omniture

Pan Pacific Hotels Group bakal Urus Pan Pacific Siam Bangkok

Pan Pacific Hotels Group
2024-10-02 20:53 21

Menara pejabat sedia ada di pusat Bangkok akan ditukar menjadi hotel mewah bertingkat tinggi

SINGAPURA, 2 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Pan Pacific Hotels Group (PPHG) dilantik untuk mengurus Pan Pacific Siam Bangkok, yang akan ditukar daripada bangunan pejabat ikonik yang terletak di tengah-tengah ibu kota yang sibuk. Ini menandakan satu lagi kejayaan dalam pengembangan strategik PPHG ke Bangkok, susulan penandatanganan perjanjian dengan Pan Pacific Serviced Suites Bangkok di daerah Thong Lo yang meriah. Kedua-dua hartanah akan membawa jenama terkenal Pan Pacific iaitu Graceful Luxury dan layanan baik yang teliti ke ibu kota Thailand yang dinamik. PPHG ialah subsidiari hotel milik penuh UOL Group Limited (UOL), salah satu pemaju yang terkemuka di Singapura.


Dalam majlis penandatanganan bagi menandakan perkongsian antara Pan Pacific Hotels Group dan Siam Motors Co., Ltd., pelopor dan syarikat paling lama bertapak di Thailand dalam industri automotif, untuk membangunkan hotel mewah, Choe Peng Sum, Ketua Pegawai Eksekutif Pan Pacific Hotels Group berkata, "Dengan kejayaan baru-baru ini dalam pembangunan Pan Pacific London yang memenangi anugerah dan Pan Pacific Orchard di Singapura oleh UOL, Kumpulan ini berada di kedudukan unik untuk membina kepakaran kami dan pengalaman perkhidmatan teknikal PPHG dalam penggunaan semula adaptif aset yang kurang digunakan. Kami teruja untuk bekerjasama dengan Siam Motors Co., Ltd., yang berkongsi visi kami untuk melancarkan Pan Pacific Siam Bangkok yang tersendiri."

En. Prakasit Phornprapha, Presiden Siam Motors Co., Ltd. berkata "Kolaborasi kami bersama PPHG menandakan lembaran baharu yang menarik dalam mengembangkan perniagaan hospitaliti kami. Dengan mengubah lokasi utama, yang dahulunya merupakan sebuah bangunan pejabat ikonik, kepada sebuah hotel moden, kami bukan sahaja menghidupkan semula ruang ini tetapi turut mencipta mercu tanda yang baharu di Bangkok. Projek ini menegaskan komitmen kami terhadap inovasi dan menyampaikan pengalaman yang luar biasa, menjadikan hotel ini sebagai tarikan masa depan baik untuk tetamu tempatan mahupun antarabangsa."

Pengubahsuaian dan pengoptimuman susun atur untuk memenuhi standard jenama ini akan disiapkan menjelang tahun 2027, membawa intipati jenama tersendiri dengan kemewahan yang anggun kepada salah satu destinasi yang paling dicari-cari di dunia. Seluruh muka bangunan pada bangunan sedia ada akan dilitupi semula, manakala reka bentuk dalaman akan dibangunkan melalui kolaborasi bersama pereka hospitaliti yang terkenal di dunia, Hirsch Bedner Associates.

Terletak di daerah komersial yang meriah di Pathumwan, lokasi utama Pan Pacific Siam Bangkok menawarkan akses mudah ke tempat tarikan utama, pilihan hiburan dan pengangkutan awam, termasuk BTS Skytrain yang menyediakan sambungan mudah ke bahagian lain di bandar ini. Hotel 18 tingkat ini akan menawarkan 220 bilik dan suite yang luas dan serba lengkap dengan pemandangan bandar yang menakjubkan, bermula daripada keluasan 37 meter persegi hingga 163 meter persegi yang luas. Kemudahan istimewa termasuk Pacific Club Lounge, sebuah restoran khusus dan sebuah tempat menjamu selera sepanjang hari. Para tetamu boleh menikmati tahap serba baharu yang dikhususkan untuk kesihatan, yang menampilkan gimnasium 24/7 yang serba lengkap, bilik yoga, kemudahan wap dan sauna, teres luar dan kolam renang. Pan Pacific Siam Bangkok juga mempunyai dewan tari-menari yang canggih dan ruang mesyuarat serba guna, menjadikannya pilihan yang ideal untuk pengembara perniagaan dan juga pengembara senggang.

