kerajaan Arab Saudi. Firma ini juga aktif merentasi Timur Tengah dan Asia Tenggara yang lebih luas. Selain menyokong syarikat pertumbuhan penjagaan kesihatan di Amerika Syarikat dan Eropah dalam usaha membantu rancangan pengembangan syarikat ke rantau ini, TVM Capital Healthcare juga melabur dalam syarikat tempatan yang terkemuka. Dengan strategi serampang dua mata dan sangat bermangkin ini, TVM Capital Healthcare menambah baik kualiti dan akses yang berpatutan kepada produk, teknologi dan perkhidmatan terkemuka dunia merentasi pasaran sasarannya.

TAMAT

Maklumat Tentang TVM Capital Healthcare

TVM Capital Healthcare ialah firma ekuiti swasta penjagaan kesihatan global yang mengkhusus dalam pasaran baharu muncul. Berpangkalan di Dubai dan Singapura, dengan pejabat di Riyadh dan Ho Chi Minh City, firma ini melabur modal pengembangan dan pertumbuhan dalam syarikat penjagaan kesihatan untuk menambah baik akses setempat kepada penjagaan berkualiti dan berpatutan, serta sumber produk perubatan tempatan dalam sektor farmaseutikal, peranti perubatan dan diagnostik. Rakan kongsi pelaburan dan pengendalian, serta sekumpulan penasihat kanan serantau dan antarabangsa yang kukuh, mempunyai rekod prestasi yang lama dalam pelaburan penjagaan kesihatan dan pengalaman pengendalian mendalam di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Kualiti perubatan dilindungi oleh kerjasama dengan teknologi perubatan antarabangsa yang terkemuka dan rakan klinikal seperti Mass General Hospital serta agensi akreditasi antarabangsa seperti Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI). Pendekatan pelaburan dan pengendalian TVM Capital Healthcare menggabungkan penciptaan nilai komersial yang kukuh dan pulangan kewangan dengan pelaburan yang bertanggungjawab dan mampan sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Strategi kami yang terbukti dalam sektor kritikal penjagaan kesihatan juga merangkumi penyesuaian dan ketahanan iklim.www.tvmcapitalhealthcare.com

Butiran Hubungan:

Holly Radel
Radel@tvmcapitalhealthcare.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1446186/2740341/TVM_Capital_Healthcare_Logo.jpg?p=medium600 

Source: TVM Capital Healthcare
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion New products/services