omniture

China intai pelbagai rekod apabila ia menjadi tuan rumah Kongres Pergigian Sedunia FDI di Shanghai pada 2025

FDI World Dental Congress Shanghai 2025
2024-09-19 13:44 2

SHANGHAI, 19 September 2024 /PRNewswire/ -- China bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah kepada Kongres Pergigian Sedunia FDI Shanghai 2025 (FDI World Dental Congress Shanghai 2025, FDIWDC25) mulai 9-12 September 2025. Acara ini akan menampilkan kongres antarabangsa yang utama dan pameran yang luas, kedua-duanya dijangka mencipta rekod dalam skop dan impaknya. Merangkumi keluasan 60,000 meter persegi, tempat ini akan menempatkan lebih 700 peserta pameran antarabangsa dan Cina. Berikutan edisi-edisi yang berjaya di San Francisco, Sydney dan Istanbul, pasaran pergigian China yang dinamik dan pertumbuhan industri yang pesat menjadikannya destinasi yang ideal untuk perhimpunan global yang berprestij ini. Acara ini menawarkan platform utama untuk berinteraksi dengan golongan profesional pergigian Cina dan memberi peluang kepada hadirin antarabangsa untuk meneroka teknologi termaju dan inovasi digital daripada pembekal tempatan.


China: Gergasi Baru Muncul dalam Penjagaan Mulut Global

Penekanan China terhadap kesihatan telahpun berkembang dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya dalam penjagaan mulut, seraya memberikannya kedudukan sebagai pasaran pertumbuhan utama dalam landskap penjagaan kesihatan global. Pada tahun 2023, skala industri penjagaan mulut China mencapai kira-kira 49.15 bilion yuan. Bahkan, produk khusus seperti bahan cuci mulut menjadi item yang penting. Trend ini disokong oleh bilangan pengguna yang semakin meningkat yang melabur dalam produk serta perkhidmatan premium.

Mendorong Inovasi dan Permintaan

Sektor pergigian China berkembang pesat, disokong oleh inisiatif penjagaan kesihatan awam dan juga swasta. Hospital pergigian utama di bandar-bandar seperti Beijing, Shanghai, Xi'an, Chengdu dan Wuhan mengintegrasikan diagnosis, rawatan, penyelidikan serta pendidikan.

Sektor swasta turut berkembang maju, dengan lebih 120,000 hospital dan klinik pergigian swasta di seluruh negara. Walau bagaimanapun, bilangan ini masih kurang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Memandangkan sektor ini terus membangun, terdapat keperluan yang jelas terhadap lebih banyak produk dan perkhidmatan pergigian yang dipertingkat. Syarikat-syarikat Cina yang terkemuka seperti Bondent, Upcera dan Zumax memacu inovasi dalam ortodontik, implan, pendigitalisan pergigian dan prostodontik. Harga kompetitif dan tawaran berkualiti tinggi mereka mendapat pujian antarabangsa. Jenama-jenama global seperti Straumann dan Solventum turut memperluas jangkauan mereka di China, menyasarkan pasaran melangkaui bandar-bandar peringkat pertama.

FDIWDC25, Di Mana Timur Bertemu Barat

FDIWDC25 akan menjadi tuan rumah kepada golongan profesional dari lebih 130 negara di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shanghai. Pameran ini akan berfungsi sebagai platform untuk syarikat-syarikat Cina mempamerkan produk yang berkualiti tinggi pada harga kompetitif, mendemonstrasikan inovasi dan mengukuhkan kehadiran global mereka.

Syarikat-syarikat antarabangsa juga akan mempersembahkan produk dan teknologi pergigian yang inovatif, menawarkan pengalaman pembelajaran yang luar biasa kepada golongan profesional di seluruh China.

Sertai Komuniti Pergigian Global di FDIWDC25

FDIWDC25 berjanji untuk menjadi sebuah acara yang dinamik, membawakan lebih 100 sesi akademik diakreditasi oleh CE, 300 penceramah antarabangsa dan domestik serta kawasan pameran berkeluasan 60,000 persegi yang luas yang menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 700 peserta pameran. Acara ini memberikan peluang yang sempurna kepada golongan profesional pergigian untuk berhubung, belajar dan membentuk masa depan kesihatan mulut.

Untuk maklumat lanjut: https://2025.world-dental-congress.org/En

Latar Belakang FDI:

FDI ialah suara global yang terkemuka untuk profesion pergigian dan membayangkan dunia dengan kesihatan mulut yang optimum. Ia berperanan sebagai badan perwakilan utama untuk lebih 1 juta doktor gigi di seluruh dunia, mencakupi hampir 200 ahli persatuan dan kumpulan pakar dari lebih 130 negara.

Source: FDI World Dental Congress Shanghai 2025
Keywords: Dentistry Health Care/Hospital Trade show news Future Events