omniture

HDL Automation Menang Manufacturing Champion Award Kerajaan bagi Inovasi dalam Automasi Bangunan

HDL Automation
2024-09-26 10:09 27

GUANGZHOU, China, 26 September 2024 /PRNewswire/ -- HDL Automation, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian kehidupan pintar, dianugerahkan gelaran Manufacturing Champion Enterprise yang berprestij, satu pengiktirafan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang cemerlang dalam sektor pembuatan khusus. Penghormatan ini mencerminkan inovasi termaju HDL, teknologi pengeluaran yang canggih dan kehadiran pasaran global yang kukuh. Kriteria pemilihan yang ketat memfokuskan kepada kepimpinan industri, inovasi yang berterusan dan kecekapan operasi yang tinggi—aspek-aspek yang mana HDL sentiasa cemerlang.

39 Tahun Kepimpinan dalam Automasi Bangunan
Ditubuhkan pada tahun 1985, HDL Automation menjadi nama yang terkemuka bagi automasi bangunan, menyediakan penyelesaian termaju untuk sektor kediaman, komersial dan hospitaliti. Inovasinya meningkatkan kecekapan, keselamatan dan keselesaan bangunan di seluruh dunia.

Baru-baru ini, HDL turut dinamakan sebagai Jenama Kawalan Automasi Berwayar No. 1 di China oleh EqualOcean, salah satu institusi penyelidikan yang paling berwibawa di China, lantas memantapkan kedudukannya sebagai peneraju industri.

Komitmen HDL terhadap reka bentuk dan inovasi melayakkannya menerima beberapa anugerah berprestij, termasuk Red Dot Award, iF Design Award dan IDEA Award. Produk yang menonjol, Source 7 Panel, membawakan reka bentuk tombol yang anggun dan pilihan warna yang elegan, meningkatkan fungsi dan juga daya tarikan estetik. Pelarasan tombol yang lancar dan antara muka mesra pengguna membolehkan kawalan yang mudah terhadap sistem rumah pintar.

HDL has won numerous prestigious industry awards in recent years
HDL has won numerous prestigious industry awards in recent years

Produk HDL digunakan dalam projek-projek besar di peringkat global, termasuk S-Tower Dubai, Stesen Baiyun, Czech State Opera dan BMW Welt. Sebagai contoh, Stesen Kereta Api Guangzhou Baiyun, dibuka pada 26 Disember 2023, meliputi 430,000 meter persegi dan mempunyai 11 platform serta 24 landasan. Ia mengurus sehingga 15,364 penumpang sejam pada waktu puncak, menyenaraikannya antara hab terbesar dan paling sibuk di Asia. Penyelesaian automasi HDL di sana menambah baik pengurusan pencahayaan dan melalui panel pintar dan perisian visualisasi, mengupayakan kawalan terpusat serta pemantauan tenaga masa nyata, seterusnya meningkatkan kecekapan operasi.

Anugerah Manufacturing Champion dan pengiktirafan oleh EqualOcean meningkatkan kedudukan HDL dalam pasaran teknologi pintar global. Tatkala permintaan terhadap penyelesaian bangunan pintar meningkat, HDL tetap komited untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang lebih sejahtera, lebih mampan melalui inovasi. Memandang ke hadapan, HDL menyasarkan untuk memperluas jejak globalnya dan dalam masa yang sama terus menjadi peneraju bagi teknologi dan kemampanan.

Dengan pengalaman selama hampir empat dekad, sejumlah besar anugerah berprestij dan projek mercu tanda, HDL Automation terus membentuk masa depan automasi bangunan. Pengiktirafan kerajaan dan anugerah industri baru-baru ini mengesahkan peranan utama HDL dalam membentuk kehidupan pintar.

Source: HDL Automation
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Electronic Design Automation Awards