Perkongsian Strategik untuk Permainan Klasik PC Online Kegemaran
SINGAPURA, 14 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Gravity Game Hub, subsidiari Gravity Co., Ltd. (NasdaqGM: GRVY), peneraju global bagi pembangunan dan penerbitan permainan dalam talian, dan Softnyx, pencipta asal Gunbound, hari ini mengumumkan perkongsian strategik untuk membawa kembali permainan artileri yang digemari kepada pemain di seluruh dunia.
Kolaborasi ini memperlihatkan pencapaian penting untuk kedua-dua syarikat tatkala kedua-duanya menggabungkan kekuatan masing-masing untuk menghidupkan semula permainan klasik PC Online. Gravity membawakan kepakaran penerbitannya yang luas, diasah melalui kejayaan seperti francais Ragnarok Online yang diiktiraf di peringkat global, manakala Softnyx menyumbang pemahamannya yang mendalam tentang corak permainan dan komuniti Gunbound, memastikan pengalaman yang autentik dan menarik untuk peminat lama dan juga pemain baharu.
Visi Bersama untuk Kebangkitan Gunbound
"Walaupun Ragnarok Online menjadi asas bagi kejayaan kami, kami memahami kepentingan mempelbagaikan portfolio permainan kami. Jenama kukuh Gunbound dan kumpulan peminat yang berdedikasi sejajar dengan strategi pertumbuhan kami. Sebagai klasik yang digemari yang sepadan dengan segmen audiens yang berbeza, kami bermatlamat untuk menghidupkan semula semangat dan keterujaan yang pernah dicetuskan olehnya dalam kalangan pemain, mencipta pengalaman segar dan menarik untuk pemain sedia ada dan juga pemain baharu," kata Harry Choi, Presiden Gravity Game Hub.
Gunbound, terkenal dengan corak permainan yang bergerak pantas, kompetitif dan komuniti yang bertenaga, menawan hati berjuta-juta pemain semasa keluaran awalnya. Menyedari populariti permainan yang berkekalan dan permintaan yang padu daripada peminat, Gravity berusaha untuk bekerjasama dengan pencipta asal bagi memastikan kebangkitan yang autentik dan setia.
Softnyx, menerusi pemahamannya yang mendalam tentang alam sejagat Gunbound dan rekod prestasi yang terbukti dalam pembangunan permainan, merupakan rakan kongsi yang ideal untuk menghidupkan semula permainan ikonik ini. "Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Gravity bagi memperkenalkan Gunbound kepada khalayak yang lebih luas, terutamanya di rantau SEA dan LATAM. Matlamat kami adalah untuk mencipta pengalaman permainan yang tidak dapat dilupakan yang merangkum intipati asal dan dalam masa yang sama menggabungkan ciri-ciri dan peningkatan moden," kata Lim Choon Geun, Ketua Pegawai Eksekutif Softnyx.
Gunbound Jadi Tumpuan di Brazil Game Show 2024
Brazil Game Show baru-baru ini berperanan sebagai pentas besar untuk pelancaran rasmi perkongsian Gravity dan Softnyx. Semasa acara ini, beribu-ribu peminat berpusu-pusu ke reruai Gunbound untuk mengalami permainan ini secara langsung. Persembahan pentas utama menawarkan pandangan eksklusif terhadap rancangan untuk Gunbound, mencetuskan keterujaan dan jangkaan yang amat besar dalam kalangan hadirin.
Perbincangan panel yang menampilkan ahli-ahli penting daripada Gravity dan juga Softnyx memberikan pandangan berharga tentang proses pembangunan dan berkongsi visi pasukan untuk masa depan permainan. Sesi ini disambut dengan soalan-soalan yang bersemangat daripada khalayak, menunjukkan selanjutnya daya tarikan Gunbound yang berkekalan.
Pra-Daftar Sekarang untuk Ganjaran Eksklusif
Meraikan peristiwa yang penting ini, prapendaftaran untuk Gunbound kini dibuka di laman web rasmi gunbound.gnjoy.asia. Pemain yang membuat prapendaftaran akan menerima ganjaran dalam permainan eksklusif dan mendapat akses awal kepada kemas kini dan pengumuman yang menarik.
Memandangkan tarikh pelancaran rasmi semakin hampir, Gravity dan Softnyx komited untuk menyampaikan pengalaman Gunbound yang melangkaui jangkaan. Permainan ini akan menampilkan pelayan khusus, memupuk komuniti yang kuat dan aktif, sekali gus menggabungkan elemen klasik yang disayangi.
Latar Belakang Gunbound
Genre: Permainan Artileri Berasaskan Giliran MMO
Platform: Microsoft Windows (Permainan PC Online)
Laman Web: https://gunbound.gnjoy.asia
Facebook: https://www.facebook.com/gunboundggh
Discord: https://discord.gg/QMGCGQe5rg
Instagram: https://www.instagram.com/gunbound.ggh
Tiktok: https://www.tiktok.com/@gunbound.official
Latar Belakang Gravity Game Hub - Penerbit
Ditubuhkan pada tahun 2021, Gravity Game Hub (GGH) Pte. Ltd. ialah penerbit permainan dan pembangun yang memfokuskan kepada permainan dalam talian dan mudah alih. Gravity Game Hub komited untuk menyampaikan pengalaman permainan interaktif dan mewujudkan komuniti dinamik untuk semua pemain di Asia Tenggara.
Latar Belakang Softnyx – Pemegang IP
Ditubuhkan pada April 2001, Softnyx menghabiskan masa selama 20 tahun yang lalu dengan melancarkan pelbagai jenis permainan dalam talian. Syarikat mewujudkan dunia permainan unik yang dinikmati oleh 50 juta pengguna merentas 60 negara di seluruh dunia.