omniture

KANEKA UBIQUINOL™ MENANG ANUGERAH RAMUAN PENUAAN SIHAT TAHUNAN BERPRESTIJ 2024 DIPAMERKAN DI VITAFOODS ASIA

Kaneka Corporation
2024-09-20 01:27 1

BANGKOK, 20 September 2024 /PRNewswire/ -- Kaneka Corporation Supplement Division APAC, pengeluar yang terkenal di dunia dan pembekal global bagi Ubiquinol dengan gembiranya mengumumkan Kaneka Ubiquinol™ dianugerahkan anugerah Ramuan Penuaan Sihat Tahunan NutraIngredients-Asia Award 2024 yang menjadi idaman, satu anugerah terhormat yang meraikan status globalnya sebagai penanda aras kecemerlangan dalam industri nutraseutikal.

Kaneka Ubiquinol™ being awarded 'Healthy Ageing Ingredient of the Year 2024' on the NutraIngredients Awards night (left to right): Tsuyoshi Takakuwa (Head of Marketing and Sales Supplement Division APAC, Kaneka Corporation); Gary Scattergood (Regional Head, William Reed Business Media and Editor-in-Chief, NutraIngredients-Asia); Kazuki Takita (Sales and Marketing Head, Kaneka Ubiquinol APAC)
Kaneka Ubiquinol™ being awarded 'Healthy Ageing Ingredient of the Year 2024' on the NutraIngredients Awards night (left to right): Tsuyoshi Takakuwa (Head of Marketing and Sales Supplement Division APAC, Kaneka Corporation); Gary Scattergood (Regional Head, William Reed Business Media and Editor-in-Chief, NutraIngredients-Asia); Kazuki Takita (Sales and Marketing Head, Kaneka Ubiquinol APAC)

Pengiktirafan ini menonjolkan komitmen Kaneka Ubiquinol™ dalam memajukan sains penuaan sihat berdasarkan kepada ramuan uniknya, Ubiquinol, yang disokong oleh lebih 100 kajian, lebih 80 paten global, lebih 45 tahun penyelidikan termaju, menggariskan sains kejituannya, pembuatan Jepun terbaik dalam kelas dan dedikasi untuk menyediakan penyelesaian inovatif yang menyokong kesihatan mitokondria, kesihatan kardiovaskular, kognisi, kesihatan wanita, kesuburan, penghasilan tenaga serta kesejahteraan dan kevitalan keseluruhan untuk penuaan yang sihat.

Kategori Penuaan Sihat NutraIngredients-Asia Awards 'berharap dapat meraikan yang terbaik yang ditawarkan oleh industri ini dalam penyelesaian tersuai agar kekal sihat dari segi fizikal dan mental seiring dengan bertambahnya usia, disokong oleh bukti saintifik yang kukuh untuk menunjukkan penyelesaian pemakanan yang unik terhadap keperluan atau masalah ini'.

Semasa mengucapkan tahniah kepada Kaneka Ubiquinol™, Gary Scattergood, Ketua Serantau, William Reed Business Media dan Ketua Pengarang, NutraIngredients-Asia berkata, "Kami berasa sangat kagum dengan keandalan produk ini, potensinya untuk menyokong pelbagai faedah kesihatan, bukti klinikal besar yang menyokong ramuan ini dan juga kerana memperjuangkan kejayaan komersial."

"Kami amat berbesar hati Kaneka Ubiquinol™ menjadi penerima NutraIngredients-Asia Awards 2024 yang berprestij," kata Tsuyoshi Takakuwa, Ketua Bahagian Pemasaran dan Penjualan Makanan Tambahan APAC, Kaneka Corporation, Jepun.

"Anugerah ini merupakan bukti penyelidikan selama berdekad-dekad oleh saintis penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami terhadap peranan penting Kaneka Ubiquinol™ dalam menyokong kesihatan mitokondria, kesihatan kardiovaskular dan penuaan yang sihat, serta pasukan pembuatan kami yang berdedikasi kepada pembuatan jitu terbaik dalam kelasnya bagi memastikan kekonsistenan dan keandalan untuk berjuta-juta pengamal penjagaan kesihatan dan pengguna di seluruh dunia," kata Takakuwa.

"Lebih 100 kajian yang menyokong Ubiquinol menggariskan hubungan yang kompleks antara kesihatan mitokondria, dikuasakan oleh Ubiquinol antioksidan endogen dan jangka hayat panjang, menekankan peranan kritikal fungsi mitokondria dalam penghasilan tenaga selular, pengawalaturan tekanan oksidatif dan kecekapan metabolik, yang merupakan penentu asas kepada jangka hayat dan penuaan yang sihat," kata Takakuwa.

Kazuki Takita, Ketua Jualan dan Pemasaran untuk Kaneka Ubiquinol APAC, berpangkalan di Tokyo, Jepun menambah, "Pencapaian ini turut mengiktiraf kerja keras dan dedikasi pasukan kami dalam inovasi, jualan dan pemasaran, serta sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pemegang jenama yang menyenaraikan ramuan kami; pemimpin pendapat utama di seluruh rantau yang memperjuangkan sains; pengamal penjagaan kesihatan yang mengesyorkan Kaneka Ubiquinol™ sebagai sebahagian daripada protokol kesihatan dan yang penting ialah pengguna akhir, pengguna yang mengundi dengan dompet mereka."

"Kami merakamkan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas kepada kepimpinan NutraIngredients Awards dan hakim atas pengiktirafan yang luar biasa ini dan mengucapkan tahniah kepada semua finalis yang lain. Kami berbangga dapat duduk bersama-sama anda," kata Takita.

NutraIngredients Asia Awards meraikan kecemerlangan dalam makanan tambahan pemakanan dan sektor makanan fungsian, memberi penghormatan kepada inovasi, produk dan perkhidmatan terunggul. Dinobatkan sebagai Finalis dalam kategori Penuaan Sihat merupakan satu pencapaian penting yang memberi kedudukan kepada Kaneka Ubiquinol™ sebagai antara jenama terkemuka yang mengkhusus untuk menggalakkan penuaan yang sihat.

LATAR BELAKANG UBIQUINOL 

Ubiquinol ialah antioksidan larut lipid yang poten, ditemui secara semula jadi dalam mitokondria semua sel dalam tubuh badan, yang mendorong organel ini untuk menjana tenaga (ATP) untuk seluruh tubuh dan membantu melindungi sel-sel badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, lalu mengekalkan kesihatan yang optimum.

Tahap ubiquinol dalam mitokondria mula menurun secara semula jadi selepas usia 20 tahun, apabila pengeluaran endogen badan bagi Ubiquinol berkurangan dan sel-sel terdedah kepada tahap tekanan oksidatif yang lebih tinggi, memberi impak kepada penghasilan tenaga dalam sel-sel badan kita, menjejaskan kesihatan mitokondria dan memberi kesan kepada pelbagai sistem tubuh badan.

LATAR BELAKANG KANEKA UBIQUINOL™ 

Kaneka Corporation Jepun ialah satu-satunya pembekal global bagi Kaneka Ubiquinol™ yang dirumus secara saintifik dan bertaraf dunia, disokong oleh lebih 100 kajian saintifik, lebih 80 paten dan lebih 45 tahun penyelidikan untuk kesihatan mitokondria, kesihatan kardiovaskular, kesuburan dan penghasilan tenaga.

www.ubiquinol.net.au

 

 

 

Source: Kaneka Corporation
Keywords: Banking/Financial Service Food/Beverages Awards