omniture

Webull Malaysia Melancarkan Dagangan Opsyen US Untuk Pelabur Runcit Dengan Diskaun 50% Yuran Komisen Dagangan Saham US

Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd.
2025-01-24 19:00 73

KUALA LUMPUR, Malaysia, 24 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd. ("Webull Malaysia"), anak syarikat Webull Corporation yang merupakan platform pelaburan digital terkemuka, hari ini mengumumkan pelancaran dagangan opsyen saham dan indeks US untuk pelabur runcit yang telah disiarkan secara rasminya pada 23 Disember 2024. Ciri baharu ini menyediakan alternatif tambahan kepada pelabur runcit dengan tahap toleransi risiko yang lebih tinggi untuk mempelbagaikan portfolio dan strategi pelaburan mereka di pasaran US.

Dengan pengenalan opsyen saham dan indeks US ke dalam rangkaian produk dan alatan Webull Malaysia, pelabur runcit tempatan kini boleh meneroka pelbagai strategi pelaburan, termasuk lindung nilai dan pengumpilan. Pelabur juga akan dapat mengakses data harga opsyen masa nyata seperti data pasaran OPRA dan CSMI. Ini akan memperkasakan pelabur dengan maklumat tambahan untuk membuat keputusan pelaburan termaklum dan untuk menangkap peluang pasaran apabila ia melintas. Tambahan lagi, pelabur akan dapat memanfaatkan alat dagangan pintar yang tersedia di platform Webull, termasuk rantaian Opsyen yang boleh disesuaikan, carta pasaran masa nyata dan alat penyelidikan untuk menganalisis ekuiti US pilihan mereka.

Alatan Webull memperkasakan pelabur untuk menavigasi arah aliran turun naik saham US dengan berkesan, di samping itu membolehkan pelabur membangunkan strategi pengurusan risiko yang mantap untuk mengurus pendedahan dan prestasi portfolio mereka. Platform Webull juga membolehkan pelabur melaksanakan pelbagai jenis pesanan apabila berdagang opsyen US, antaranya termasuk pesanan pasaran, pesanan had, pesanan henti. Untuk meraikan pelancaran dagangan opsyen US dan berterima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi, Webull Malaysia kini menawarkan diskaun 50% ke atas yuran komisen dagangan saham US sepanjang Januari, ini bermaksud yuran komisen saham US kini tersedia pada hanya 0.025%, menawarkan yuran komisen yang paling kompetitif di seluruh Malaysia. Selain itu, pengguna baharu yang membuka akaun dan berdagang dengan Webull dapat menikmati tempoh tanpa komisen selama 90 hari.


Ciri opsyen US Webull menerapkan sistem yuran tetap sebanyak USD0.55 setiap Kontrak, menawarkan ketelusan yang lebih tinggi dan model harga yang lebih kompetitif jika berbanding pembrokeran lain di pasaran. Tidak kira sama ada berdagang saham US atau opsyen US, Webull menawarkan sifar yuran platform dan tanpa caj tersembunyi. Struktur yuran Webull yang telus dan mudah memastikan pelabur menikmati pengalaman perdagangan yang tanpa tekanan, bebas daripada kos yang tidak dijangka atau perangkap bayaran. Sebagai pembrokeran US terkemuka yang mencatatkan lebih daripada 40 juta muat turun di seluruh dunia, Webull menawarkan yuran dagangan terbaik dan paling kompetitif untuk saham US dan opsyen US di pasaran, dilengkapi dengan rangkaian produk dan fungsi yang komprehensif.

Kenneth Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Webull Malaysia, berkata, "Kami di Webull Malaysia tetap komited untuk memperkenalkan produk dan ciri baharu yang didorong oleh maklum balas dan permintaan pelabur. Dengan pelancaran opsyen US, pelabur akan dapat mempelbagaikan portfolio mereka dan berdagang ekuiti US yang sejajar dengan tahap toleransi risiko mereka. Dengan menyepadukan cerapan daripada pengguna dengan kepakaran kami, kami akan terus menawarkan ciri dan produk baharu yang menyediakan pengalaman dagangan yang lancar dan mendatangkan ganjaran kepada pelabur."

Dengan tawaran terbaharu ini, Webull menyasarkan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam industri pembrokeran Malaysia, menyediakan produk dan perkhidmatan termaju yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan unik pelabur di Malaysia. Sebagai tambahan kepada produk opsyen US yang baharu, Webull Malaysia kini menawarkan set alat dagangan profesional kepada pelabur, antaranya termasuk lebih daripada 17 alat carta dan lebih daripada 58 penunjuk teknikal. Platform ini juga menyediakan penarafan penganalisis yang profesional dan tepat pada masanya berkenaan dengan pelbagai ekuiti bagi membantu pelabur memperhalusi strategi dan analisis pelaburan mereka.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk opsyen US Webull Malaysia, maklumat lebih lanjut boleh didapati di laman web: https://www.webull.com.my/us-options 

TAMAT

Mengenai Webull:

Webull ialah platform pelaburan digital terkemuka yang dibina di atas infrastruktur global generasi akan datang. Kumpulan Webull beroperasi di 15 wilayah di seluruh dunia dan disokong oleh pelabur ekuiti swasta yang terletak di Amerika Syarikat, Eropah dan Asia. Webull menawarkan perkhidmatan kepada 20 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia, menyediakan pelabur runcit dengan akses 24/7 kepada pasaran kewangan global. Pengguna boleh melaksanakan strategi pelaburan yang berkesan untuk berdagang saham global, ETF, opsyen, niaga hadapan dan saham pecahan melalui platform dagangan Webull yang menyepadukan dengan lancar data dan maklumat pasaran, komuniti penggunanya dan sumber pendidikan pelabur. Ketahui lebih lanjut di https://www.webullcorp.com/

Source: Webull Securities (Malaysia) Sdn. Bhd.
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Financial Technology