omniture

Buat Julung Kalinya Program 'Become A USANA Coach': Sebuah Kejayaan Cemerlang dan Langkah Menuju Komuniti yang Lebih Sihat

USANA Malaysia
2024-10-10 19:53 5

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- USANA berasa teruja untuk mengumumkan kejayaan cemerlang Program 'Become A USANA Coach' yang julung kalinya diadakan di Pusat Persidangan & Acara The Vertical, Connexion, Grand Summit Ballroom (Tingkat M1), Bangsar South. Acara ini telah menarik lebih 970 pengedar yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan kesihatan dan kepintaran perniagaan mereka, semuanya demi mempromosikan kesihatan yang lebih baik dalam komuniti mereka.

Buat Julung Kalinya Program ‘Become A USANA Coach’: Sebuah Kejayaan Cemerlang dan Langkah Menuju Komuniti yang Lebih Sihat!
Buat Julung Kalinya Program ‘Become A USANA Coach’: Sebuah Kejayaan Cemerlang dan Langkah Menuju Komuniti yang Lebih Sihat!

Program ini dihasilkan bukan sahaja untuk mendidik pengedar tetapi juga memainkan peranan penting dalam membantu komuniti kembali sihat dengan mempromosikan kesejahteraan proaktif dan pengambilan pemakanan yang disokong secara saintifik. Ilmu dan kemahiran yang diperoleh akan memperkasakan peserta untuk bertindak sebagai duta kesihatan, berkongsi pengetahuan berharga bersama keluarga, rakan serta pelanggan, sekali gus memupuk gaya hidup yang lebih sihat di seluruh Malaysia.

"Inisiatif ini selaras dengan visi kami untuk mewujudkan 'Keluarga Tersihat di Dunia,' lantas menegaskan komitmen kami untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan semua orang," kata Sabrina Khoo, Pengurus Besar USANA Malaysia.

Sorotan Utama daripada Program:

  1. Dr. Rob Sinnott, Ketua Pegawai Saintifik USANA, berkongsi tentang keunikan USANA. Beliau menekankan usaha penyelidikan dan pembangunan hebat dan kerjasama dengan institusi terkemuka untuk meningkatkan penyelesaian kesihatan kami. Dr. Rob Sinnott memperkenalkan USANA InCelligence Technology, teknologi yang dipatenkan (no. paten:10632101) serta kaedah rumusan yang menyokong fungsi normal dalam badan.

  2. Indra Balaratnam memberikan pandangan penting tentang "Suplemen Pemakanan vs. Perubatan." Perbincangannya menekankan peranan penting suplemen dalam kesihatan pencegahan serta menyerlahkan kepentingannya dalam gaya hidup kini yang serba pantas.

  3. Dr. Wendy Zhu menyampaikan pembentangan yang menarik tentang cara Perubatan Barat, Perubatan Tradisional Cina (TCM) dan Pemakanan masing-masing memainkan peranan yang berbeza tetapi saling melengkapi dalam menyediakan penyelesaian kesihatan yang komprehensif.

  4. Vincent Wong, Pemimpin Jualan 25 Teratas USANA Malaysia 2023, menyediakan strategi praktikal yang tidak boleh didapati di mana-mana untuk menangani bantahan dengan berkesan semasa pembentangan produk pemakanan.

Program 'Become A USANA Coach' menunjukkan komitmen USANA yang teguh untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan di Malaysia. Melalui program ini, USANA bukan sahaja memperkasakan individu untuk mengawal kesihatan mereka tetapi juga menyediakan platform untuk membina perniagaan yang berjaya. Dengan memupuk gaya hidup yang lebih sihat, program ini menyumbang kepada kesejahteraan jangka panjang rakyat Malaysia dan menyokong usaha berterusan negara untuk menggalakkan kesedaran kesihatan serta langkah-langkah pencegahannya.

"Usaha kami tidak berhenti di sini. Dengan kejayaan Program 'Become A USANA Coach' yang pertama di Malaysia, kami akan terus memberikan impak kepada masyarakat menerusi latihan kedua kami pada Mac 2025." kata Chiara Lok, Pengurus Kanan Pemasaran, USANA Malaysia.

Tentang USANA

USANA ialah sebuah syarikat global dalam industri kesihatan dan kesejahteraan, yang terkenal dengan produk pemakanan berasaskan sains dan dedikasi kepada kesejahteraan pelanggannya. Dengan komitmen terhadap inovasi, integriti dan kecemerlangan, USANA memperkasakan individu untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan membina perniagaan yang mampan melalui produk kesihatan dan program pendidikannya yang berkualiti.

Source: USANA Malaysia
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Trade show news Fitness/Wellness