Thailand terus mengalu-alukan jumlah pengunjung asing yang semakin meningkat yang mencatatkan lebih daripada 17.5 juta1 pengunjung antarabangsa antara Januari dan Jun 2024, dengan ketibaan pelancong dijangka melonjak kepada 36.1 juta2 menjelang akhir tahun. Pelaksanaan skim pemudahan visa dan pengangkutan udara yang lebih baik akan memudahkan lagi sasaran negara untuk mencapai lebih daripada dua kali ganda ketibaan pelancongnya kepada 80 juta menjelang tahun 20273.

Pelancaran Pan Pacific Siam Bangkok memperkukuh kehadiran PPHG yang semakin meningkat di ibu negara Thailand. Dengan hampir 30 hotel, pusat peranginan dan suite servis Pan Pacific di 22 bandar, PPHG terus memacu pengembangan jenama ini ke destinasi-destinasi utama, termasuk pembangunan di Kyoto, Phnom Penh dan seterusnya, memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju dalam hospitaliti mewah.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.panpacific.com.

Latar Belakang Pan Pacific Hotels Group Limited 

Pan Pacific Hotels Group ialah sebuah syarikat hospitaliti global yang memiliki dan mengurus lebih 50 hotel, pusat peranginan dan suit servis yang terdiri daripada tiga jenama - "Pan Pacific", PARKROYAL COLLECTION dan PARKROYAL di lebih daripada 30 bandar di seluruh Asia Pasifik, Amerika Utara dan Eropah. Beribu pejabat di Singapura, ia merupakan ahli UOL Group Limited tersenarai di Singapura.

Pan Pacific Hotels and Resorts menyampaikan perkhidmatan yang tulus dan bersopan santun kepada setiap tetamu dengan keghairahan untuk mencapai kecemerlangan.

PARKROYAL COLLECTION Hotels & Resorts didorong oleh keghairahan kami terhadap kehidupan dan kelestarian.

PARKROYAL Hotels & Resorts dibezakan oleh keghairahannya terhadap orang ramai dan tempat, membawa keasyikan kepada setiap tetamu dalam budaya tempatan dan asli.

Kunjungi www.panpacific.com.

Pan Pacific DISCOVERY 

Pan Pacific DISCOVERY ialah program kesetiaan yang direka untuk meningkatkan pengalaman setiap tetamu. Ahli-ahli boleh menikmati faedah DISCOVERY Dollars (D$), mata wang ganjaran digital mesra pengguna, memberikan diskaun eksklusif untuk kadar bilik, pengalaman menjamu selera dan banyak lagi. Dengan perkembangan setiap peringkat, ahli-ahli meningkatkan status mereka bagi mendapatkan keistimewaan yang dipertingkat dan peluang untuk memperoleh dan membelanjakan D$ ke atas kemudahan dan pengalaman hotel premium, termasuk outlet menjamu selera yang dimiliki oleh Pan Pacific Hotels Group di seluruh dunia. Pan Pacific DISCOVERY merupakan ahli Global Hotel Alliance (GHA), pakatan hotel bebas yang terbesar di dunia dengan 40 jenama dan lebih 800 hotel di serata dunia. 

Untuk menjadi ahli, kunjungi panpacific.com.

 

Source: Pan Pacific Hotels Group
Keywords: Banking/Financial Service Hotels and Resorts Travel