omniture

Berada Di Landasan untuk Masa Depan Rendah Karbon: CRRC Perkenal Penyelesaian Transit Rel Penumpang dan Barang dan Sistem Kitaran-Hayat Penuh di InnoTrans 2024

CRRC Corporation Limited
2024-09-23 20:40 6

BERLIN, 23 September 2024 /PRNewswire/ -- Di bawah tema On Track for A Low Carbon Future (Berada Di Landasan untuk Masa Depan Rendah Karbon), CRRC Corporation Limited ("CRRC", SHA: 601766) akan memaparkan barisan tawaran pengangkutan penumpang dan barangnya, berserta penyelesaian sistem kitaran-hayat penuh, di InnoTrans 2024 di Berlin, Jerman. Mengetengahkan acara ini, dua kereta api yang inovatif, mesra alam dan pintar akan membuat kemunculan sulung dunianya: Kereta Api Antara Bandar Pintar Tenaga Baharu CINOVA H2 dan Transit Laju Rel Autonomi (ART) 2.0, di Gerai Pameran 210, Dewan 4.2 tempat ini.

CRRC to Unveil Passenger and Freight Rail Transit and Full Life-Cycle System Solutions at InnoTrans 2024.
CRRC to Unveil Passenger and Freight Rail Transit and Full Life-Cycle System Solutions at InnoTrans 2024.

Penyelesaian Pengangkutan Penumpang Pintar Hijau

CRRC akan mempamerkan penyelesaian pengangkutan penumpang yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan pintar, termasuk EMU Pintar, EMU Antara Bandar/Serantau, Transit Rel Bandar Pintar dan Pengangkutan Penumpang Tenaga Baharu. Tawaran ini dapat menampung setiap tahap kelajuan dan senario aplikasi, membayangkan masa depan pengangkutan penumpang yang lebih pantas, lebih hijau, lebih pintar dan lebih menjimatkan kos.

Pameran ini akan mengetengahkan produk menonjol yang mentakrifkan semula mobiliti penumpang, termasuk EMU Pintar Berkelajuan Tinggi 350 km/j, EMU Antara Bandar/Serantau Pintar Baharu CINOVA 2.0, Kereta Api Serantau Pintar Automatik Penuh Hidrogen 160 km/j dan Transit Laju Rel Autonomi (ART).

Penyelesaian Pengangkutan Barang Terpelbagai

CRRC memperkenalkan rangkaian luas penyelesaian tugas berat, pantas dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar semasa acara ini. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap kapasiti pengangkutan yang lebih tinggi, CRRC merancang untuk memperkenalkan beberapa produk baharu, antaranya, Lokomotif Elektrik Barang 24 gandar dan Kereta Bijih Beban Gandar 45 tan. EMU Pengangkutan Berkelajuan Tinggi 350 km/j, yang terpantas dan paling luas dalam industri ini, akan menjadi tumpuan utama. Selaras dengan dorongan global terhadap pengangkutan hijau, CRRC akan melancarkan lokomotif tenaga baharu bersirinya, termasuk lokomotif hibrid bateri-diesel, lokomotif bateri kuasa dan lokomotif hibrid bateri-hidrogen, dengan tahap kuasa bermula daripada 1000KW hingga 2000KW. Penyelesaian terpelbagai ini menawarkan lebih banyak pilihan untuk industri pengangkutan kereta api global.

Penyelesaian Sistem Kitaran-Hayat Penuh

CRRC akan mempamerkan kepakarannya melangkaui sekadar unit kereta api dengan Sistem Elektromekanikal Bersepadu Kereta Api-Darat (TIES), pengubah industri yang menumpukan kepada kenderaan dan menggabungkan semua senario operasi yang berkaitan. Sistem ini membina semula, mengintegrasikan dan mengoptimumkan sistem elektromekanikal untuk senario bekalan kuasa, pengisyaratan, landasan, depoh dan perkhidmatan penumpang. Ia mencontohi konsep Train-Ground Integration (Integrasi Kereta Api-Darat), memacu peningkatan kecekapan keseluruhan merentas disiplin dan dalam seluruh kitaran hayat kenderaan-jalan-raya-stesen-depoh.

Memfokuskan kepada pengalaman pengguna dan keperluan pasaran transit rel global yang pelbagai, CRRC akan mengadakan pembentangan terperinci mengenai Penyelesaian Sistem Kitaran-Hayat Digital (DLS) di acara ini. Penyelesaian yang fleksibel ini dapat menampung pelbagai saiz dan populasi bandar melalui reka bentuk sistem tersuai yang menyokong pelbagai model perniagaan seperti PPP (perkongsian awam-swasta), penyepaduan sistem dan projek siap guna elektro-mekanikal.

Untuk maklumat lanjut mengenai CRRC di pameran ini, sila kunjungi https://www.crrcgc.cc/en/.

 

Source: CRRC Corporation Limited
Related Stocks:
HongKong:1766 OTC:CRCCY Shanghai:601766
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Railroads and Intermodal Transportation Transportation Trade show news