omniture

Pelancaran Produk Inovatif HUAWEI DedahPerkenalkan Pengalaman Produk Boleh Pakai Generasi Seterusnya dan Produktiviti Lancar dengan Tablet

HUAWEI
2024-09-21 23:57 54

BARCELONA, Sepanyol, 21 September 2024 /PRNewswire/ -- Pada 19 September, bertempat di acara Pelancaran Produk Inovatif HUAWEI di Barcelona, Sepanyol, Huawei Consumer Business Group (CBG) mendedahkan beberapa produk yang amat dinanti-nantikan, dengan pendekatan 'Fashion Forward' untuk produk boleh pakai, termasuk HUAWEI WATCH GT 5 Series, HUAWEI WATCH D2 dan HUAWEI WATCH Ultimate Green. Pelancaran ini turut mengumumkan tablet HUAWEI MatePad Pro 12.2-inci dan HUAWEI MatePad 12 X yang popular, bersama-sama menyampaikan pengalaman boleh pakai generasi baharu dan teknologi dinaik taraf untuk produktiviti yang dipertingkat dan ketersambungan lancar dengan tablet serba baharu.

HUAWEI WATCH GT 5 Series: Memimpin Kelebihan Fesyen

HUAWEI WATCH GT 5 Series merupakan antara jam tangan pintar Huawei pertama yang memperkenalkan HUAWEI TruSense System, ciri penjejakan kesihatan dan kecergasan bersepadu yang didatangkan dengan sensor dinaik taraf dan algoritma yang lebih baik – menghasilkan keputusan yang lebih pantas, lebih tepat dan lebih komprehensif.


Menampilkan Reka Bentuk Tepi Tajam yang tersendiri dan boleh didapati dalam sejumlah 12 model yang berbeza dan edisi Pro atau Standard, HUAWEI WATCH GT 5 Series direka untuk memimpin Kelebihan Fesyen, dengan edisi Pro diperbuat dengan aloi titanium gred aeroangkasa dan seramik nanohablur, membawakan tahap ketahanan yang lebih tinggi.

Dengan HUAWEI TruSense System, ia membolehkan Pembantu Kesejahteraan Emosi jenama baharu daripada Huawei, mencapai penaiktarafan dalam pengurusan kesihatan untuk merangkumkan bukan sahaja pengurusan fisiologi tetapi juga pengurusan psikologi.

Jam tangan pintar baharu ini membawakan ciri-ciri sukan Tahap-Pro baharu. Bagi pemain golf dan penyelam, HUAWEI WATCH GT 5 Pro membawakan mod Padang Golf dengan rangkuman lebih 15,000 peta padang golf global serta mod Menyelam Bebas, menawarkan penjejak pada pergelangan tangan yang lebih komprehensif untuk aktiviti sukan mereka. HUAWEI WATCH GT 5 Pro juga mempunyai ciri-ciri profesional untuk Larian Denai, seperti sokongan untuk fungsi navigasi segmentasi, serta peta kontur 10 meter.

Jam tangan pintar ini menawarkan hayat bateri yang luar biasa, dengan penggunaan sehingga 14 hari bagi HUAWEI WATCH GT 5 46mm serta GT 5 Pro 46mm dan sehingga 7 hari bagi HUAWEI WATCH GT 5 41mm dan GT 5 Pro 42mm.

Duta Produk Boleh Pakai HUAWEI: Pamela Reif dan Sir Mo Farah

Duta-duta Produk Boleh Pakai HUAWEI Sir Mo Farah dan Pamela Reif membuat penampilan, dengan Sir Mo Farah berkongsi kepakarannya dalam larian dan teknik-teknik sukan lanjutan, manakala Pamela Reif memfokuskan kepada kursus reka bentuk jam tangan dan aplikasi, memaparkan pengalaman 'Light Up Your Rings'.

