omniture

Huawei Lancar Xinghe Intelligent Campus Serba Baharu dengan Penaiktarafan Penuh, Maksimumkan Produktiviti Pintar Perusahaan

Huawei
2024-09-23 08:30 32

SHANGHAI, 23 September 2024 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya HUAWEI CONNECT 2024, sesi Xinghe Intelligent Campus diadakan dengan jayanya, menarik lebih daripada 200 pelopor industri, pakar dan cendekiawan dari seluruh dunia untuk meneroka trend rangkaian kampus dan inovasi teknologi. Di acara ini juga, Huawei memperkenalkan Xinghe Intelligent Campus Solution serba baharunya yang menonjol kerana penaiktarafan penuh kepada pengalaman tanpa wayar, aplikasi serta operasi & penyelenggaraan (O&M).

Shawn Zhao, President of the Campus Network Domain, Huawei's Data Communication Product Line, delivering a speech
Shawn Zhao, President of the Campus Network Domain, Huawei's Data Communication Product Line, delivering a speech

Shawn Zhao, Presiden Domain Rangkaian Kampus, Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, berkata, "Memandangkan persidangan video, terminal AI dan aplikasi AI menjadi semakin meluas, ketumpatan akses rangkaian kampus meningkat tiga kali ganda dan permintaan terhadap lebar jalur meningkat sebanyak sepuluh kali ganda. Dalam kes ini, pengguna meletakkan keperluan baharu pada jaminan untuk aplikasi AI serta perkhidmatan audio/video dan dalam masa yang sama mengharapkan O&M yang lebih pintar."

Bagi memenuhi keperluan ini, Huawei melancarkan Xinghe Intelligent Campus Solution serba baharu dengan penaiktarafan penuh. Khususnya, penyelesaian ini menaik taraf pengalaman tanpa wayar dari segi prestasi, perantauan dan penumpuan IoT. Ia turut memanfaatkan X-Scheduler (enjin penjadualan pengalaman) bagi menaik taraf pengalaman aplikasi, sekali gus memanfaatkan pembuatan keputusan berbantu AI serta algoritma ramalan pasang surut untuk menaik taraf pengalaman O&M. Ini dapat membantu pelanggan membina infrastruktur digital yang terkemuka dalam industri dan memudahkan transformasi digital serta pintar perusahaan.

Di samping itu, penyelesaian ini menyediakan jaminan keselamatan hujung-ke-hujung. Dari segi tanpa wayar, teknologi Wi-Fi Shield yang inovatif menghalang secara radikal penyadapan paket pada antara muka udara. Dari segi berwayar, keupayaan MACsec pautan penuh daripada suis kepada AP memastikan penghantaran data rangkaian kampus yang selamat sejak dari peringkat awal lagi.

Di sesi ini juga, firma penganalisis terkemuka, pelanggan dan rakan kongsi dalam pelbagai industri berkongsi pandangan unik mereka, amalan terbaik dan kes yang berjaya. Penceramah utama termasuk Sian Morgan, Pengarah Penyelidikan Dell'Oro Group; Dr Haitham S. Hamsa, Profesor Teknologi Maklumat, Cairo University; Shang Qun, Penolong Pengarah Pusat Pengkomputeran, Peking University; Sun Pan, Pengarah Jabatan Operasi Infrastruktur, Jabatan Pendigitalan Sistem, FAW Group; Connee Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif CypressTel. Amalan berharga mereka akan memberikan rujukan unik untuk transformasi digital dan pintar perusahaan merentas industri-industri.

Memandang ke hadapan, Huawei percaya Xinghe Intelligent Campus Solution akan menjadi pilihan utama untuk transformasi digital dan pintar perusahaan global demi meraih lebih banyak manfaat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Xinghe Intelligent Campus Solution Huawei, kunjungi https://e.huawei.com/en/solutions/enterprise-network/campus-network.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things