omniture

IIJ Perkenal Safous Industrial SRA Tingkatkan Akses Jarak Jauh Selamat dan Pengurusan Akses Istimewa untuk Persekitaran OT

Internet Initiative Japan Inc.
2024-09-26 13:00 15

TOKYO, 26 September 2024 /PRNewswire/ -- Internet Initiative Japan Inc. (IIJ) (TSE Prime: 3774), peneraju bagi penyelesaian keselamatan Zero Trust, mengumumkan pelancaran Safous Industrial SRA, penyelesaian canggih yang direka untuk menjamin akses jarak jauh dan juga akses istimewa untuk persekitaran Teknologi Operasi (OT). Dibina dengan prinsip-prinsip Akses Jarak Jauh Selamat (SRA) dan Pengurusan Akses Istimewa Jarak Jauh (RPAM), tawaran baharu ini dapat memenuhi keperluan yang semakin meningkat terhadap akses yang selamat dan lancar kepada sistem industri yang kritikal.

Memandangkan ancaman siber semakin menyasarkan sistem OT—terutamanya dalam pembuatan, tenaga dan infrastruktur kritikal—memastikan akses yang selamat dan terurus menjadi sesuatu yang amat penting. VPN tradisional menimbulkan kerentanan yang ketara seperti kelayakan dikompromi, menjadikannya lebih mudah untuk penyerang menembusi sistem OT. Safous Industrial SRA direka untuk mengurangkan risiko ini dengan menawarkan penyelesaian berasaskan Zero Trust komprehensif yang menggabungkan akses jarak jauh dengan kawalan pengurusan akses istimewa yang ketat.

Safous Industrial SRA, disediakan oleh IIJ, memastikan organisasi-organisasi dapat menjamin akses jarak jauh sekali gus mengekalkan tahap kawalan tertinggi ke atas akaun istimewa dalam persekitaran OT celah udara. Penyelesaian ini menawarkan Titik Kehadiran (POP) dalaman khusus di setiap kemudahan, terpencil sepenuhnya daripada internet awam, lalu memberikan kefleksibelan kepada organisasi-organisasi untuk mengurus akses istimewa dengan selamat tanpa mendedahkan sistem yang kritikal kepada ancaman luaran.

"Dengan kerumitan persekitaran OT yang semakin meningkat dan peningkatan kekerapan serangan siber, organisasi-organisasi harus mengutamakan akses jarak jauh dan juga pengurusan akses istimewa," kata Miki Tanaka, Pengarah Perniagaan Global di IIJ. "Safous Industrial SRA menyampaikan penyelesaian Zero Trust yang bukan sahaja meningkatkan keselamatan bahkan mempermudah pengurusan akses jarak jauh dan juga akses istimewa kepada infrastruktur yang kritikal."

Safous Industrial SRA mengintegrasikan ciri-ciri Pengurusan Akses Istimewa Jarak Jauh yang berkuasa, membolehkan organisasi-organisasi mengawal mereka yang boleh mengakses sistem OT, memantau sesi istimewa dan memastikan hanya kakitangan yang diberi kuasa boleh melakukan operasi sensitif. Kawalan kebenaran platform yang terperinci, pengurusan kata laluan yang selamat dan pengelogan sesi menyediakan keselamatan yang teguh walaupun untuk sistem OT yang paling sensitif.

Faedah-faedah Safous Industrial SRA:

  • Akses Jarak Jauh Selamat & Pengurusan Akses Istimewa tanpa-VPN
  • Kawalan akses terperinci
  • Pengesahan Identiti & MFA untuk sistem legasi
  • Kecekapan kos
  • Penggunaan tanpa ejen

Faedah-faedah Utama Safous Industrial SRA:

