PARIS, 23 September 2024 /PRNewswire/ -- Yaber, pelopor bagi projektor hiburan, telahpun berkolaborasi dengan Pantone Color Institute bagi memperkenalkan projektor K3 edisi terhad dalam warna Yaber Lunar Rock yang eksklusif di Minggu Fesyen Paris. Kolaborasi yang penting ini mewakili perkongsian pertama Pantone Color Institute dengan sebuah jenama projektor, memaparkan Yaber Lunar Rock—warna yang mentakrifkan keanggunan tak lapuk dek zaman, menggabungkan penghalusan terunggul dengan daya tarikan klasik.
"Lunar Rock ialah warna kelabu yang sukar ditemui dengan sifat yang tenang dan sedikit kilauan logam yang kehadirannya mewujudkan suasana yang mewah," kata Laurie Pressman, Naib Presiden Pantone Color Institute. "Diilhamkan oleh keindahan batu, batu kerikil dan granit yang tak lapuk dek zaman—unsur-unsur yang telah mengharungi dan bertahan dalam ujian zaman—Lunar Rock menerapkan rasa kekuatan tersembunyi dan keandalan kepada projektor ulung Yaber."
Projektor K3 edisi terhad ini menggabungkan gaya yang mengagumkan dengan prestasi terunggul, memastikan ia benar-benar "kelihatan lebih baik" dalam setiap cara. Warna Yaber Lunar Rock memancarkan keyakinan dan keanggunan moden, manakala 1,600 ANSI lumen dan teknologi NovaGlowTM yang eksklusif menghidupkan imej, bagi membolehkan anda menikmati pengalaman menonton yang bukan sahaja kelihatan lebih baik tetapi juga menunjukkan prestasi yang lebih baik.
Siri K3 standard ini, menampilkan prestasi berkuasa yang sama, kini boleh didapati di laman web rasmi Yaber. Di samping itu, Yaber Projector T2 untuk malam wayang di luar dan parti tersedia di Amazon.
Latar Belakang Yaber
Ditubuhkan pada tahun 2018, Yaber menjadi perintis bagi projektor hiburan, setelah berjaya menyampaikan lebih dua juta unit kepada peminat di lebih 120 negara dan wilayah di seluruh dunia. Yaber diberi penghormatan dengan anugerah-anugerah berprestij, termasuk Red Dot Award dan CES Innovation Award 2024.
Yaber komited untuk menerobos sempadan bagi kecemerlangan visual dan juga audio. Setiap projektor Yaber direka untuk menyampaikan pengalaman yang luar biasa, merangkumi usaha mencapai kesempurnaan dan menawarkan kualiti audiovisual yang luar biasa kepada pengguna, serta perjalanan memperkaya menuju keunggulan diri yang berterusan.
Untuk perkembangan terkini, kunjungi https://www.yaber.com/collections tatkala Yaber terus mentakrifkan semula kecemerlangan hiburan.