omniture

MICROIP dan Ho Chi Minh City University of Foreign Languages and Information Technology Vietnam Tandatangani MOU Galakkan Pembangunan Semikonduktor dan Kecerdasan Buatan

MICROIP
2024-10-10 00:10 2

TAIPEI, 10 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- MICROIP dan Ho Chi Minh City University of Foreign Languages and Information Technology (HUFLIT) Vietnam telahpun menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) secara rasmi untuk memulakan kerjasama yang luas dalam bidang Reka Bentuk Litar Bersepadu (IC) dan Kecerdasan Buatan (AI). MOU ini ditandatangani oleh Dr. James Yang, Pengerusi MICROIP dan Dr. Nguyen Anh Tuan, Presiden HUFLIT, bagi menjalin perkongsian yang erat dalam pengantarabangsaan pendidikan dan inovasi teknologi tinggi.

Dr. James Yang, Chairman of MICROIP (right), and Dr. Nguyen Anh Tuan, President of Ho Chi Minh City University of Foreign Languages and Information Technology (HUFLIT) (left), signed a Memorandum of Understanding
Dr. James Yang, Chairman of MICROIP (right), and Dr. Nguyen Anh Tuan, President of Ho Chi Minh City University of Foreign Languages and Information Technology (HUFLIT) (left), signed a Memorandum of Understanding

Sebagai sebahagian daripada kolaborasi ini, HUFLIT membeli lebih USD 1 juta harta intelek reka bentuk IC serta perkakasan dan perisian berkaitan semikonduktor daripada MICROIP. Pembelian ini termasuk papan pembangunan FPGA daripada siri Trion dan Titanium, IP Pengawal Ingatan, DDR, HyperRAM, SDRAM, RISC-V SoC IP, IP pengawal MIPI DSI/CSI Tx/Rx, IP Eternet dan perisian Efinix Efinity IDE. Sumber-sumber ini akan digunakan dalam kursus pendidikan berkaitan semikonduktor universiti bagi membantu Vietnam memupuk lebih ramai ahli profesional semikonduktor yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Menurut MOU ini, MICROIP akan membantu HUFLIT dalam membangunkan secara bersama pelbagai bidang semikonduktor utama, termasuk kecerdasan buatan, reka bentuk litar bersepadu, pemupukan bakat, penubuhan pusat penyelidikan dan pembangunan, pembangunan perisian dan program pensijilan kursus. Ini akan meningkatkan dengan ketara keupayaan universiti dalam inovasi teknologi dan pendidikan teknikal profesional serta menggalakkan pembangunan jangka panjang dalam pertukaran teknikal dan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Dr. James Yang menyatakan, "MICROIP amat berbesar hati dapat berkolaborasi dengan HUFLIT untuk bersama-sama menggalakkan pemupukan bakat antarabangsa dan inovasi teknologi dalam bidang semikonduktor dan AI. MICROIP akan memanfaatkan sepenuhnya kepakaran profesionalnya dalam reka bentuk IC dan AI bagi memberi sumbangan yang besar kepada pendidikan teknologi tinggi serta pembangunan industri Vietnam dan ini juga merupakan aspek utama dalam pelaksanaan pasaran global kami."

Perikatan antara MICROIP dan HUFLIT merupakan salah satu contoh pertama dalam sejarah pendidikan Vietnam di mana sebuah universiti Vietnam dan sebuah syarikat semikonduktor Taiwan terlibat dalam kolaborasi industri-akademik. Kedua-dua pihak juga merancang untuk mempromosikan model kolaborasi ini kepada lebih banyak universiti di Vietnam, meluaskan pengaruh sistem pengajian tinggi Vietnam dalam bidang semikonduktor dan AI serta mempererat kolaborasi bersama antara Taiwan dan Vietnam dalam industri semikonduktor.

Presiden Dr. Nguyen Anh Tuan menyatakan, "Kerjasama bersama MICROIP ini mempunyai kepentingan yang besar untuk pengajian tinggi Vietnam. Melalui perjanjian ini, kami berharap dapat meningkatkan dengan ketara tahap penyelidikan dan pengajaran semikonduktor di universiti kami, mewujudkan asas kukuh untuk industri semikonduktor Vietnam yang berkembang pesat dan memupuk lebih ramai bakat teknologi yang berdaya saing di peringkat global."

Kerjasama ini bukan sahaja mengukuhkan pertukaran antara kedua-dua pihak dalam bidang semikonduktor dan kecerdasan buatan bahkan turut menyuntik kevitalan baharu ke dalam pengajian tinggi dan industri teknologi tinggi Vietnam.

Latar Belakang MICROIP 
Ditubuhkan di Taiwan, MICROIP mengkhusus dalam perkhidmatan reka bentuk IC, perkhidmatan reka bentuk AI dan platform pelesenan IP. Syarikat berdedikasi untuk membantu pelanggan membangunkan cip tersuai, memendekkan masa pembangunan dengan ketara dan mengurangkan kos. Platform pelesenan IPnya membolehkan pelbagai perniagaan membeli dan menggunakan IP melahu, mempercepat proses reka bentuk dan meningkatkan nilai IP. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi MICROIP: www.micro-ip.com

 

Source: MICROIP
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Contracts