Pamela Reif menyatakan rasa kagumnya terhadap jam tangan baharu ini dengan menyatakan: "HUAWEI Watch GT 5 Pro adalah lebih daripada jam tangan pintar; ia merupakan ikon gaya yang benar-benar memberikan saya Kelebihan Fesyen. Di samping itu, Huawei memberikan beberapa peningkatan yang benar-benar mengagumkan pada penjejakan aktiviti. Sertai saya dan Light Up Your Rings (Nyalakan Bunyi Ring Anda) setiap hari!"

Sir Mo Farah bersetuju dengan sentimen ini, menambah: "Sebagai seorang pelari saya mengambil berat tentang butiran kecil untuk memberi kelebihan kompetitif kepada saya; Sunflower GNSS yang dipertingkat merupakan pengubah keadaan yang tidak dapat diragui lagi, manakala ciri analisis Bentuk Larian serba baharu boleh memberikan pemahaman kepada mana-mana pelari mengenai cara untuk mengurangkan beberapa saat daripada rekod terbaik peribadi mereka."

HUAWEI WATCH D2: Jam Tangan Pintar Pertama Dunia dengan Pemantauan Tekanan Darah Ambulatori Diperakui oleh NMPA dan MDR

Pelancaran HUAWEI WATCH D2 memperkenalkan inovasi rintis sebagai peranti pemantauan tekanan darah ambulatori (ABPM) berasaskan pergelangan tangan pertama di dunia yang bakal diperakui oleh NMPA dan MDR. Ini merupakan satu langkah penting ke hadapan dalam teknologi boleh pakai, yang merangkumi komitmen Huawei terhadap "Health Forward".


Jam tangan ini menyampaikan ukuran tekanan darah yang tepat selama 24 jam dan membawakan HUAWEI TruSense System untuk hasil yang lebih pantas dan lebih tepat.

Dari segi teknologi tekanan darah, Huawei sudahpun berinovasi selama lebih sembilan tahun, menjalin perkongsian jangka panjang dengan pakar hipertensi global, termasuk Profesor George S. Stergiou, Presiden Terpilih International Society of Hypertension dan Profesor Wang Jiguang, Presiden Chinese Hypertension League dan sebagainya.

HUAWEI WATCH D2 menampilkan reka bentuk yang ringan dan nipis, menggabungkan beg udara mekanikal ultra-sempit dan skrin besar 1.82 inci. Ia berukuran hanya kira-kira 1/5 lebar dan 1/25 volum monitor tekanan darah elektronik lengan atas tradisional, menjadikannya mudah untuk mengambil ukuran tekanan darah tidak kira di mana anda berada.

Selain itu, dengan sekali ketik, pengguna boleh mengukur sehingga 9 penunjuk tubuh dan menghasilkan laporan Health Glance.

HUAWEI WATCH Ultimate edisi hijau: Terokai Tanpa Had

Kemas kini kepada keluaran tahun lalu, HUAWEI WATCH Ultimate memperkenalkan Ciri-ciri Padang Golf Termaju baharu dan Mod Ekspedisi dipertingkat, bersama-sama dengan edisi hijau baharu yang menggabungkan teknologi anjakan paradigma dan ketukangan canggih, yang merangkumi semangat "Adventure Forward" dan dibina untuk mereka yang gemar mengharungi cabaran.

Edisi hijau baharu ini membawakan bezel seramik teknologi-nano dwi-warna eksklusif, yang memerlukan proses pembuatan yang lebih kompleks untuk menghasilkan dwiwarna putih-hijau yang cantik untuk dipadankan dengan estetika.

Mod Padang Golf termaju serba baharu menawarkan analitis tepat dan pemahaman untuk peminat, jarak seperti permainan, jarak pukulan, AI Caddie dan banyak lagi. Selagi mana ciri Import Laluan ekspedisi baharu yang bersepadu dengan aplikasi HUAWEI Health, membolehkan pengguna mengimport laluan.

Huawei berdedikasi untuk membantu pengguna memupuk gaya hidup yang sihat dan tabiat bersenam melalui penerusan global kempen "Light Up Your Rings". Dengan memanfaatkan sistem Ring Aktiviti dan Ganjaran Pingat, kempen ini menawarkan pengalaman menarik yang membantu individu menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Di samping itu, peranti boleh pakai Huawei sentiasa direka agar tersedia untuk telefon pintar Android dan juga iOS, bagi menjadikan inovasi teknologi kesihatan terkini dan ciri-ciri penjejakan sukan boleh diakses oleh audiens yang malah lebih luas.