  • Akses Jarak Jauh Selamat dan Pengurusan Akses Istimewa tanpa-VPN: Menggabungkan akses jarak jauh yang selamat, tanpa ejen dengan kawalan terperinci ke atas akaun istimewa, mengurangkan risiko yang dikaitkan dengan VPN tradisional.
  • Kawalan akses terperinci: Mengupayakan pengurusan yang tepat bagi akses pengguna dan juga akses istimewa, memastikan hanya kakitangan yang diberi kuasa boleh melakukan operasi kritikal.
  • Pengesahan Identiti dan MFA untuk sistem legasi: Menawarkan keselamatan yang teguh untuk sistem OT legasi yang tidak dapat menyokong pemasangan perisian, menggunakan pendekatan tambahan untuk pengesahan ID dan pengesahan berbilang faktor (MFA).
  • Kecekapan kos: Memperkemas akses jarak jauh dengan beralih daripada rangkaian penyelenggaraan tertutup kepada penyelesaian berasaskan Zero Trust, mengurangkan kos operasi dan mempermudah pengurusan akses.
  • Penggunaan tanpa ejen: Memastikan penggunaan pantas dan lancar tanpa memerlukan latihan pengguna yang ekstensif atau perisian tambahan, menjadikannya sesuai untuk kemudahan tanpa pasukan keselamatan khusus.

Dengan Safous Industrial SRA, organisasi-organisasi boleh melindungi persekitaran OT mereka sekali gus mengekalkan kawalan penuh ke atas akaun istimewa, memastikan kesinambungan operasi tanpa berkompromi hal keselamatan. Kunjungi https://www.safous.com/ untuk mengetahui lebih lanjut.

Lihat Safous Beraksi di Cybersecurity World Asia 2024

Safous by IIJ akan mengadakan pameran di Cybersecurity World Asia 2024 di Singapura. Para hadirin boleh mengalami demonstrasi langsung penyelesaian Safous Industrial SRA di Reruai E123 semasa acara ini, yang akan berlangsung di Marina Bay Sands Expo and Convention Centre pada 9-10 Oktober 2024.

Cybersecurity World Asia ialah sebuah acara ulung yang menghimpunkan pakar keselamatan siber, ahli profesional dan penyedia penyelesaian untuk mempamerkan yang terkini dalam teknologi dan inovasi keselamatan siber. Acara ini menyediakan platform berharga untuk organisasi-organisasi meneroka penyelesaian termaju yang dapat menangani cabaran keselamatan yang paling mendesak hari ini.

Kunjungi reruai Safous untuk demonstrasi swalaku dan untuk mengetahui bagaimana Safous Industrial SRA dapat melindungi persekitaran OT anda dengan keselamatan Zero Trust dan Pengurusan Akses Istimewa.

Latar Belakang IIJ

Ditubuhkan pada tahun 1992, IIJ ialah salah satu penyedia penyelesaian rangkaian akses Internet dan komprehensif yang terkemuka di Jepun. IIJ dan syarikat-syarikat kumpulannya menyediakan penyelesaian rangkaian menyeluruh yang memenuhi terutamanya keperluan pelanggan korporat bertaraf tinggi. Perkhidmatan IIJ merangkumi perkhidmatan sambungan Internet berkualiti tinggi, penyepaduan sistem, perkhidmatan pengkomputeran awan, perkhidmatan keselamatan dan perkhidmatan mudah alih. Tambahan pula, IIJ membina salah satu rangkaian tulang belakang Internet terbesar di Jepun yang disambungkan ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan Asia. IIJ disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Saham Tokyo pada tahun 2022. Untuk maklumat lanjut mengenai IIJ, kunjungi laman web rasmi: https://www.iij.ad.jp/en/.

Kenyataan dalam siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan mengenai rancangan masa depan yang melibatkan risiko dan ketidakpastian. Kenyataan ini mungkin berbeza dengan ketara daripada peristiwa atau keputusan masa depan yang sebenar.

Untuk pertanyaan, hubungi:
IIJ Corporate Communications
Tel: +81-3-5205-6310 Emel: press@iij.ad.jp 
https://www.iij.ad.jp/en/

*Semua nama syarikat, produk dan perkhidmatan yang digunakan dalam siaran akhbar ini ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing.

 

Source: Internet Initiative Japan Inc.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security New products/services