CHANGZHOU, China, 3 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Kilang Trinasolar di Yancheng, wilayah Jiangsu, diberikan pensijilan tiga bintang tapak pelupusan sisa sifar dan kilang karbon sifar (Jenis I) oleh TÜV Rheinland, menjadi syarikat pertama yang memperoleh sijil tapak pelupusan sisa sifar dan yang pertama dalam industri PV memperoleh kedua-dua sijil daripada TÜV Rheinland. Ini menetapkan standard baharu dalam industri dan sekali lagi menekankan usaha tanpa henti Trinasolar dalam pembangunan mampan.
Kilang Yancheng melaksanakan banyak langkah pengurangan sisa, termasuk menganjurkan latihan untuk kakitangan dalam menjimatkan tenaga dan mengurangkan sisa, menyeragamkan keperluan operasi dan menambah baik penggunaan semula bahan. Dengan usaha sedemikian ia mengurangkan sisa sebanyak lebih daripada 45 tan, menggunakan semula lebih daripada 300 tan sisa dan mengitar semula lebih daripada 15,000 tan sisa. Tahun lalu emisi karbon seunit pengeluaran (tCO2e/MW) kilang Yancheng adalah 15.17% kurang daripada tahun 2022, dicapai melalui strategi seperti memasang modul PV di atas bangsal kereta dan menaik taraf sistem penyejukan.
Dalam bulan Jun TÜV Rheinland menilai sistem dan amalan pengurusan sisa dari segi kilang karbon sifar dan kilang Yancheng memperoleh pensijilan "tiga bintang sisa sifar ke tapak pelupusan", tahap yang tertinggi, hasil daripada kadar pengalihan sisanya yang mencapai 99.58%. Dari segi karbon sifar, kilang ini menunjukkan kecemerlangan dalam lapan cara: keperluan pematuhan; keperluan pengurusan; infrastruktur; sistem pengurusan maklumat pintar emisi tenaga dan karbon; penggunaan tenaga dan sumber; reka bentuk produk mesra alam; pelaksanaan pengurangan gas rumah hijau; dan pengimbangan karbon. Dengan skor keseluruhan yang cemerlang dan hasil pengurangan emisi yang ketara, justeru itu TÜV Rheinland menganugerahi kilang ini dengan Sijil Kilang Karbon-sifar.
Trinasolar, dengan konsep pengurusan kemampanan SOLARnya, memikul tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh terhadap alam sekitar dan masyarakat dan benar-benar sedar sejauh mana operasi dan pengeluarannya memberi kesan ke atasnya. Tahun lalu syarikat ini mewujudkan sistem sifar bersih, meliputi "operasi sifar bersih, rantaian nilai sifar bersih dan produk sifar bersih" dan menyatakan ia bertujuan untuk mencapai keneutralan karbon di peringkat organisasi dan operasi global menjelang tahun 2030.
Helena Li, presiden eksekutif Trinasolar, berkata: "Kilang Yancheng kami dianugerahkan kedua-dua sijil ini merupakan suatu penghormatan yang luar biasa untuk syarikat kami. Mereka mengiktiraf bukan sahaja usaha kami selama bertahun-tahun tetapi juga kepentingan kejayaan kami dalam operasi sifar bersih kami. Sijil-sijil ini akan memberi inspirasi kepada kami untuk terus melakukan yang terbaik demi menyumbang kepada masa depan sifar bersih."