omniture

Huawei Lancar Produk Siri F5G-A untuk Lima Senario Kecerdasan Industri

Huawei
2024-09-23 22:53 34

SHANGHAI, 23 September 2024 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2024, Huawei mengadakan dengan jayanya sidang kemuncak optik bertemakan "Mempercepat F5G-A, Mempertingkat Kecerdasan". Di sidang kemuncak ini, Huawei melancarkan produk F5G Advanced (F5G-A) baharu berdasarkan trend "3 In 3 Out" ("3 Masuk 3 Keluar"), dengan matlamat untuk meningkatkan kecerdasan industri.

Bob Chen, President of Huawei Optical Business Product Line
Bob Chen, President of Huawei Optical Business Product Line

"Dalam menghadapi era pintar, industri optik mempercepat trend '3 Masuk 3 Keluar'," ujar Bob Chen, Presiden Barisan Produk Perniagaan Optik Huawei, di sidang kemuncak ini. "Lebih daripada 9000 kampus semua-optik di seluruh dunia melaksanakan Gentian-masuk Tembaga-keluar. Dari segi fgOTN-masuk SDH-keluar, SDH digantikan oleh fgOTN dalam industri-industri seperti kuasa elektrik serta pengangkutan dan penggunaan fgOTN berskala besar dimulakan. Bagi Penderiaan-optik-masuk Kerja-keras-keluar, penderiaan gentian optik digunakan secara komersial dalam lebih daripada 80 kes. Huawei menyeru semua pelanggan dan rakan kongsi industri untuk merebut peluang '3 Masuk 3 Keluar' baharu dan mempercepat kecerdasan industri bersama-sama."

"Gentian-masuk Tembaga-keluar": Bagi senario rangkaian rumah, Huawei melancarkan Wi-Fi 7 ONT baharu — Huawei OptiXstar EN8145 — bagi membantu ISP menaik taraf pakej perkhidmatannya daripada tahap 100Mbps kepada 1000Mbps, lalu memberikan pengalaman Wi-Fi terunggul kepada pengguna sekali gus menyokong akses storan rumah berkelajuan tinggi.

Bagi senario kampus seperti bilik darjah dan pejabat, Huawei mengemas kini penyelesaian FTTO 2.0 dan melancarkan terminal optik berketumpatan tinggi dan ultra-10Gbps yang pertama dalam industri — Huawei OptiXstar P884E — mencapai liputan 12.5/25Gbps. Empat terminal optik Wi-Fi 7 siri OptiXstar dan get laluan optik (termasuk W617E) telahpun dilancarkan, meliputi hospital, hotel dan senario rangkaian pendidikan bagi membangunkan konfigurasi standard baharu untuk kampus pintar Wi-Fi 7.

fgOTN-masuk SDH-keluar: Bagi rangkaian komunikasi dalam industri-industri seperti kuasa elektrik dan pengangkutan, Huawei melancarkan portfolio produk penghantaran optik yang pertama dalam industri yang menyokong fgOTN standard dalam cara E2E —Huawei OptiXtrans E6600/9600 — membantu membina rangkaian komunikasi yang kukuh dan andal untuk industri-industri ini. Dalam senario pengagihan dan penggunaan kuasa pintar, Huawei melancarkan penyelesaian dwi-mod komunikasi talian kuasa berkelajuan tinggi (HPLC), yang meningkatkan kadar kejayaan pengumpulan meter kepada 99.9%. Bagi 300 isi rumah, penyelesaian ini memendekkan masa pengumpulan daripada 15 minit kepada 1 minit, mencapai pengumpulan meter yang andal dan pantas. Semua ini memacu penaiktarafan digital dan pintar dalam industri kuasa elektrik.

Tambahan pula, Huawei memperluaskan "fgOTN-masuk SDH-keluar" daripada WAN hingga pusat data. Bagi rangkaian kluster pengkomputeran pintar berskala ultra besar, Huawei melancarkan Huawei OptiXtrans DC808, suis semua-optik, bagi menangani isu-isu seperti pengembangan rangkaian tradisional yang sukar dan keandalan rendah yang disebabkan oleh modul optik yang mudah gagal. Dengan teknologi OXC sambungan-silang semua-optik yang diperkenalkan kepada rangkaian pusat data, suis ini menyokong pengembangan fleksibel keupayaan rangkaian, menghapuskan keperluan terhadap modul optik dan mengurangkan kadar kerosakan sebanyak 20%. Di samping itu, ia turut menyokong evolusi lancar dalam tempoh jangka panjang daripada 400G kepada 1.6T.

Penderiaan-optik-masuk Kerja-keras-keluar: Huawei turut melancarkan produk pengesanan kebocoran gas pintar —Huawei OptiXsense ES100 — berdasarkan kepada teknologi penderiaan spektrum bagi memastikan keselamatan gas bandar. Penyelesaian daripada Huawei ini meningkatkan kejituan sebanyak 40%, memanjangkan hayat perkhidmatan sebanyak 50% dan menghapuskan keperluan untuk menggantikan bateri dalam tempoh 3 tahun. Ia telahpun digunakan di Zon Teknologi-Tinggi Chengdu selama setengah tahun, dengan kejituan dan keandalannya disahkan sepenuhnya.

Kami menyeru semua pelanggan dan rakan kongsi industri untuk menyertai kami dalam merebut peluang "3 Masuk 3 Keluar" baharu dan untuk mempercepat kecerdasan industri. Kita boleh bersama-sama mencapai keputusan yang saling menguntungkan dalam era pintar ini.

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics