omniture

Penyelesaian Industri Terkemuka Dunia Shanghai Electric Berada di Pameran Industri Antarabangsa China (CIIF) 2024

Shanghai Electric
2024-09-28 16:21

SHANGHAI, 28 September 2024 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ("Syarikat") (SEHK:2727, SSE:601727) menjadi tumpuan di Pameran Industri Antarabangsa China (CIIF) ke-24, salah satu platform global yang terbesar untuk penggiat industri mempamerkan inovasi terkini mereka, di mana Syarikat ini membawa pengunjung dalam perjalanan yang unik untuk meneroka strategi perniagaan dan kehandalan teknologinya yang membantu mempercepat evolusi teknologi masa depan.

 

Disaksikan oleh Naib Presiden Syarikat Jia Tinggang di acara ini, Shanghai Electric memperkenalkan buat julung kalinya SRunicloud 5.0 dan platform internet industri 5.0, berserta pengumuman "Inisiatif Bersama untuk Pembinaan Pengurusan Karbon Digital Industri" bersama rakan kongsi industri. Dengan ini, Syarikat bersedia untuk membuka lembaran baharu bagi ekosistem internet industri.

Antara empat produk unggulan terkini yang dipamerkan di CIIF ialah penyelesaian sistem peralatan bersepadunya untuk metanol hijau, penjana terbesar di dunia untuk platform kuasa terapung luar pesisir, pusat data raya berkuasa AI dengan platform penyelenggaraan pintar SIMPLE untuk turbin gas dan pemampat elektrik berkecekapan tinggi bahan pendingin R290 mesra alam untuk kenderaan tenaga baharu.

Di reruainya, penyelesaian canggih yang baharu daripada Shanghai Electric dipersembahkan:

Tenaga: Meningkatkan Peralihan Hijau Global

Sistem Penyelarasan-Storan-Solar-Angin Bersepadu: Shanghai Electric mengoptimumkan penjanaan kuasa angin dan solar melalui penyelarasan peringkat tinggi dan kesalinglengkapan. Storan tenaga hibrid dan pengubah suai fasanya menangani penggunaan kuasa yang aktif dan sokongan kuasa reaktif, memastikan penjanaan tenaga baharu boleh diukur, boleh dikawal, stabil dan menguntungkan.

Sistem Hidrogen Bersepadu: Shanghai Electric membangunkan sistem tenaga hidrogen komprehensif yang meliputi pengeluaran, storan, pengisian bahan api dan penggunaan. Dengan memanfaatkan teknologi elektrolisis air beralkali dan PEM yang canggih, Syarikat menawarkan penyelesaian bersepadu untuk kejuruteraan kimia hijau, metalurgi hidrogen, pengangkutan hidrogen dan storan tenaga hidrogen.

Sistem Metanol Hijau Bersepadu: Sistem peralatan bersepadu metanol hijau Shanghai Electric merangkumi pengeluaran hidrogen luar grid kuasa angin, storan hidrogen bergas skala besar, penggasan biojisim dan teknologi sintesis singas kepada metanol kaya CO2. Kaedah pengganding sistem yang inovatif beradaptasi dengan turun naik dalam pengeluaran hidrogen kuasa angin, meningkatkan kecekapan penggunaan hidrogen/karbon boleh baharu dengan ketara.

Industri: Memperkasakan Revolusi Perindustrian Seterusnya

Pembinaan Kapal: Shanghai Electric meningkatkan sektor pembinaan kapal China dengan menyediakan rangkaian produk marin yang komprehensif, termasuk tuangan dan penempaan besar, aci engkol, pam, injap dan pelbagai sistem marin untuk pengurusan air balast, antikarat, rawatan kumbahan serta penjanaan kuasa. Asas perindustrian Syarikat yang kukuh dan pencapaian bekalan yang ketara memberi kedudukan kepadanya untuk pertumbuhan yang berterusan dalam bidang ini

Pengangkutan Darat: Dalam sektor EV, Shanghai Electric menawarkan perkhidmatan komprehensif yang mencakupi reka bentuk loji rendah karbon, peralatan pengeluaran bateri, talian pemasangan pintar dan sistem pengurusan haba. Bagi transit rel, Shanghai Electric ialah pembekal global yang terkemuka bagi peralatan dan sistem elektromekanikal, meliputi lebih 90% keperluan transit rel bandar sekali gus menyediakan penyelesaian penyelenggaraan dan pengurusan kitaran hayat yang terkini.

Aeroangkasa: Shanghai Electric menawarkan perkhidmatan kepada industri aeroangkasa dengan pelbagai penyelesaian pembuatan terkini, termasuk sistem penggerudian dan perivetan automatik, sistem bahan komposit dan talian pemasangan. Syarikat ini membekalkan komponen pesawat yang kritikal seperti avionik, pengikat, bilah enjin dan galas. Bagi sektor angkasa lepas, ia menyediakan sensor tekanan khusus dan pengangkut AGV tugas berat. Dengan memanfaatkan pengetahuan industri dan keupayaan perkongsian datanya, Shanghai Electric mendorong inovasi pembuatan pintar dan menerobos sempadan industri aeroangkasa China.

Semasa Pameran ini, Shanghai Electric turut memberikan gambaran sekilas tentang teknologi pengecasan super masa depannya, mempamerkan Robot Manusia, SEunicloud 5.0 dan penyelesaian tenaga keseluruhan pada masa depan.

 

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Oil/Energy Utilities