omniture

OneSimCard Kini Boleh Didapati melalui Malaysia Airlines

OneSimCard
2014-12-30 03:00 92

BOSTON, 30 Disember 2014 /PRNewswire/ -- OneSimCard, penyedia utama dunia bagi perkhidmatan perayauan mudah alih antarabangsa berkos rendah untuk pelancong perniagaan dan para pelancong yang menikmati percutian, mengumumkan hari ini Malaysia Airlines telah mula menawarkan OneSimCard semasa jualan bebas cukai dalam penerbangan. OneSimCard bekerjasama dengan Pasukan Majalah Temptations Malaysia Airlines dan Inflight Sales Group untuk menawarkan pelanggan Malaysia Airlines dengan OneSimCard bagi penerbangan antarabangsa.

Kadar piawaian perayauan antarabangsa yang ditawarkan oleh pengendali telekomunikasi utama adalah amat tinggi. Secara purata, perayau (roamer) antarabangsa menjangkakan untuk membayar lebih AS $2.50 seminit bagi panggilan suara masuk dan keluar. Syarikat-syarikat telekomunikasi utama juga mengenakan kadar data internet yang amat tinggi kepada perayau antarabangsa dan biasanya melebihi AS $10.00 bagi setiap MB.

OneSimCard menawarkan pelancong antarabangsa dengan diskaun purata sebanyak 85% berbanding kadar perayauan suara, mesej teks dan data internet yang ditawarkan oleh pengendali telekomunikasi utama. Pelanggan OneSimCard dapat menikmati panggilan masuk PERCUMA di lebih 160 buah negara dan panggilan keluar perayauan antarabangsa bermula AS $0.25 seminit. Kadar Data Internet bermula pada AS$0.13 bagi setiap MB. OneSimCard didatangkan dengan kedua-dua nombor telefon Eropah dan AS, berserta nombor telefon tambahan yang disediakan untuk lebih 65 buah negara.

OneSimCard berfungsi di seluruh dunia dalam peranti GSM dan telefon yang telah dibuka kunci. Pengguna hanya perlu menggantikan kad SIM pengendali domestik mereka dengan OneSimCard semasa merantau ke luar negara. Semua pengguna dapat menggantikan kad SIM mereka sendiri dalam masa beberapa saat sahaja. OneSimCard menyediakan perkhidmatan perayauan antarabangsa di lebih 200 buah negara. OneSimCard merupakan perkhidmatan prabayar yang tidak memerlukan sebarang kontrak dan tidak memerlukan bayaran penyambungan, bayaran langganan atau bayaran penyelenggaraan bulanan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang OneSimCard sila lawati: www.onesimcard.com

Latar Belakang OneSimCard

OneSimCard (onesimcard.com), satu bahagian daripada Belmont Telecom, Inc., merupakan penyedia utama perkhidmatan mudah alih bagi pelancong antarabangsa yang menawarkan perkhidmatan suara, teks dan data berkos rendah di seluruh dunia. OneSimCard menjimatkan pelancong sebanyak 85% daripada caj perantauan antarabangsa berbanding pengendali mudah alih domestik biasa dan telah mendapat pengiktirafan daripada pakar-pakar industri mudah alih dan juga pelancongan, termasuklah The New York Times, Washington Post, Boston Globe serta PC Magazine.

Source: OneSimCard
Keywords: Airlines/Aviation Passenger Aviation Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Travel Contracts