omniture

AziNam Umumkan Peningkatan Kepentingan Kerja dalam Kedudukan Strategik Luas Luar Pesisir Namibia dan Status Pengendali

AziNam Ltd.
2015-01-06 17:19 122

HAMILTON, Bermuda, 6 Januari 2015 /PRNewswire/ -- AziNam Ltd. ("Syarikat"), syarikat cari gali berfokus luar pesisir Namibia, berbesar hati mengumumkan ia telah menjalankan urus niaga berikut dengan Eco (Atlantic) Oil & Gas Ltd:

  1. PEL 30:  (Blok 2012A) peningkatan dalam penyertaan kepentingan bekerja kepada 32.5%
  2. PEL 33:  (Blok 2213A,B) peningkatan dalam penyertaan kepentingan bekerja kepada 30%
  3. PEL 34:  (Blok-blok 2111B, 2211A) peningkatan dalam penyertaan kepentingan bekerja kepada 40%, pengambilalihan lesen kepengendalian

Berikutan penyempurnaan urus niaga itu, kedudukan kepentingan bekerja dalam PEL 30, 33 dan 34 luar pesisir Namibia adalah seperti berikut:


Eco (Atlantic) Oil &

PEL 30

Gas

32.5% (Pengendali)





AziNam

32.5%





Tullow Oil

25%





Namcor

10%








Eco (Atlantic) Oil &

PEL 33

Gas

60% (Pengendalir)





AziNam

30%





Namcor

10%








Eco (Atlantic) Oil &

PEL 34

Gas

50%





AziNam

40% (Pengendali)





Namcor

10%

Urus niaga serta pengambilalihan kepengendalian di PEL 34 adalah tertakluk kepada kelulusan Kementerian Perlombongan dan Tenaga Namibia.

Pengarah Urusan AziNam, David Sturt, mengulas:

"Urus niaga ini menunjukkan keyakinan dan komitmen jangka panjang kami untuk membuka potensi hidrokarbon luar pesisir Namibia, dalam Lembangan Walvis. AziNam merupakan syarikat E&P antarabangsa utama luar pesisir Namibia, dengan keluasan 67,000km2 lesen cari gali yang kebanyakannya bersambung.

Kedudukan ini telah memberikan AziNam dengan set data unik, berkualiti tinggi dan meluas bagi Lembangan Walvis, yang kami gunakan untuk terus mengubah dan meningkatkan kefahaman kami tentang lembangan tersebut. Usaha ini terus mengetengahkan kehadiran sebilangan besar prospek bertaraf dunia dalam lembangan berkenaan dan merupakan sebab kami memperkukuh portfolio kami dengan mengambil kedudukan ekuiti tambahan dalam blok-blok penting.

Setelah mengendalikan sebilangan program kerja teknikal luar pesisir Namibia bagi pihak rakan kongsi kami, menjadi pengendali lesen cari gali luar pesisir Namibia merupakan langkah semula jadi bagi syarikat ini. Sebagai pengendali, kami akan mempunyai kemampuan yang lebih besar untuk memanfaatkan pengetahuan teknikal bagi seluruh lembangan.

Bagi syarikat dengan kekuatan kewangan dan kemampuan teknikal untuk berbuat demikian, ini merupakan masa yang terbaik untuk meningkatkan kedudukan dalam aset berkualiti tinggi serta meluaskan portfolio sedia ada. Sepanjang 2014 AziNam telah menjalankan sebilangan urus niaga untuk meningkatkan kepentingan penyertaannya dalam lesen-lesen penting luar pesisir Namibia. Di seluruh portfolio AziNam, kepentingan kerja purata kami kini ialah 34%.

Kami teruja untuk terus meneroka kesemua lesen kami bersama rakan kongsi kami dan Kerajaan Namibia."

Nota kepada Penyunting:

AziNam, syarikat E&P yang disokong oleh Seacrest Group, memegang kepentingan dalam keseluruhan 6 lesen dan 12 Blok meliputi kira-kira 67,000km2, merentasi lembangan Walvis dan Luderitz luar pesisir Namibia, bekerjasama dengan Maurel et Prom, Chariot Oil and Gas, dan Eco (Atlantic) Oil and Gas.

Namibia merupakan wilayah minyak dan gas yang kurang diteroka dengan potensi tinggi yang memperoleh semakin banyak perhatian industri daripada sebilangan syarikat minyak utama.

Gabungan minat industri yang meningkat di negara tersebut bersama kejayaan pelesenan dan cari gali baru-baru ini di rantau analogus geografi dalam margin Atlantik Selatan, termasuk Kepulauan Falkland, Brazil, Amerika Selatan dan Angola, telah menjadikan rantau tersebut sebagai salah satu daripada rantau hidrokarbon berpotensi paling menarik dalam arena global.

Seacrest Capital Group merupakan pelabur tenaga utama yang mengkhusus dalam cari gali luar pesisir, memanfaatkan aset proprietari dan perhubungannya untuk membina portfolio global yang pelbagai merangkumi syarikat cari gali minyak dan gas berfokus rantau. Sejak 2011, Seacrest Capital Group telah melabur dalam sebilangan syarikat cari gali baharu yang berjaya di United Kingdom, Norway, Afrika Barat, Ireland, Asia Tenggara dan Amerika Selatan. Hasil daripada sokongan kukuh dan jangka panjang Seacrest, AziNam mempunyai kedudukan ideal untuk mengambil peluang dan membina lebih peluang ketika mereka membangun dalam rantau luar pesisir Namibia.

http://www.azinam.com

Source: AziNam Ltd.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Gas Oil/Energy Acquisitions, mergers, takeovers