omniture

INFiLED Tingkatkan Keupayaan Perkhidmatan Global dengan Penaiktarafan Pusat Hong Kong

INFiLED
2024-09-25 22:24

SHENZHEN, China, 25 September 2024 /PRNewswire/ -- Melakar satu pencapaian penting, INFiLED, sebuah syarikat yang terkenal dengan penyelesaian paparan inovatifnya, telahpun merasmikan Pusat Perkhidmatan Globalnya yang dinaik taraf di Hong Kong. Pusat ini, yang beroperasi sejak tahun 2016, telah menjalani transformasi yang menekankan komitmen INFiLED untuk memperluas jangkauan globalnya dan memperkukuh dedikasinya bagi menyediakan khidmat pelanggan dan sokongan teknikal yang tiada tandingan.

The office of INFiLED Global Service Center
The office of INFiLED Global Service Center

Berkedudukan secara strategik lantaran kedekatannya dengan ibu pejabat INFiLED di Shenzhen, Pusat Perkhidmatan Global Hong Kong bersedia untuk menawarkan perkhidmatan pembaikan skrin yang pantas dan cekap, memanfaatkan status bandar ini sebagai hab perdagangan antarabangsa untuk operasi import dan eksport yang lancar. Ini dapat memastikan masa pusing balik yang dikurangkan untuk pelanggan, lalu meningkatkan pengalaman keseluruhan mereka.

Selain daripada menyediakan perkhidmatan pembaikan, pusat ini berfungsi sebagai hab yang komprehensif untuk perkhidmatan perundingan serta jualan yang disesuaikan, bagi memenuhi khususnya keperluan pelanggan di Hong Kong dan Macau. Dilengkapi dengan pasukan jualan berdedikasi yang mahir dalam memahami keperluan setiap pelanggan, pusat ini menawarkan pengesyoran diperibadikan untuk penyelesaian paparan LED merentas pelbagai aplikasi seperti pengiklanan, hiburan, acara dan banyak lagi. Pendekatan ini dapat memupuk pembuatan keputusan termaklum dan memastikan pelanggan menerima penyelesaian yang benar-benar sejajar dengan visi mereka.

Berucap di Pusat Perkhidmatan Global, Pengurus Besar daripada INFiLED HK, Norman Lao, menyebut, "Kami memfokuskan sepenuhnya tentang menyampaikan perkhidmatan dan sokongan terbaik kepada rakan kongsi global kami. Dengan jurutera servis mahir kami yang berpangkalan di Hong Kong dan sokongan padu daripada ibu pejabat kami di Shenzhen, kami bersedia untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih cekap. Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan berharap dapat berkhidmat untuk anda."

Pelancaran baharu Pusat Perkhidmatan Global Hong Kong ini memperlihatkan kemajuan penting dalam strategi pengembangan global INFiLED. Ia menekankan komitmen syarikat untuk mengukuhkan keupayaan operasinya dan memastikan pelanggan di seluruh dunia menerima penyelesaian yang tepat pada masanya, berkesan dan tersuai. Langkah ini merupakan bukti pertumbuhan luar biasa INFiLED dan visinya untuk masa depan, tatkala ia terus menerajui industri teknologi paparan dengan inovasi rintis.

Maklumat perhubungan Pusat Perkhidmatan Global INFiLED:
Alamat:
 Pejabat H, 29/F, Plaza 88, 88 Yeung Uk Road, Tsuen Wan, Hongkong
Telefon: 85235652077

Latar Belakang INFiLED 

INFiLED ialah sebuah perusahaan berteknologi tinggi yang mengkhusus dalam membangunkan dan mengeluarkan paparan video LED termaju. Rangkaian produk INFiLED meliputi penyiaran, produksi maya, pengiklanan, pengangkutan, sukan, acara, arahan & kawalan, penjenamaan korporat dan mesyuarat, aplikasi kreatif dan banyak lagi. Dengan produk-produk yang dieksport ke lebih 87 wilayah dan negara serta lebih 300 paten, INFiLED bermatlamat untuk menerangi dunia dengan pesta visual!

Sila hubungi kami melalui emel: info@infiled.com

INFiLED Global Service Center in Hong Kong
INFiLED Global Service Center in Hong Kong

 

Source: INFiLED
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Multimedia/Online/Internet Semiconductors Corporate Expansion New products/services