omniture

Huawei Lancar Lebih 20 Tawaran Xinghe Intelligent Network Serba Baharu Tingkatkan Kecerdasan Industri

Huawei
2024-09-22 02:32

SHANGHAI, 22 September 2024 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya HUAWEI CONNECT 2024, Leon Wang, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, mengumumkan lebih daripada 20 tawaran Xinghe Intelligent Network serba baharu secara global di sidang kemuncak ini yang bertemakan "Xinghe Intelligent Network, Tingkatkan Kecerdasan Industri". Tawaran yang dibina khas ini menyumbang kepada ekosistem rangkaian AI dan membantu pelanggan merebut peluang untuk pembangunan pintar dan memaksimumkan produktiviti pintar.

Leon Wang, President of Huawei's Data Communication Product Line, delivering a speech
Leon Wang, President of Huawei's Data Communication Product Line, delivering a speech

Menerusi pembangunan teknologi AI, dunia semakin maju daripada transformasi digital kepada transformasi pintar. Semua industri menggunakan teknologi AI dengan pantas untuk mencipta kes penggunaan baharu, umpamanya, kereta pandu sendiri, diagnosis dan rawatan pintar serta pemeriksaan kereta api pintar. Semua ini meningkatkan kecekapan dan pengalaman kerja dan kehidupan seharian kita dengan ketara.

Kedatangan era pintar mendorong rangkaian untuk menjadi rangkaian pintar. Huawei melaksanakan usaha bersama-sama rakan kongsi untuk memimpin penyelidikan dan amalan rangkaian pintar. Atas sebab inilah Huawei tekal menaik taraf tawaran Xinghe Intelligent Network bagi membantu pelanggan merebut peluang untuk pembangunan pintar, membina infrastruktur rangkaian pintar yang baharu dan memaksimumkan produktiviti pintar dalam era pintar. Sorotan utama termasuk yang berikut:

  • Xinghe Intelligent Campus memfokuskan kepada pembinaan rangkaian kampus didayakan AI, bertumpukan pengalaman, memastikan kekakuan sifar untuk aplikasi audio dan video, degradasi sifar pada perkhidmatan dan menunggu sifar untuk interaksi.
  • Xinghe Intelligent WAN memperkenalkan rangkaian luas teknologi pintar untuk menjadualkan berjuta-juta aliran dengan pintar dan mengoptimumkan pengalaman perkhidmatan dengan tepat.
  • Xinghe Intelligent Fabric mengguna pakai enjin AI Turbo untuk meningkatkan daya pemprosesan rangkaian, meningkatkan kecekapan latihan model asas.
  • Xinghe Intelligent Network Security mengintegrasikan teknologi AI ke dalam pengesanan keselamatan rangkaian, mengenal pasti ancaman dengan tepat dan pantas

Bagi menyokong penyelesaian rangkaian dalam pelbagai senario, Huawei melancarkan lebih daripada 20 tawaran yang diketengahkan di peringkat global. Contoh-contohnya termasuk suis pusat data Eternet bentuk tetap 100 Tbps yang pertama dalam industri, suis pusat data bentuk tetap sejuk cecair 51.2 Tbps pertama dalam industri, penghala AI pertama dalam industri, suis kampus 10 Gbps berkualiti tinggi dan Wi-Fi 7 AP, Penyelesaian Keselamatan Cawangan SASE Pintar serta Penyelesaian Rangkaian Pemanduan Autonomi IP yang pertama dalam industri. Semua tawaran ini direka untuk membantu pelanggan dengan pulangan perniagaan yang lebih besar.

Memandangkan era pintar memerlukan rangkaian pintar, Huawei akan terus memacu pembangunan rangkaian pintar dan menaik taraf produk dan penyelesaian Xinghe Intelligent Network, yang akhirnya membantu pelanggan global melangkah ke arah era pintar dan meraih lebih banyak manfaat.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Artificial Intelligence