HUAWEI MatePad Pro 12.2-inci: Ciptaan Keindahan

Tablet unggulan terbaru, HUAWEI MatePad Pro 12.2-inci, direka untuk membawakan pengalaman pengguna terunggul yang memfokuskan kepada kreativiti dan produktiviti.


Dilengkapi dengan Tandem OLED PaperMatte Display yang inovatif, HUAWEI MatePad Pro 12.2-inci memberikan kecerahan maksimum yang mengagumkan iaitu 2000nit untuk pengalaman tontonan yang autentik. Teknologi punaran antikilau dan antisilau skala nano yang canggih memastikan pengalaman visual seperti kertas yang premium.

Ia didatangkan dengan HUAWEI Glide Keyboard, membawakan penyimpanan stilus dan papan kekunci 2-dalam-1 serta reka bentuk pengecasan.

Bagi mengilhamkan kreativiti, GoPaint App tablet ini menawarkan pelbagai jenis alatan penciptaan digital, termasuk berus Splatter dan berus Fluid rintis. FangTian Painting Engine 2.0 menyokong kanvas ultra-besar 8K, menyediakan alatan gred profesional untuk ekspresi artistik.

HUAWEI MatePad 12 X: Gaya Bertemu Kreativiti dan Produktiviti

HUAWEI MatePad 12 X ialah model unggulan yang ringan, direka untuk generasi muda. Ia meningkatkan produktiviti, membolehkan pengguna penetap trend mengejar impian mereka sambil menyampaikan pengalaman yang menyeronokkan.

Tablet baharu ini menginovasi Shimmery Pearlescent Sheen, menghasilkan warna putih metalik dengan kesan perubahan warna berdasarkan pencahayaan. Badan peranti semua logam dengan reka bentuk lancar yang bersepadu menjadikannya bergaya dan tahan lama.

HUAWEI MatePad 12 X PaperMatte Edition menampilkan Ultra-bright PaperMatte Display, menawarkan kualiti unggul dalam melihat, menulis dan menyentuh, menjadikannya ideal untuk membaca dan tugas kreatif.

Pada 19 September 2024, Huawei melancarkan secara rasmi GoPaint Worldwide Creating Activity bertemakan "Creative By Nature". Bermula dari hari permulaan hingga 31 Disember 2024, peminat lukisan di seluruh dunia boleh berkongsi karya seni digital mereka yang unik pada platform HUAWEI Community.

HUAWEI Mengesahkan Sekali Lagi Komitmen kepada Inovasi, Fesyen dan Kreativiti

Alex Huang, Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Consumer BG, menekankan impak global jenama ini dan komitmen terhadap inovasi. Menonjolkan komitmen Huawei untuk menggabungkan teknologi canggih, fesyen dan kreativiti, ke dalam produk, menyepadukannya secara lancar ke dalam kehidupan harian pengguna, jenama ini terus memberi inspirasi kepada pengguna melalui kempen seperti inisiatif Light Up Your Rings dan GoPaint Worldwide Creating Activity.

"Kami bermatlamat untuk membawakan produk inovatif yang menawarkan kepada pengguna gabungan unik antara fesyen dan kreativiti," kata Alex. "Dengan memberi inspirasi kepada pengguna kami, Huawei berusaha untuk mencipta dunia yang lebih terhubung dan mengharukan di mana teknologi meningkatkan kehidupan harian dan membentuk keakraban orang ramai."


Untuk maklumat lanjut mengenai harga dan ketersediaan, sila kunjungi: https://consumer.huawei.com/en/wearables/
https://consumer.huawei.com/en/tablets/?ic_medium=hwdc&ic_source=corp_header_consumer 

 

 

Source: HUAWEI
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Environmental Products & Services Fashion Green Technology Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Mobile Entertainment Retail Sports Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services Cloud Computing / Internet of Things