PARIS, 11 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Semasa berlangsungnya Network X of Broadband World Forum (BBWF) 2024 yang diadakan di Paris, Perancis, Huawei iFTTR OptiXstar F50, produk FTTR+X yang pertama dalam industri, memenangi anugerah "Perkhidmatan Wi-Fi Dalam-Rumah Terkemuka". Sejak tahun 2019, Huawei memenangi enam anugerah berturut-turut dalam bidang jalur lebar. Anugerah ini juga menunjukkan bahawa pembangunan FTTR+X yang berkualiti tinggi diiktiraf oleh industri dan memperlihatkan pengiktirafan industri terhadap inovasi berterusan Huawei.
Sebagai perintis dan peneraju dalam industri FTTR, Huawei terus memimpin pembangunan FTTR. Sejak pelancaran produk FTTR pertama dalam industri pada tahun 2020, kini Huawei membangunkan produk iFTTR generasi keempat OptiXstar F50. Ia merupakan produk rumah pintar semua-optik FTTR+X yang pertama dalam industri, dengan lebih daripada satu juta penghantaran pada masa ini.
Huawei iFTTR OptiXstar F50 membina asas rumah pintar baharu berdasarkan keupayaan teras "1+4+N" dan menaik taraf sambungan, pengalaman, aplikasi dan perkhidmatan secara berterusan. "1" mewakili hab rumah pintar, yang dibina berdasarkan teknologi Wi-Fi 7 yang terkini, enjin AI teragih yang inovatif dan seni bina C-WAN 1.5 optik+Wi-Fi untuk menyediakan kepada pengguna dengan pengalaman Wi-Fi kelas-pembawa yang berkualiti tinggi. "4" mewakili empat keupayaan: kesedaran Wi-Fi, storan tertumpu NAS setempat + cakera awan FTTR, kuasa pengkomputeran dikongsi AI Core khusus serta kawalan rumah pintar Harmony sumber-terbuka, bagi membawa pengalaman rumah yang lebih pintar kepada pengguna. "N" mewakili berbilang keupayaan perkhidmatan rumah pintar tertumpu, seperti kolaborasi pengkomputeran dan storan, kolaborasi sensor-visual-storan dan kolaborasi data untuk menyokong pelbagai aplikasi tertumpu FTTR+X, termasuk AI+storan, hos pengkomputeran, pengawal rumah, pengurusan dan kawalan rumah pintar serta penjagaan kesihatan AI, menambah baik dan memperkaya selanjutnya pengalaman perkhidmatan rumah pintar pengguna.
Penaiktarafan sambungan: Huawei menjadi peneraju dalam pembangunan teknologi Wi-Fi 7, dan menduduki kedudukan No. 1 di dunia dari segi standard dan paten Wi-Fi 7, menyumbang 561 standard dan paten, menyumbang sebanyak 24% daripada jumlah keseluruhan. Latar belakang teknikal yang mendalam membolehkan Huawei memiliki kelebihan teknikal yang unik dalam pembangunan FTTR Wi-Fi 7. Dengan penghantaran lebih 1 juta set pada masa ini, OptiXstar F50 merupakan produk yang benar-benar menjadikan Wi-Fi 7 popular dan memungkinkan liputan Wi-Fi 2000 Mbps seluruh-rumah. Hasil daripada seni bina tertumpu optik+Wi-Fi yang inovatif, ia menyokong sehingga 256 peranti serentak, mengupayakan rangkaian peranti pintar berkelajuan tinggi dalam sebuah rumah, menghapuskan pembekuan bingkai dan meminimumkan kependaman.
Penaiktarafan pengalaman: iFTTR memayakan rangkaian Wi-Fi keseluruhan menjadi titik penghala Wi-Fi super dan menggunakan penyegerakan jam yang tepat untuk memendekkan kependaman perantauan kepada 10 ms dan memastikan kehilangan paket sifar semasa perantauan. Selain itu, F50 merupakan salah satu produk pertama yang diperakui oleh World WLAN Application Development Alliance (WAA) untuk keupayaan Wi-Fi berkualiti tinggi, memastikan pengalaman rumah digital yang premium untuk pengguna.
Aplikasi pintar: F50 menggunakan semula perkakasan dan keupayaan AI peranti iFTTR. Ia diintegrasikan dengan peranti iFTTR bagi membentuk modul storan bersaiz kecil dengan penggunaan kuasa yang rendah, dan membolehkan pengendali menyediakan kepada pengguna dengan perkhidmatan storan rumah semua-optik kelas-pembawa tertumpu peranti-awan yang menyepadukan telefon bimbit, storan rumah dan cakera awan pengendali. Selain itu, ia mengintegrasikan berbilang keupayaan perkhidmatan rumah pintar, seperti rumah tertumpu optik-visual dan selamat IoT, seterusnya memulakan era baharu penumpuan aplikasi pintar FTTR+X.
Penaiktarafan perkhidmatan: Penyelesaian kabel lutsinar ikatan kendiri yang unik daripada Huawei tidak bergantung pada alatan profesional dan boleh digunakan dengan cepat seperti pita pelekat. Masa penggunaan bagi setiap titik data dipendekkan kepada 15 minit. Di samping itu, pemasangan layan diri oleh pengguna disokong, seraya membantu pengendali mengurangkan kos pemasangan dan penyelenggaraan FTTR.
Dalam era Internet Segala-galanya (IoE), FTTR menjadi hab sambungan yang amat diperlukan dalam persekitaran rumah dan jambatan serta pangkalan untuk menyambungkan pelbagai peranti pintar. Huawei akan terus meningkatkan pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi dalam bidang FTTR. Dengan menggabungkan teknologi dan amalan inovatif serta memfokuskan kepada keupayaan teras 1+4+N, Huawei dapat membantu pengendali membina hab sambungan optik rumah pintar dalam era AI, meningkatkan pengalaman perkhidmatan rumah pintar secara komprehensif dan mempercepat evolusi kepada dunia pintar.