omniture

Zoomlion Lancar Trak Perlombongan Pemacu Elektrik Hibrid Terbesar Dunia, Tetapkan Penanda Aras Baharu untuk Kecekapan dan Kemampanan

Zoomlion
2024-10-01 04:43 13

CHANGSHA, China, 1 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Pada 27 September 2024, Zoomlion melancarkan ZTE520, trak perlombongan pemacu elektrik hibrid terbesar di dunia, daripada barisan pengeluaran pintarnya, menandakan kemajuan yang amat besar dalam teknologi perlombongan.


Dengan dimensi melebihi sembilan meter lebar dan tujuh meter tinggi, trak ini mempunyai kapasiti muatan 300 tan dan jumlah berat maksimum melebihi 520 tan. Dilengkapi dengan sistem kuasa hibrid canggih yang menggabungkan enjin diesel 16-silinder, 52-liter, 2100-kuasa kuda dengan bateri hibrid terbesar dalam industri, ZTE520 mengatasi model konvensional. Pemacu elektriknya yang inovatif dan sistem pemacu hab roda tork tinggi mencapai penjimatan tenaga sehingga 15% sekali gus mengekalkan jangka hayat selama lebih 60,000 jam, lalu mencapai keseimbangan yang sempurna antara kuasa dan kecekapan tenaga.

ZTE520 berintegrasi lancar dengan mesin pengorek perlombongan besar Zoomlion, menjadikannya penyelesaian yang ideal untuk operasi perlombongan lubang terbuka berskala besar dengan pengeluaran tahunan melebihi 30 juta tan. Sinergi ini meningkatkan kecekapan operasi dan menyokong pembinaan inisiatif perlombongan hijau. Semua komponen utama ZTE520 dibangunkan dan dihasilkan secara bebas oleh Zoomlion, memastikan kestabilan rantaian bekalan dan mengurangkan kos pengguna dengan ketara.

Yuan Ye, penolong presiden Zoomlion, menekankan kepentingan pelancaran ini, dengan menyatakan, "ZTE520 mencerminkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi teknologi yang berterusan. Ia bukan sahaja memperlihatkan kejayaan kami dalam pasaran global tetapi turut meningkatkan kecekapan operasi dan mengurangkan kos untuk pelanggan kami. Kemajuan ini penting dalam menyokong pembangunan mampan industri perlombongan."

Majlis pelancaran dihadiri oleh lebih 200 tetamu, termasuk eksekutif utama seperti Huang Qun, naib presiden Zoomlion; Yuan Ye, penolong presiden Zoomlion; dan Liu Haitao, timbalan pengurus besar CRRC Zhuzhou Institute.

Tatkala Zoomlion terus menerobos sempadan inovasi, ia tetap berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian peralatan perlombongan bersepadu yang bertaraf tinggi. Menerusi pelancaran ZTE520, Zoomlion memperkukuh kedudukannya dalam pasaran peralatan perlombongan bertaraf tinggi dan menunjukkan komitmennya terhadap pembangunan yang mampan dan berkualiti tinggi dalam pembuatan peralatan termaju.

Latar Belakang Zoomlion 

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pembuatan peralatan bertaraf tinggi yang mengintegrasikan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual lebih daripada 600 produk canggih daripada 55 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori penting. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Zoomlion.

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Transportation