omniture

RCI Lantik Jonathan Mills sebagai Pengarah Urusan, RCI Asia Pasifik

RCI Asia-Pacific
2015-01-08 09:00 119

SINGAPURA, 8 Januari 2015 /PRNewswire/ -- RCI, peneraju dunia bagi pertukaran percutian dan sebahagian daripada kumpulan jenama Wyndham Worldwide (NYSE:WYN), baru-baru ini mengumumkan pelantikan Jonathan Mills sebagai pengarah urusan di cawangan rantau Asia Pasifik.

Mills akan berkhidmat sebagai pemimpin kanan RCI, mengetuai pelaksanaan keutamaan strategik merentasi pasaran Asia Pasifik. Beliau bakal bertanggungjawab untuk memacu pertumbuhan perniagaan sambil memberi nilai kepada ahli dan rakan sekutu RCI® di rantau yang pesat membangun ini. Beliau akan ditempatkan di pejabat Singapura RCI, dan akan melapor terus kepada Gordon Gurnik, presiden RCI.

"Sebagai pemimpin industri dengan bertahun-tahun pengalaman dalam sektor hospitaliti di Asia, Jonathan adalah seorang pemimpin dan pakar perangka strategi yang terbukti," kata Gurnik. "Pengetahuan yang luas, kepakaran profesional, serta rekod prestasi kejayaan beliau yang mengagumkan akan menambah nilai tinggi kepada RCI, dan kami berbangga dapat mengalu-alukan kedatangan beliau kepada syarikat ini."

Pengalaman Mills selama tempoh sepuluh tahun dengan InterContinental Hotels Group (IHG), yang mana baru-baru ini beliau berkhidmat sebagai Ketua Operasi untuk Holiday Inn Express dan IHG Shared Services yang berpusat di Bangkok, Thailand. Sepanjang kerjaya beliau selama 25 tahun, beliau juga pernah bekerja untuk syarikat-syarikat terkemuka seperti Forte & Le Meridien Hotels and Resorts, Sodexho Prestige dan Hilton International.

Untuk maklumat lanjut mengenai RCI, layari RCI.com atau  RCIAffiliates.com.  

Latar Belakang RCI
RCI merupakan peneraju dunia bagi pertukaran percutian dengan hampir 4,500 pusat peranginan bersekutu di lebih 100 buah negara. RCI merintis konsep pertukaran percutian pada 1974, menawarkan ahli dengan keflesibelan dan kepelbagaian yang lebih dalam pengalaman pemilikan percutian mereka. Hari ini, melalui program RCI Weeks® iaitu sistem pertukaran mengikut minggu, dan program RCI Points®, iaitu sistem pertukaran berasaskan mata global pertama dalam industri, RCI menyediakan pilihan percutian yang fleksibel kepada kira-kira 3.7 juta pelanggan RCI setiap tahun. Program pertukaran mewah RCI, The Registry Collection®, merupakan program terbesar seumpamanya di dunia, dengan kira-kira 200 hartanah bersekutu, sama ada boleh digunakan untuk pertukaran atau masih dalam proses pembangunan di enam benua. RCI merupakan sebahagian daripada kumpulan jenama Wyndham Exchange & Rentals dan Wyndham Worldwide (NYSE: WYN). Sebarang maklumat tambahan lawati pusat media kami atau layari rciaffiliates.com. RCI juga boleh didapati di Facebook, YouTube dan Twitter.

MAKLUMAT PERHUBUNGAN MEDIA:

Tania Sim
+65-6412-2128
Tania.sim@rci.com

 Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141219/8521407668LOGO 

Sumber: RCI Asia-Pacific

Source: RCI Asia-Pacific
Related Stocks:
NYSE:WYN
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Personnel announcements