TASHKENT, Uzbekistan, 29 September 2024 /PRNewswire/ -- Pada 26 September 2024, SOUEAST Motor menganjurkan Majlis Pelancaran Jenama Global di Tashkent, Uzbekistan. Persidangan ini mendedahkan strategi baharu jenama ini, bersama-sama dengan produk baharu: SUV kelas-D Premium Pintar S09 dan SUV kelas-C Pintar Bandar S07, memulakan lembaran baharu dalam pengembangan global SOUEAST.
Proposisi Baharu Menerajui Gaya Hidup EASE
Semasa Persidangan ini, SOUEAST memperkenalkan slogan jenama baharunya, "EASE YOUR LIFE" ("MUDAHKAN HIDUP ANDA") yang menonjolkan komitmen SOUEAST untuk mengintegrasikan gaya hidup yang santai dan riang ke dalam setiap butiran produk dan perkhidmatannya. SOUEAST turut mengumumkan pembangunan sistem produk dan perkhidmatan baharu yang tertumpu sekitar tiga DNA Produk: BERGAYA, SELESA dan BERTEKNOLOGI HANGAT, memberikan pengalaman EASE kepada belia bandar di tengah-tengah kehidupan pantas mereka.
Pelan Strategik: Berkembang ke lebih 80 Pasaran dalam Lima Tahun
SOUEAST mengintegrasikan sepenuhnya pembekal antarabangsa bertaraf tinggi, sistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) global, teknologi pembuatan pintar, seraya meletakkan asas kukuh untuk strategi globalnya. En. Ke, Naib Presiden SOUEAST Motor, berkata, "Kami menubuhkan 3 pusat pembuatan dan 10 kilang KD di peringkat global dan ketika ini mempunyai 10 pusat R&D global. Dalam tempoh lima tahun akan datang, SOUEAST merancang untuk menembusi lebih 80 pasaran global, seterusnya menubuhkan lebih daripada 1,500 outlet."
Dwi-Model untuk Prajualan: Memperkenalkan Siri Premium Bandar
S09 ialah SUV unggulan, memfokuskan kepada keperluan berulang-alik harian dan perjalanan luar keluarga bagi pengguna elit bandar baharu. Ia memberi tumpuan kepada penampilan yang mewah, ruang 7 tempat duduk yang selesa dan keupayaan pemanduan yang sangat baik. Versi hibrid: S09DM dikeluarkan secara serentak. S07 menawarkan pilihan lima tempat duduk dan juga tujuh tempat duduk, memfokuskan kepada reka bentuk bergaya dan teknologi pintar, bertujuan untuk membawakan pengalaman perjalanan yang selesa dan bergaya kepada pengguna muda baharu. En. Dai, Naib Presiden Eksekutif SOUEAST Motor, menegaskan bahawa, "S09 dan S07 hanyalah permulaan, menandakan penembusan SOUEAST secara rasmi ke dalam pasaran Uzbekistan dan bererti lembaran baharu untuk jenama ini di peringkat global. Dalam tempoh 5 tahun akan datang, kami merancang untuk melancarkan sebelas produk dalam dua segmen serta empat kategori, termasuk SUV dan sedan. Barisan SUV akan meliputi segmen B, C dan D. Produk-produk ini akan merangkumi model ICE, PHEV dan juga BEV untuk masa depan."
Bermula dari Uzbekistan, SOUEAST secara rasminya mengambil langkah pertamanya ke arah globalisasi. Menerusi produk dan perkhidmatan terkemukanya, SOUEAST akan terus melangkaui jangkaan pelanggan, memberikan pengalaman pemanduan yang santai dan menyeronokkan.