omniture

Bekerjasama dengan Designed for Xbox, Hisense Lancar Projektor Mini Pintar Laser 4K Terunggul C2 Ultra

Hisense
2024-10-11 12:55 20

QINGDAO, China, 11 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan perkakas rumah global, hari ini melancarkan projektor laser tiga warna tulen yang paling canggih, Projektor Mini Pintar Laser 4K C2 Ultra. Diperakui dengan 'Designed for Xbox', tambahan terkini kepada rangkaian C2 premium ini memberi jaminan kepada pemain dengan pengalaman 65-300 inci yang imersif dengan kualiti audio-visual yang luar biasa, menjadikannya projektor terunggul.

Hisense Launched 4K Laser Smart Mini Projector C2 Ultra
Hisense Launched 4K Laser Smart Mini Projector C2 Ultra

Nikmati corak permainan intensif selembut sutera, hiper-pantas dengan lamban atau kegagapan sistem ultra-rendah, hasil daripada Mod Kependaman Auto-Rendah, teknologi MEMC dan mod Permainan, dengan kadar segar semula sehingga 240 bingkai sesaat yang menyampaikan imej bebas kabur. Pemain bersedia untuk meningkatkan pengalaman permainan mereka ke tahap tinggi yang baharu, dengan C2 Ultra menjadi projektor terunggul Designed for Xbox.

C2 Ultra memberikan kualiti gambar peringkat seterusnya dengan gamut warna 110% BT.2020, 3000 lumen ANSI, IMAX Enhanced dan pensijilan Dolby Vision. Ia memberikan pengalaman sinematik yang imersif dengan kecerahan dan kontras yang luar biasa dan dalam masa yang sama tidak menghasilkan sinaran cahaya biru yang berbahaya. Bersiap sedia untuk mengalami filem aksi yang imersif dan jelas di rumah anda sendiri, seperti yang dimaksudkan oleh pembikin filem!

C2 Ultra menawarkan persediaan serba boleh untuk dinding, siling atau lantai di ruang kediaman anda. Reka bentuk gimbal, zum optik dan fungsi penentukuran automatik membolehkan penayangan ke atas pelbagai permukaan, menjangkau antara 65-300 inci, dengan nisbah kecerahan dan kontras yang tinggi bagi memastikan imej yang menakjubkan, walaupun dalam persekitaran yang terang. Menyokong permainan skrin-pisah, ia boleh menukar serta-merta bilik anda menjadi syurga bagi keseronokan berbilang pemain.

Kualiti gambar premium dipadankan dengan prestasi audio yang luar biasa. Subwufer terbina dalam 1.2L yang direka dengan teliti memberikan bes tepat yang mendebarkan dan bunyi frekuensi rendah yang kuat, membawakan pengalaman permainan atau menonton filem yang hebat atau membangkitkan emosi muzik untuk peminat audio. Sistem bunyi JBL saluran 2.1 menghidupkan audio yang imersif dengan bunyi keliling 3D DTS® Virtual:X™.

C2 Ultra dijadualkan untuk dilancarkan di peringkat global pada 10 Oktober, memaparkan kualiti gambar yang unik, pengalaman audio terbaik dan skrin besar untuk keseronokan permainan.

Latar Belakang Hisense 

Hisense ialah jenama perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna global yang terkemuka serta rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di peringkat global bagi penghantaran TV dan No. 1 bagi TV 100" pada tahun 2023 dan juga H1 2024. Syarikat berkembang pantas untuk beroperasi di lebih 160 negara dan mengkhusus dalam barangan multi-media, perkakas rumah dan maklumat IT pintar.

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services