omniture

Rx-360 Mengumumkan Kelulusan sebagai Pilot Center of Excellence untuk APEC Harmonization Steering Committee

Rx-360
2024-09-26 01:15 8

PHILADELPHIA, 26 September 2024 /PRNewswire/ -- Rx-360® dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah diterima sebagai Pilot Center of Excellence (CoE) untuk APEC Regulatory Harmonization Steering Committee. Perintis ini akan memberi tumpuan kepada Peta Hala Tuju Bidang Kerja Keutamaan Integriti Rantaian Bekalan Produk Perubatan Global. Sebagai sebuah organisasi bukan untung antarabangsa, dengan misi berdasarkan integriti rantaian bekalan farmaseutikal, kualiti bahan, dan keselamatan pesakit, Rx-360 ® akan dapat memanfaatkan pengalaman selama 15 tahun untuk membantu memacu misi Asia Pacific Economic Cooperation (APEC).

Jim Fries, CEO Rx-360 mengulas, "Ini merupakan satu penghormatan yang luar biasa bagi konsortium kami kerana dapat membantu mencapai misi APEC dalam memastikan keselamatan produk perubatan. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Pusat Kecemerlangan yang lain, US Pharmacopeia, dan Taylor's University di Malaysia, untuk meningkatkan penawaran pendidikan yang sememangnya hebat dalam industri ini."

Ekonomi terjejas teruk oleh pergerakan antarabangsa produk perubatan yang tidak menepati standard dan dipalsukan. Memandangkan industri produk perubatan telah menjadi lebih bersifat global dan khusus, ekonomi APEC berhadapan dengan banyak cabaran dalam memastikan rakyat sihat, sambil memastikan akses kepada produk yang sah tidak terganggu. Bagi menangani isu ini, projek Peta Hala Tuju untuk Kualiti Produk Perubatan dan Keselamatan Rantaian Bekalan (Roadmap) telah dibangunkan. Peta Hala Tuju ini adalah usaha berbilang tahun yang ditugaskan oleh APEC dengan pengawasan oleh Regulatory Harmonization Steering Committee (RHSC). Ia menjadi bidang kerja keutamaan (PWA) di APEC, menyatukan pengawal selia, ahli industri, ahli akademik, dan pihak berkepentingan lain dari seluruh ekonomi APEC, dan EU, Afrika, dan bahagian lain di Amerika Selatan. Kerja-kerja ini memuncak dalam pembangunan Toolkit Keselamatan Rantaian Bekalan (Toolkit) pada tahun 2017. Toolkit ini mengandungi bahan latihan yang bertujuan untuk mendidik pengawal selia, ahli industri, dan pihak lain mengenai bahagian tertentu dalam rantaian bekalan, termasuk amalan terbaik, dokumen panduan, dll. Toolkit ini merangkumi sepuluh (10) aliran kerja, meliputi keseluruhan rantaian bekalan dan kitaran hayat produk perubatan. Toolkit ini akan menjadi fokus bengkel pendidikan dan latihan berkaitan yang direka dan ditawarkan oleh Rx-360 sebagai sebahagian daripada CoE perintis.

Maklumat Tentang Rx-360:
Rx-360, konsortium rantaian bekalan farmaseutikal antarabangsa, telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan menyokong komitmen seluruh industri bagi memastikan keselamatan pesakit dengan meningkatkan kualiti dan ketulenan di seluruh rantaian bekalan. Misi organisasi ialah melindungi keselamatan pesakit dengan berkongsi maklumat dan membangunkan proses berkaitan dengan integriti rantaian bekalan penjagaan kesihatan dan kualiti bahan dalam rantaian bekalan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Rx-360, sila layari http://www.Rx-360.org atau e-mel jfries@rx-360.org.

Maklumat Tentang APEC Regulatory Harmonization Steering Committee:
Regulartory Harmonization Steering Committee (RHSC) telah dibentuk pada bulan Jun 2009 di bawah naungan APEC untuk menggalakkan pendekatan strategik kepada pengharmonian kawal selia dengan menjalankan aktiviti yang paling bernilai kepada pihak berkuasa kawal selia dan industri yang dikawal selia. Ia adalah rangkaian pakar kawal selia daripada agensi kawal selia dalam ekonomi, industri dan akademik APEC dengan visi untuk mencapai penumpuan kawal selia yang lebih besar dalam ekonomi APEC menjelang tahun 2020. RHSC tidak bertujuan untuk membangunkan panduan baharu tetapi direka untuk memainkan peranan pelengkap kepada inisiatif kawal selia antarabangsa serantau yang lain.

Butiran Hubungan: James Fries, jfries@rx-360.org

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/713086/Rx_360_Logo.jpg?p=medium600



Source: Rx-360
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals New products/services Supply Chain/Logistics