omniture

Moomoo Malaysia Jadi yang Pertama Lancar Dagangan US Options di Malaysia, Luaskan Akses ke Pasaran Global

Moomoo Malaysia
2024-09-28 16:21

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 September 2024 /PRNewswire/ -- Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd. (Moomoo Malaysia) dengan bangganya mengumumkan ia telahpun menjadi platform pertama di Malaysia yang menawarkan dagangan US Options, menandakan satu pencapaian yang besar dalam pasaran kewangan Malaysia. Pengembangan ketara penawaran produk Moomoo ini berikutan pengumuman di #MerdekaBersamaMoofest baru-baru ini dan meneruskan komitmen syarikat untuk menyediakan akses yang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk pasaran kewangan global.  


Menerusi pengenalan kepada US Options, Moomoo Malaysia menawarkan keupayaan kepada pelabur untuk memperdagangkan opsyen pada beberapa syarikat terbesar dan paling terkemuka di dunia yang disenaraikan di bursa saham AS. Ciri baharu ini akan membolehkan pengguna mempelbagaikan strategi pelaburan mereka, kedudukan lindung nilai dan mendapat lebih kawalan ke atas portfolio mereka dengan memanfaatkan strategi dagangan opsyen.

Memperkasakan Pelabur Malaysia dengan Alatan Canggih

Menurut Tinjauan Sentimen Pelabur Runcit Moomoo Malaysia baru-baru ini, 33% pelabur Malaysia memandang pasaran global secara aktif sebagai sebahagian daripada strategi mereka untuk mempelbagaikan portfolio mereka, manakala 37% pelabur Malaysia memfokuskan kepada sektor pertumbuhan tinggi seperti teknologi, kecerdasan buatan (AI) dan kewangan, terutamanya dalam pasaran global seperti AS. Dengan dagangan US Options kini tersedia, moomoo menyediakan penyelesaian yang tepat pada masanya dan berkesan untuk pelabur Malaysia mendapat pendedahan kepada pasaran terbesar di dunia, menawarkan kepada mereka alat untuk mengemudi peluang kewangan tempatan dan juga antarabangsa.

Ivan Mok, Ketua Pegawai Eksekutif Moomoo Malaysia berkata, "Kami berasa teruja menjadi yang pertama di Malaysia yang memperkenalkan dagangan US Options. Ini merupakan langkah yang transformatif untuk landskap pelaburan tempatan, memberikan kepada pengguna kami akses alat kewangan sofistikated yang biasanya tersedia dalam pasaran yang lebih matang. Dengan keupayaan untuk memperdagangkan opsyen pada syarikat-syarikat besar AS, pengguna kami kini boleh menyesuaikan strategi pelaburan mereka untuk melindungi portfolio mereka daripada ketaktentuan dan juga mengambil kesempatan daripada sektor pertumbuhan global seperti teknologi dan AI. Ini merupakan langkah yang penting untuk pelabur Malaysia yang ingin mempelbagaikan saham tradisional dan lebih lagi dan mendapat akses kepada beberapa pasaran yang terbesar di dunia."

Beliau menambah, "Apa yang membezakan moomoo bukan sekadar akses kepada US Options tetapi ekosistem lengkap yang kami sediakan—sumber pendidikan bersepadu, data lanjutan dan alat analisis. Kami ingin memastikan pengguna kami, sama ada mereka masih baharu dengan dagangan opsyen atau pelabur berpengalaman, boleh melaksanakan strategi mereka dengan yakin menerusi sokongan yang mereka perlukan pada setiap langkah."

Menurunkan Halangan melalui Sokongan Pelabur Lebih Besar

Selaras dengan misinya untuk memperkasakan pelabur, Moomoo Malaysia akan terus menawarkan sumber pendidikan komprehensif yang direka untuk membantu pengguna daripada semua peringkat memahami selok-belok dagangan US Options. Sumber ini termasuk panduan mendalam, data pasaran masa nyata, forum komuniti aktif, selain webinar interaktif yang dihoskan oleh pakar industri, semuanya tersedia dalam moomoo app.

Dari sudut pandangan komuniti, pelabur Malaysia berpeluang untuk memanfaatkan ruang kolaboratif yang dikongsi bersama pada moomoo app melalui "Komuniti Moo", yang mengehoskan lebih 23.8 juta pelabur di seluruh dunia. Pelancaran dagangan US Options akan menggalakkan perbincangan yang lebih besar mengenai pengurusan portfolio dan strategi pempelbagaian, melalui pandangan komuniti yang berharga tentang trend pasaran serta strategi pelaburan.

Sejak pelancarannya pada Februari 2024, Moomoo Malaysia dengan pantas menjadi platform pelaburan digital yang terkemuka di negara ini, memperoleh 100,000 pelanggan pertamanya dalam tempoh 6 minggu selepas penampilan sulungnya. Baru-baru ini, platform ini juga telah diundi sebagai "Platform Pelaburan Digital Sedang Meningkat Maju Terbaik' di Malaysia pada PC.com 2024 Readers Choice Award baru-baru ini, satu pengiktirafan kepada komitmen Moomoo terhadap landskap pelaburan tempatan dengan menyediakan kebolehaksesan yang lebih luas dan akses sumber yang tiada tandingan. Perkembangan terkini ini memantapkan lagi kedudukan Moomoo Malaysia sebagai pelopor dalam ruang teknologi kewangan, seterusnya menetapkan penanda aras baharu secara berterusan untuk bidang pelaburan tempatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dagangan US Options baharu pada Moomoo Malaysia, sila kunjungi https://www.moomoo.com/my/promotion/us_options.

Source: Moomoo Malaysia
Keywords: Banking/Financial Service Internet Technology Telecommunications Financial Technology